Muk By Victoria Home Melaka : Hotel Budget Friendly, Selesa & Lokasi Strategik di Melaka

Saturday, January 5, 2019


Haluuu so untuk segmen #MyWeekendStory yang ni nak cerita pasal trip tiberrr ke Melaka minggu ni.

Disebabkan tiberr so mengharapkan Agoda jela untuk cari bilik. Lagipun bila cari dekat Agoda ni ada discount, and senang buat pembandingan harga. Aku pilih untuk cari dekat Agoda je instead of Trivago ke apa sebab

1. Aku dapat kumpul Point Max (convert to AirAsia Big Point)
2.  Somehow aku rasa harga dekat Trivago tu takde la murah mana. Dia dah markup kot sebab nak bayar iklan TV haha

Okay sebabkan aku sampai Melaka pun dah malam. So malas nak cari hotel fancy fancy & budget below RM100 je. And aku cari yang lokasi nya dekat tengah bandar. Sebab senang nak cari makan & jalan jalan dalam bandar.

So kalini pilih 

Muk By Victoria Home Melaka.


Hotel ni dari luar seni bina & design nampak unik. Ala ala seni bina warisan yang dah dimodenkan. Design dekat dalam pula ada campuran minimalis dan industrial. Cantik!


Lokasi hotel ni betul betul tepi jalan besar je. Ada parking disediakan dekat belakang hotel. Masa aku datang tak ramai orang so nampak macam banyak parking nya. Tapi kalau masa musim cuti ke apa, could be occupied kot. The next option you have, park dekat seberang jalan depan depan kedai orang. Tapi yang tu kena gores tiket parking rasanya.



Masa aku book, ada beberapa option bilik. Yang peliknya bilik deluxe biasa yang ada 1 katil queen harganya RM99 , tapi bilik untuk family yang ada 2 katil queen RM69 je. Haha sebabkan nak murah, ambik bilik yang RM69 tu walaupun it's too big for us two. Lagipun ni weekdays. Sebab tu diorang buat promo kaw kaw kot. Tak ramai orang sangat.



Btw ni harga promo tau. Tips nya pergi waktu weekday hewhew. Bilik aku ni , aku dapat RM69 , besoknya tengok dah RM188 hehe. So kena rajin survey harga.




So ni antara kelengkapan yang ada & what I love about their room

  • - tv with few channels. Tapi tv1,tv2,tv3 tu semua ada. This is actually good for a budget hotel
  • - safety box with pin. Boleh simpan barang berharga dalam ni
  • - cerek , gula, kopi, teh, creamer etc
  • - in house phone (untuk call receptionist etc)
  • - cupboard with hangers (hanger dia banyak . Dalam 5 pcs dia provide)
  • - cermin panjang besar. Gegadis pasti suka untuk mirror selfie
  • - tilam selesa, tak rasa keras/spring kuat. Bantal empuk, comforter set lembut kelas hotel mahal.
  • - toiletries disediakan. Bagus. Siap ada ubat gigi, berus gigi semua.

  • - bilik luas. Very spacious. Taktahu la sebab aku dapat family room ke apa tapi luas bagi standard budget hotel. Sebab biasanya kalau hotel budget yang lain, nak solat pun terkepit. Yang ni boleh buat main tali skipping lagi hewhew
  • - laminated floor, not carpetted. Which is good for some people with allergies.
Top left clockwise ; body wash & shampoo; hair dryer; laminated flooring & safety box

  • - Tuala disediakan. Not only for body tapi face towel pun ada.
  • - toilet cantik. Konsep minimalis with nice lighting
  • - Bilik ni takde tingkap tapi macam ada pintu untuk ke luar tapi pintu tu di kunci. So bila tak buka, ventilation supposed to be poor. But so far duduk bilik ni walaupun pintu tak boleh buka, i don't feel suffocated.


Take note that this room do not equipped with
- mineral water
- mini fridge

So before datang tu bawa la air siap siap. Kalau tak pun, masak je air and sejukkan untuk minum. As for fridge, not necessary pun kan.

Masa check in, security deposit RM100 is required (refundable) tapi dalam website dia cakap RM200 but time sampai dia minta RM100 je so oh well hee . And RM2 is compulsory untuk bayaran heritage tax. Yang ni aku tak faham sangat. But for Malaysian RM2 je, for Non Malaysian RM10.

So conclusion dia, I had a good stay. Selesa. Hilmi pun puji sebab murah tapi selesa sangat sangat . Breakfast takde tapi diorang ada cafe. Ada coway water filter, boleh refill botol sendiri. Nak makan atau beli barang, takde kedai serbaneka/ kedai makan melayu yang berhampiran. Kena jalan jalan explore sikit baru ada. Tapi dekat dengan area Jonker je so boleh try cari makan dekat situ. But mostly chinese restaurant la. Bab parking pulak kalau dah fully occupied, you kena cari sendiri parking dekat luar and park at your own risk. Well itu takboleh nak cakap apa la kan. As for service, amenities and facilities wise, it's a amazing.




So lepasni kalau nak ke Melaka, dan nak cari hotel selesa & betul betul tengah bandar, lengkap dengan pelbagai kelengkapan lepastuu harga pun budget friendly bila book di Agoda, boleh consider untuk ke Muk By Victoria Home.

Location : Jalan Tengkera, Malacca City Center, Malacca, Malaysia 75200 (sangat dekat dengan Jonker Walk)


Related search : hotel melaka area jonker, hotel melaka tengah, hotel dekat dengan muzium melaka, hotel melaka murah, hotel melaka berpatutan, hotel melaka selesa, hotel melaka bawah rm100, hotel melaka hipster, hotel melaka cantik, hotel melaka walking distance, hotel melaka senang parking, hotel melaka bilik family

1 comment

  1. Cantik dan murahnya hotel ni 😍 😍

    Husniey follow sini #2299

    ReplyDelete

On My Instagram