1. Tahu setup social media account
Kalau rasa nak berniaga dekat Facebook, seeloknya buatlah satu page khas untuk menjual. Tapi kalau nak promote dekat personal account sendiri pun okay je. Lepastu boleh kembangkan dan guna platform lain juga, contohnya Instagram dan twitter.
2. Cuba gunakan marketplace
Contoh marketplace yang paling senang nak guna, dan senang nak sign up/ apply ialah Shopee. Gunakan Shopee untuk listkan barangan yang korang jual. Anggap macam catalog atau website untuk menjual. Senang dekat situ sebab boleh update harga dan inventori sekali.
3. Tahu cara cara nak pos barang
Yang ni biasanya untuk first timer mesti rasa macam blur blur kan? Pos barang ni tak susah pun sebenarnya. Senang sangat. Cuma bungkus siap siap barang korang nak pos tu dari rumah, lepastu sampai pejabat pos, ambil borang dan isi. Lepastu ambil nombor giliar, tunggu dan serahkan di kaunter.
Senang je kan nak mulakan untuk berniaga online ni? Nak promosikan barang dekat mana mana pun boleh. Blog, facebook, instagram, whatsapp, telegram.. ha dekat mana mana je.
Tapi, kalau lama kelamaan business makin maju, order makin bertambah, larat ke korang nak beratur lama lama dekat poslaju tu untuk timbang satu satu barang korang? Ada pula yang buat business ni part time je, balik kerja dah terkejar kejar nak pergi pejabat pos untuk pos barang. Penat kan?
Well, ada solution mudah korang boleh guna. Percayalah, hanya golongan bijak bestari je yang akan ikut tips aku ni hehehe .
Nak tak kalau korang boleh print siap siap je borang pos tu? Takpayah nak tulis pakai tangan. Bestkan?
Nak tak kalau abang posmen datang terus ambil dekat rumah? Fuh takpayah nak pening layan 15 biji traffic light nak boleh sampai dekat pejabat pos.
Nak tak kalau boleh bayar je terus bil pos ni secara online? Takpayah susah susah pening takut cash tak cukup dekat tangan.
NAK! Tapi macam mana?
Seriously gais, guna DELYVA .
Kenapa aku suggest guna Delyva? Okay ada beberapa point penting yang bagi aku, sangat berguna untuk korang (since aku sendiri pun berniaga online)
1. Jimat masa tak perlu tulis (handwriting) details customer.
I KNOW I KNOW "amenda panjangnya alamat customer niiii lenguh tangan nak tulis!" sering terjadi hahaha. dulu dulu stress juga tulis alamat customer yang berbelit ni. daripada tulis capslock semua jadi bercampur kecik besar kecik besar sebab banyak nak kena tulis. Guna DELYVA ni, copy je details customer, masukkan dalam system. Lepastu akan auto generated jadikan dalam bentuk PDF. Korang tinggal print, potong dan attachkan dekat parcel je. SENANG WEH!
2. Penjimatan pada harga postage
unexpected. Rupanya kalau guna servis Delyva, kos postage korang bayar lebih murah daripada terus buat serahan sendiri dekat pejabat pos. Senarai rate semasa mengikut berat dan lokasi, boleh korang check dekat website Delyva
3. Nak drop off, atau tunggu abang posmen datang?
Indahnya bila diberi pilihan kan? Korang boleh pilih sama ada nak request pickup ataupun dah lepas packing parcel tu, pergi hantar je terus ke pejabat pos (tanpa perlu beratur).
4. TANPA CONTRACT!
Yang bestnya, menggukana Delyva, korang bebas untuk guna servis ini ikut kekerapan yang korang perlukan. So tak susah susah nak buka akaun contract. Aku sendiri ada buka akaun contract dekat poslaju. senang memang senang tapi nak buka akaun contract tu yang leceh. (psstt lagipun, kalau buka akaun contract dengan poslaju, rate sama je. Better guna Delyva, rate murah sikit)
uhuii senangnya bila guna Delyva untuk bantu mudahkan urusan pengeposan barang customer korang kan? part takpayah beratur, ada pickup dan rate lagi murah tu yang best hehe.
haa, lupa nak highlight banyakkkkkk lagi special features yang Delyva ni ada .
Delivery options
Matdespatch MY
- Same day standard (motorcycle)
- Express motorcycle / car
- Perkhidmatan 'runner'
- Cash on delivery (COD)
- Delivery barang barang besar (electronic etc)
- Perkhidmatan pindah barang
Delivery guna laut (Sea frieght) ke Kota Kinabalu & Kuching
Jimat jimat jimat!
- banyak diskaun untuk shipping services contoh : PosLaju, Aramex & banyak lagi walaupun hantar 1 parcel je
- Free credits & flyers (ikut plan topup yang korang pilih)
- Diskaun untuk shopping insurance
Automation
- Auto-save alamat customers
- Status tracking barang semua nya update
- Instant printable label and consignment note
- Get shipping rates instantly with instant quote
- Auto schedule for pickup and delivery
Shipping labels (boleh sesuaikan ikut size barang)
- A4 - 3 copies (horizontal labels)
- A4 - 4 copies (vertical labels)
- A5 - 2 copies
- A6 (sticker)
Reporting & Insights
- Transaction report
- Shipping invoice
=====================================
Dengan features yang ada dekat Delyva ni, rasa lagi senang nak monitor progress business korang. Boleh check berapa RM dah korang spend untuk postage, so senang nak kira untung jualan. Lepastu boleh keep track transaction report, dan automatik ada simpan customers punya database. Boleh auto save juga details customer, mudah kalau dia buat repurchase untuk masa akan datang. Tracking status pun senang nak tengok. Takdela nanti bila customers tanya
"kak, nak tracking number pls"
lepastu kau baru terhegeh hegeh korek handbag cari resit pos tadi yang dah berkonyok. Tu tak kira lagi no tracking tak jelas sebab kertas tu dah lunyai haha. Nak senang bila semua update dalam sistem macam Delyva ni, urusan business korang lagi teratur. Barulah nampak sistematik sikit. Nak buat aliran tunai pun senang. Jangan jadi macam aku dulu. Pos pos barang lepastu bab nak kira untung banyak kecelaruan timbul sebab duit pos barang campur duit poket sendiri dah bercampur aduk hahahaha . Apa jenis la business macam ni kan? So lesson learned gais. Macam aku cakap tadi lah, hanya golongan bijak bestari je guna sistem yang kemas macam Delyva ni untuk business.
So, korang bijak tak?
Daftar PERCUMA dekat sini : Sign Up Delyva
(This link contains affiliate. Upon sign up using my link,
you'll entitled for 5% free credit on your first topup)
Related search : cara pos barang, servis pos murah, kurier mana yang bagus, courier mana yang bagus, cara print borang poslaju online, template print borang poslaju, langkah pos barang, cara mudah pos barang, macam mana nak suruh poslaju datang ambil dekat rumah, macam mana nak suruh poslaju pickup, cara buka akaun contract poslaju, perbandingan harga poslaju dan syarikat lain, berapa harga pos ke sabah sarawak, berapa harga pos semenanjung, kiraan berat harga postage
9 comments
tq so much for the recommendation. i have registered delyva using ur link. it is much cheaper compared to easyparcel. may our online businesses grow well and successful. ;)
ReplyDeleteTq miss, such good info for those who doing online business especially a beginner like me. I already register using your link😊
ReplyDeleteWhere is the link?
ReplyDeleteit's in the post.....
Deleteor you can click here https://app.matdespatch.com/r/wQbkWNsMW
Salam sis, nak tanya kalau saya guna Bulk shipment, tapi pilih drop off, kita nak drop off dekat mana eh?
ReplyDeleteKiranya, klu kita guna ni, kita takkan ada plastik yg selalu kita beli kat pos laju la? Just bungkusan barang with shipping label ea?
ReplyDeleteThank you for sharing a good information !
ReplyDeletesalam...nak tanya macam kene ada penimbang ke untuk kira berat barang??
ReplyDeleteMacam menarik ja, tak pernah guna lagi setakat ni
ReplyDelete