Kitsui Pimple Away : Mengandungi 3 Bahan Aktif Untuk Singkirkan Jerawat

Saturday, July 14, 2018
Hello , I'm back nak mengotakan janji manisku untuk review Kitsui Pimple Away pulak .

Masalah jerawat ni normal je untuk kita kita yang dalam lingkungan umur belasan sampai 20s . Tapi jadi tak normal bila terlampau pesat pulak pertumbuhan dia tu . Yang tak bestnya, kalau jerawat tu datang sekejap sekejap takpe. Ni dah datang, duduk lama lama pulak . Tak reti reti nak blah haha . Buat sedap dia je menempek dekat muka lama lama kan? Bila dah hilang, ada tinggal parut pulak . Grrrr!

Kalau dah penat pakai topical product, yang sapu sapu pada kulit . Boleh cuba ambik product secara orally pulak (makan) . Biasanya kalau jerawat teruk teruk, bila jumpa dermatologist , diorang akan suggest ambil pil Accutane. Tapi kalau tak silap yang tu , akan ganggu proses kehamilan . So siapa yang bercadang nak TTC ke, tak boleh ambik Accutane . Pernah juga baca dekat Reddit, omputih sana kalau nak kawal masalah hormonal Acne diorang , diorang amalkan makan Pil Perancang . Sebab pil perancang ni bantu kawal hormon kita .

Untuk anak dara tak kawen lagi , bila sebut pil perancang ni rasa gerunnnnn pulak

"Apeni I tak kahwin lagi, masih dara mana boleh ambil pil perancang"

Hee padahal takde masalah pun cumanya takut persepsi orang lain yang cenderung untuk fikir bukan bukan bila dapat tahu orang tu ambil pil perancang . 

Kan kan kan?

So sebagai alternatifnya , kalau tak nak ambil pil perancang , tak mampu nak consult dermatologist , I nak suggest Kitsui Pimple Away .

Suplemen yang fokus pada masalah pimple sahaja . Macam post before this : Kitsui Whitenin B.B Drink Super Hydrolyzed Vit C , specially untuk cerahkan kulit and revitalize . Bagi kulit tak kusam, minimize pores etc . Tapi Pimple Away ni, khas untuk korang yang concern for Pimple/Acne problems .




Kitsui Pimple Away 

Ingredients :

Alpha Lipoic, Tricalcium Phosphate, Vitamin C+


What it claims :

- Mengecilkan ruang pori.
- Mencegah dan menghilangkan jerawat.
- Membaiki strukur kulit ( hilang parut ).
- Mengatasi masalah kulit berminyak.
- Mengatasi kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
- Menghilangkan ‘blackheads & whitehead’ di muka.
- Mengurangkan kemerahan kesan dari keradangan.


Texture / Product form :

Serbuk , dicampur dengan air



Packaging : 

Satu kotak ada 15 packs (10g)



Rasa/ Cara Pengambilan :

Well, mana mana suplemen serbuk pun camni la jugak cara bancuhnya . Kalau nak sedap bancuh lah dengan air sejuk . tapi kalau air sejuk jadi berketul sikit . Better letak sikit air suam, lepastu baru topup air sejuk . Boleh ambil 2 sachet satu hari untuk kesan optimum seawal 7 hari


Price :

RM38.80


----------------------------------------------------

First sekali, beli la produk apa pun , always look up for it's ingredient. Tengok senarai ingredient tu, bermula dengan apa . Kalau bahan tu disenaraikan paling awal, or yang pertama, maknanya peratusan besar produk tu mengandungi bahan yang di senaraikan tu . Macam Pimple Away ni , first ingredients ialah Alpha Lipoic . Bunyi macam gerun tapi sebenarnya tak . Alpha Lipoic ni sebenarnya one of good substance yang sangat membantu dalam merawat & mengawal masalah jerawat 

How?


Alpha Lipoic ni ada banyak lagi benefit including ;

- Powerful antioxidant
- has mild anti-inflammatory properties
- membantu for anti-aging process
- bantu untuk singkirkan toxic heavy metals from our body

So, agak tak keterlaluan la untuk Kitsui ni claim, result boleh nampak dalam 7 hari . Cause it's possible with the right ingredients .

Next ingredients , Tricalcium Phosphate. Bahan ni widely used in cosmetics, commonly found untuk buat makeup . Tapi boleh juga used orally (makan) , and diluluskan FDA as safe to be used as cosmetics & food .

Fungsi Tricalcium phosphate ni pulak, lebih kepada untuk bantu eliminate wrinkles, facial expression line, dan juga untuk hilangkan parut kesan jerawat . Tricalcium phosphate jugak berfungsi untuk stimulate collagen production pada kulit kita . Bagi kulit lebih anjali kuch kuch hota hei gitu .

Combination Alpha Lipoic, Tricalcium phosphate tambah pulak dengan Vitamin C, memang ngam dah untuk acne cure. Tapi kena kenal pasti juga, mungkin korang ada masalah dengan dairy and sugar intake? Sebab ada setengah orang bila minum susu ke or dairy, or makan benda manis over skit terus naik jerawat. So kena alert tau tengok changes pada muka korang , supaya boleh tahu mana punca jerawat tu datang , so mudah la nak control .


Overall Review

My skin tak ada masalah jerawat teruk sangat (Alhamdulillah) , but I do have orang panggil jerawat pasir dekat area tepi tepi muka yang line pakai tudung tu . Maybe sebab peluh kot , jadi cenderung untuk tumbuh area tu je . Sepanjang tempoh pengambilan, jerawat pasir tu almost hilang and kulit dekat bahagian tepi dagu , and pipi area tudung tu lishinn weyy . but sorry takde gambar sebab macam dah nak ke kawasan leher / nampak hair line so takboleh ambik gambar.

But for me, yang masalah jerawat sikit sikit ni pun sab sab soi je boleh hilang, macam mana pulak untuk problem jerawat yang lebih serious?

So ada jalan jalan baca blog lain yang buat review, and I saw review kak Irrayan buat pasal Pimple Away ni , memang jaw dropping. Dia ada problem jerawat dekat atas dahi (which most of you have, area t-zone) , and in 2 weeks, clear dah jerawat dekat dahi dia . Which is impressive  kan kan?

Photo credit ; http://www.irrayyan.com
BEFORE

Photo credit, http://www.irrayyan.com
AFTER


My oh myy, suka tengok dah lishinnnn dahi dia . For full review, boleh baca dekat sini ; 


So, tak salah nak cuba . Kalau dah sapu itu ini tak jalan , try lah orally pulak . Daripada minum suplemen yang bahan bercampur aduk tu, better ambik Kitsui Pimple Away yang specially formulated to cure acne ni . Supaya tak menyimpang dari jalan yang benar haha .


Boleh beli dekat Watsons and Guardian tau . Tak mahal pun.


Good luck guys! I doakan korang yang ada masalah jerawat tu, dikurniakan kulit flawless gebu tak lama lagi. aminnnn





Side note :


  • Semua product Kitsui dapat kelulusan KKM
  • Dah ada di pasaran Malaysia since 2004
  • Tersenarai dalam Super Health Brand
  • Only available at Guardian  & Watson

  • Untuk masalah jerawat sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
  • Elakkan pengambilan kefein sbb boleh mempercepatkan penuaan.
  • Masa period better stop sbb sistem pnyerapan badan masih lemah jd bazir jika minum.
  • Boleh jarakkan waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil ubat dari hospital/klinik.
  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan keats utk ibu mengandung/ ibu mnyusu.
  •  Amalkan minum air masak 2-3 liter utk kesan terbaik.


Website: www.kitsui.com.my
Facebook: kitsuimy
Instagram: kitsuimalaysia






Related search : Kitsui whitenin bb okay ke, kitsui okay ke, kitsui selamat, kitsui untuk ibu mengandung, kitsui ibu menyusu boleh minum ke, kitsui untuk kurus, kitsui untuk cerah kulit, kitsui untuk masalah jerawat, suplemen jerawat murah, suplemen mencerah murah dan selamat, suplemen putih kulit murah dan selamat, kitsui berkesan, kitsui ok ke, produk kitsui mana yang bagus , kitsui pimple away untuk jerawat, suplemen untuk jerawat, ubat jerawat, supplement jerawat, produk apa untuk masalah jerawat, cara hilangkan jerawat, petua jerawat, cara hilangkan parut jerawat, kitsui malaysia

11 comments

  1. wahhhh nampak sangat perbezaan kulit bila dah makan produk ni.airah tak ada masalah kulit sangat tapi macam best je nak try hahahha

    ReplyDelete
  2. Baru try. Tgk result dlm seminggu ni. Heheheh. .Masalah jerawat yang tak henti berkunjung. 😂

    ReplyDelete
  3. tgh try hari nak tunggu seminggu muka mmg kerap dikunjungi Cik J hahaha

    ReplyDelete
  4. tgh try hari nak tunggu seminggu muka mmg kerap dikunjungi Cik J hahaha

    ReplyDelete
  5. Kalau ada parut jerawat dekat hidung yg dh lama xdpt dibuang tu, blh hilang x?

    ReplyDelete
  6. Big thanks to you for sharing such great information.
    Read Full Report

    ReplyDelete
  7. Klu mcm injection perancangan khamilan boleh ke minum produk ini?

    ReplyDelete
  8. Perisa ape ye produk ni? Sedap tak guys?

    ReplyDelete
  9. bolej ke makan 2 jenis kitsui dalam satu masa? i mean lepas makan whitening bb then makan pimple away punya boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada google haritu Ada yg boleh diminum sekali,ada yg kna selangkan..contohnya pagi kena minum kitsui***,mlm bru minum kitsui*** pula mcm tu...

      Delete
  10. So imformative blog ni. Keep it up. Hajat nak try gak kitsui ni

    ReplyDelete

On My Instagram