Sunday, January 6, 2019

Kedai Jubah/Abaya Feveret : Harga serendah RM30 , Design Cantik dan Boleh Terus Potong & Alter

Okay entry ni pendek je special untuk korang yang selalu tanya aku beli jubah cecantik selalunya dekat mana? Ramai ingat aku beli mahal but no gurl you're wrong! Seorang Farah ni sejenis cheapskate, dia tak beli benda memahal hahaha.

Percaya tak kalau aku cakap jubah jubah macam aku pakai dekat bawah bawah ni, range dari RM30 ke RM60 je? Dayyummm mur mur gila kan?







Aku tak reti nak differentiate tokey kedai tu arab ke, pakistan ke apa. Sebab dekat mata aku macam sepesen je deme ni. Yang best nya kat kedai ni, dia ada service potong kan terus jubah tu. Kot terlabuh ke, lengan meleret ke, dia boleh alter kan. Tapi simple simple jela. And dia buat pun kejap je. So dah jimat la dekat situ.

Aku sampai sekarang tak pernah nak ingat apa nama kedai ni. Tapi kalau nak cari senang je. Waze / Google je "Wong Solo Bangi", confirm jumpa sebab kedai dekat sebelah dia je .

Datang sini tak boleh rushing. Kena tenang tenang dan lek lek je. Rasa rasa banyak masa boleh la datang menyelam dekat sini. Sebab banyak gila jubah dia ada tapi kena belek satu satu. Macam konsep Bundle. Ada yang nampak macam terpakai, ada yang nampak tip top macam baru. Tapi dia claim baju baju ni semua rejected/defect. So kena check betul betul sebab kadang takde butang la, manik hilang la apa semua. Pastikan pembelian korang tu berbaloi. Walaupun dah murah, tapi taknak la beli baju yang damage dia melampau kan?

Time aku buat instastory pasal kedai ni haritu, ramai juga yang respond cakap selalu pergi kedai ni. Maksudnya femes gak la kedai ni rupanya. Tapi mostly setuju la abaya/jubah dekat sini cecantik.

Dekat sini jugakla aku beli baju untuk annual dinner aku haritu. Glam uols! Korang pun boleh dapat baju macam ni. Pergi je kedai tu and belek satu satu. InsyaAllah dapat yang cun cun.









Related search : Kedai jubah murah bangi, kedai abaya murah, abaya defected murah, abaya bundle, dekat mana nak beli abaya murah, abaya jubah arab, abaya arab cantik murah, tips gayakan abaya

4 comments:

  1. Yang tak mahal tak semestinya tak cantik...tak semestinya tak berkualiti..asal pandai memilih in sha Allah ok.

    ReplyDelete
  2. Nak pergi tapi tak pergi2 lagi. Harap kaya lah nak pergi nanti. 😛

    ReplyDelete
  3. Waaa menarikk.. Yang penting material tu kan.. Harga berpatutan pula tu

    ReplyDelete
  4. Kedai nie ada buka online shopping tak? Ataupun facebook or of?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...