OOTN : Berjaya Bawa Watak Maleficent untuk Annual Dinner | Pakai Jubah je

Sunday, January 6, 2019
Masuk kali ni dah 2 kali aku pergi Annual Dinner Company (PayPal) . Tapi kerja baru 1 tahun haha. Sebab dinner yang lepas tu diorang buat lambat and ngam je time aku baru masuk.

Tahun lepas tema 'Gold', okay la tak pening sangat. Cari je dress warna gold, settle!

Tapi tahun ni, mencabar!

Tema diorang bagi 'Mythically Enchanted'. Awal awal nak fahamkan maksud tema ni pun susah hahaha. Last last senang cerita, kena dressup as something yang myth la, yang tak wujud. Macam watak watak ancient ke, binatang binatang tak wujud ke (unicorn, mermaid) , atau character character yang fictional.

Aku konon awal tu nak jadi angel lah, unicorn lah. Tapi bila cari cari baju, macam susah nak kena kan dengan my personal style.

Tetiber terfikir nak pakai jubah jela. Sebab dah malas kisah. Setakat datang nak makan je. Tapi budak budak ni bising suruh ikut tema, konon nak bagi happening aa sikit (eleh last last diorang yang tak pakai ikut tema, cehh) . Last last aku came up dengan idea nak pakai ala ala Maleficent lah. Since jubah aku pun banyak. Pakai jela serba hitam.




Masalah yang ada cumalah nak dapatkan tanduk Maleficent tu. Bila cari untuk sewa tu ada, tapi semua tak muat kepala & nampak pelik bila aku pakai. Plus sewa mahal wey. Takat nak pakai berapa jam tu ish rasa macam tak berbaloi nak sewa.

So cem biasa lah, nak beli apa apa yang aneh aneh sikit ni, aku suka order dari China. Sama ada dekat Taobao, AliExpress atau AliBaba. Tapi this time, aku cari dekat Taobao. Kalau nak beli barang Taobao tapi taktahu macam mana nak pos dari sana? Order guna service parcel forwarding. Aku selalu guna Askmebuy & EzBuy. Dua dua ni service tiktok eh tiptop (okay ni cerita dalam post lain)



Ngam ngam jela aku beli tanduk ni, sampai 2 hari before event. Mula tu aku fikir kalau tak sampai ni, takde la aku nak ber- Maleficent bagai. Dressing simple simple jela. Tapi nasib baik sampai ontime jugak.

Untuk baju pulak, aku cari dekat tempat favorite aku selalu borong jubah. Dekat Bandar Baru Bangi. Bebetul sebelah Wong Solo Bangi jurr. Kalau nak tahu pasal kedai ni, baca dekat post ni : Kedai Jubah/Abaya Feveret : Harga serendah RM30 , Design Cantik dan Boleh Terus Potong & Alter

Awal awal tu nak cari baju yang lengan meleret ala ala Mortitia dalam cerita Adam's Family tu, tapi tak jumpa . Dah nak giveup dah sebab kedai ni sejenis baju dia semua random. Kau kena rajin belek satu satu untuk tengok sizing &  design. Aku dah berkicap dah dalam kedai tu membelek baju.

Image result for morticia addams dress
Mortitia

Dah siap pilih 2 helai abaya, tapi design yang macam aku imagine dalam kepala tak jumpa jumpa. So aku pun nak proceed jela dengan 2 ni. Tapi time dah nak bayar tu aku tak puas hati so ronda lagi sekali satu kedai, ternampak la ada baju macam meleret lain macam and ada lace. Bila aku tarik , makaihhhhh panjang bebenor. Sekali tengok dah macam "eh langsir ke apa ni, acaner nak pakai"




Sejenis yang berspesis cardigan. Mamat kedai tu cakap ni macam cardigan, orang pakai luar abaya. So dia pun tolong aku figure out camne nak pakai benda tu sebab macam bergulung gulung taktahu mana hujung pangkal wakakaka. Rupanya tempat hole tangan tu dah tertetas. Sebab tu susah nak faham macam mana nak sarung.

Tapi dekat situ diorang ada service potong jubah & baiki kan jubah sekali. So alang alang tu aku minta dia jahitkan balik bahagian tangan tu sebab slack kat situ je. Manik & lace lain semua cun. Memang baju tu condition helok jeee.




Aku suka gila bila pakai outer abaya ni. Rasa macam emperor emperor hahaha sebab pakai meleret . Masa dinner tu pun ramai je terpijak kain aku wakakaka. Yang penting bila dah pakai dengan jubah plain dekat dalam, memang nampak vavavoomm sangat outfit ni. And guess what, benda alah ni RM50 je awaaa. Ramai ingat aku sewa/ beli mahal mahal hewhewhew.

Dah setel baju dengan tanduk, tang make-up pulak. Macam tahun lepas, untuk tahun ni punya dinner pun aku mintak Eliza yang makeup kan. Sebab dah selesa dengan dia, and dia makeup laju lepastuu tahan lama lepastuuu cantik and dia akan try follow apa yang kau request.

Masa awal awal dapat tarikh dinner , aku terus contact dia nak lock tarikh. Lepastu bagitahu dia nak make up ala Maleficent. Contour kena sharp bagi ilusi runcing (padahal dah bulat tu bulat laa haha) . Siap search dekat ig contoh omputih makeup ala Maleficent untuk Halloween, bagi dekat dia untuk reference. Hasilnya, cun elok! On point sangattt memang aku suruh dia makeup heavy and dark. Naikkan elemen elemen wajah ahli sihir sikit hahaha. Ramai cakap make up on point, yay thankyou Eliza 😍



So combination tanduk + baju + makeup menghasilkan seorang Maleficent wannabe.

So what did you guys think? Menjadi tak my character as Maleficent?

P/s : nak sewa kepak + tongkat juga mulanya tapi mahal oi RM150. Hm takpela takde kepak ke tongkat ke. Macam ni pun okay dah kan kan kan? Agak agak kalau sewakan ni ada orang nak tak? Eehehehe .










Related search : hijabi maleficent, maleficent pakai tudung, solekan maleficent, makeup ala maleficent, baju sewa maleficent, sewa baju maleficent, sewa baju dinner murah

5 comments

  1. ahhhhhh cantik gila semua ! bestnya ada company dinner

    ReplyDelete
  2. Cantikk..sis beli rm brapa tu..sy x pndai ler bli kat alibaba sume tu..sis nak.buat sewa x?hahaha

    ReplyDelete
  3. Hi sis! You nak sewakan tanduk tak sebab I macam berminat nak sewa :D

    ReplyDelete

On My Instagram