Saturday, November 24, 2018
Q'albue Suci Serum : Serum Emas 24K | Apa Manfaat Emas Untuk Kulit?
Ever wanted to try 'Gold Facial?'
I DO!
Tapi mahal habaqhang gold facial tu sebab wajah kau bakal disaluti debuan emas. Kira lah berapa gram guna tu. Satu sesi mau paling sikit pun RM500 lah. Untuk rakyat marhaen macam kita kita ni, ada pekdahnya simpan emas dalam bentuk gelang kaki ke, anting anting ke, ada lah juga benda boleh gadai time terdesak ye tak? wakaka.
Okay secara general nya, apa fungsi emas pada kulit kita sebenarnya yang buat beauty industry dok 'highly rave' pasal 24k Gold ni?
Ada banyakkkkk antaranya;
Manfaat Emas Untuk Kulit
- Stimulate Skin Cell
- Wrinkles, Fine Lines, Spots can be reduced
- Lighten complexion
- Treat allergies, irritation & sun damage
- Slow down collagen depletion
- Increase skin elasticity
Fungsi fungsi ni semuanya dambaan wanita yang berumur 25 tahun keatas. Yang dah mulai ada kulit jenis matang. Well, logik lah kan facial tu semua mahal. Sebab yang dah 25 tahun keatas ni dah mula ada career, mak mak pun ada duit kwsp, ha ngam lah tu kalau nak pergi facial emas ke bijih timah ke apa kan wkwkwkwk ok tak lawak -_-
Kalau hajat dihati nak juga merasa ada elemen emas dalam skin care routine korang, boleh lah jadikan Q'albue Suci Serum sebagai alternatif. Mengapa? Sebab dalam serum ni ada 24k gold flakes wehh!
Seperti biasa kawan kawan, ayuh kita ke segmen ulasan
U L A S A N
a.k.a REVIEW
Tuesday, November 13, 2018
Product Empties | Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Repurchase!
Hey hey pipol!
Post kali ni, aku nak cerita pasal 'empties'. Okay tak pernah pernah buat post pasal 'empties' . Sebab selalunya bila dah habis terus campak buang je bekas bekas tu sebab nak jimat space. Kalau dulu rajin gila simpan kotak kotak bila beli barang. Tapi sekarang, takde dah. Hilmi marah. Dia cakap buat tambah sampah wakakak .
For your info (kalau taktahu lah) , most beauty bloggers diorang rajin buat post pasal 'empty products'. Maksudnya satu blog post tu dedicated untuk list kan produk yang diorang dah try and dorang brief sikit sama ada dorang suka ke tak, nak repurchase ke tak. Ha cenggitu lahh .
Biasanya pencuci muka ke atau produk lain yang aku pakai, dah habis, memang buang terus. Tapi kali ni , aku gigih sangat simpan botol cleanser yang satu ni ha semata mata nak cerita betapa sayangnya aku dekat cleanser ni and special untuk my very first 'empties' post hewhewhew.
Kalau perasan, sebelum ni aku pernah dah review Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. (Boleh baca dekat sini : Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream Review) tapi sebab masa tu baru je guna tak sampai sebulan so macam ... nak review lelebih pun cakap aku gebang pulak kan. Biasa nak nampak kesan produk tu pada kulit ngam ke tak, flawless ke tak, bagi skin break out ke tak, kena lah bagi masa. Bukan pakai satu kali dah "wow kulit i dah cantik, ni lah rahsia kecantikan i selama ni" amboi tipuuu!
Sunday, November 11, 2018
Our Weekend Story : FujiFilm Shoot Print Share Photo Exhibition
Asalnya kitorang takde activity nak buat. Aku pun jadi hilang arah. Nak pergi somewhere tapi taktahu nak kemana, nak buat something tapi tak tahu apa.
Last last kitorang decide pergi je dulu HQ Red One dekat Puchong sebab nak setelkan urusan tukar ownership lepastu nanti baru fikir nak ke mana.
Along the way nak balik semula Damansara, lalu la area Sunway Pyramid tu. So terus cadangkan dekat Hilmi
"Kite pergi Sunway jela, aci tak?"
Nasib la Hilmi on je. Padahal masing masing dah muak gila nak jalan jalan dekat mall .
Sampai dekat Sunway Pyramid, kitorang nampak ada event Fujifilm. Ada launching camera baru ke apa ntah , lepastu masa tengok tengok tu tetiba one of the crew suggest untuk kitorang main kumpul kumpul stamp untuk dapatkan free gift.
Sebabkan kitorang pun dah boring gila taktahu nak buat apa, kitorang layankan jela. Seronok! Rasa macam main amazing race wakakak. Sebab kena pergi certain certain check point & collect stamp. Ada yang dekat G floor, ada dekat 1st floor, so kena berjalan sikit la.
Kalau nak collect stamp, kitorang kena buat something on every check point. Tapi activity diorang prepare tu best and senang gila. Cuma ambik ambik gambar, and print je.
Check point 1st yang kitorang pergi, kena ambil gambar guna instax camera. Best je tengok camera dia guna tu. Boleh ambil ambil gambar, pastu pilih mana yang nak print. Syok wey rasa nak beli satu je camera camni haha .
2nd Check point, kitorang kena download apps Fujifilm lepastu pilih gambar untuk print in square size. Aku jadi blur jap masani taktahu nak print gambar mana so aku pilih gambar kahwin jela senang haha . Masa dekat 2nd check point ni juga, kitorang diminta untuk isi survey.
3rd Check point, ambil gambar dengan bebola warna warni ni. Lepastu diorang printkan dalam size 4r. Cantik gila kualiti gambar gambar Fujifilm ni. Aku rasa macam nak beli segala mak nenek camera and printer diorang ada. Okay dah boleh masukkan dalam wishlist la lepasni.
Lagi 3 stamp, kitorang collect dengan pergi dekat beberapa zone tempat ada photo gallery macam dekat bawah ni. Gambar gambar ni semuanya submission daripada orang ramai. Aku rasa dorang join contest kot. 8000 gambar penyertaan yang dihantar, semuanya pihak Fujifilm print and showcase kan macam ni. Ada berbelas zone dalam Sunway Pyramid ni yang dorang letat photo gallery ni. Tapi nasib lah diorang minta 3 je stamp. Kalau tak, jenuh jugak la nak pergi semua zone menagih stamp haha .
Dah habis collect stamp, dah boleh proceed dengan Lucky Draw. Aku dapat t-shirt, Hilmi pulak dapat voucher untuk print gambar. Not bad la kan? Yang bestnya kitorang dapat lah bawak balik 4 keping gambar and dapat gak buat something. Kalau tak, mereput jela dekat Sunway Pyramid tu taktahu nak buat apa hewhewhew .
Friday, November 2, 2018
Our Weekend Story : Coffee Tasting Session @ 43Coffee, TTDI
It's the weekend! Untuk aku, weekend tu bukan Sabtu Ahad tapi Jumaat & Sabtu sebab aku punya off days dua hari ni hahah. Macam sedeh je kan Ahad kena kerja , sobs. Tapi dah terbiasa jugakla since dulu pernah duduk Johor and Johor kan kerja hari Ahad. Cumanya bila dekat KL ni rasa la kesenduan bekerja pada hari Ahad sebab orang lain cuti, kau je yang kerja wakakaka
Anyways, macam biasa ... setiap kali bila Off day mesti nak ajak Hilmi pergi dating tempat seronok seronok hehe . Biasanya typical activities kitorang termasuk tengok wayang, jalan jalan dekat taman, cafe hopping, jalan jalan dekat zoo, pusing pusing muzium , takpun duduk rumah je buat spring cleaning.
Tapi aktiviti minggu lepas, RARE sikit. Since dah bosan gilo asyik tengok wayang je, (padahal takde cerita best minggu tu haha) and sebab konon on diet, so tak pergi lah memburu makanan .. maka aku ajak lah Hilmi pergi experience COFFEE TASTING!
us ; enjoying our cuppa coffee - gituhh |
Subscribe to:
Posts (Atom)