Majlis Berbuka Puasa McDonald's Meraikan lebih 500 anak yatim dan asnaf

Tuesday, May 22, 2018

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan!

Dah masuk bulan Ramadhan dah kita . Sekejap je dah nak seminggu puasa . Nanti pejam celik sikit lagi, dah nak raya dah pun . Ohmai cepatnya masa berjalan . Jadi takut pulak masa makin laju makin laju ni . Dah makin akhir zaman dah :(

Masa bulan puasa ni lah ramai ambil kesempatan untuk berlumba lumba buat amal ibadah, berubah kearah kebaikan dan bermacam lagi lah benda bagus bagus sebab masa bulan ni , pahala kita dilipat gandakan . Masya-Allah .

Sebenarnya buat kebaikan pada bila bila masa pun Allah bagi ganjaran pahala . Cuma sebab bulan Ramadhan ni special, jadi berdouble triple lah pahala tu kan . Rugi lah kalau tak nak rebut peluang ni kan?

Antara aktiviti best bila bulan Ramadhan ni , aside from terawih , Faa suka sangat sama sama meraikan anak anak yatim dan Asnaf . So bila dapat jemputan daripada pihak McDonalds , terus laju laju cakap "Nak" !





McDonald's Malaysia Dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Rai lebih 500 Anak Anak Yatim dan Asnaf untuk berbuka puasa




Majlis berbuka puasa tu diadakan di Masjid Kg Raja Uda Klang dan ianya dengan kerjasama dari pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) . Mula mula ingatkan cuma ada beberapa adik adik je yang join majlis ni . Tapi rupanya , ada lebih kurang 500 orang anak yatim dan Asnaf tau daripada 12 buah rumah anak yatim dan badan kebajikan . Dan tujuan utama majlis ni diadakan ialah bagi menyampaikan sumbangan kepada setiap rumah anak yatim dan badan kebajikan ni .

Katanya, majlis berbuka puasa anjuran McDonalds kalini ialah yang paling terbesar sekali setakat ni. Alhamdulillah bertuahnya dapat join sekali . Memang meriah sangat . Comel je tengok yang kecik kecik pakai telekung solat sama sama , baca doa sama sama . Tengok diorang semangat makan pun happy sangat .


Happy faces :D comel je adik adik ni kan

Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia Managing Director and Local Operating Partner delivers his speech at the event

Penerima sumbangan .

Pihak McDonald's telah menyumbangakan sejumlah RM10,000 kepada setiap 12 buah rumah anak yatim dan kebajikan yang hadir pada haritu . Pulak tu, adik adik ni siap dapat duit raya lagi tau sorang satu . Jumlah sumbangan semuanya ialah sebanyak RM130,000 . Bestnya . Jealous tau bila tengok organisasi besar, atau orang orang hebat yang dapat menyumbang banyak banyak macam ni . Tapi takpela, kita yang beshe beshe ni, bagi je mana yang termampu kan? Yang penting , kita turut sama berikan sumbangan . Insya-Allah

majlis amal mcdonalds

Another thing to highlight masa majlis berbuka puasa ni ialah , McDonald's turut mengumumkan mengenai Nasi McD yang terbaru yang tengah viral tu . Nasi McD ni special menu untuk sepanjang bulan puasa je jadi kalau yang belum cuba tu, kena lah cuba cepat sebelum dah takde dalam menu nanti .



Nasi McD ni ialah hidangan nasi yang disajikan dengan sambal special dan juga boleh pilih sama ada nak lauk telur rebus , ayam goreng McD atau pun kedua nya sekali . Ala, macam nasi lemak telur vs. nasi lemak ayam gituh . Nak lagi syiok , jadikan Nasi lemak telur + ayam . Baru ngam!



So, masa majlis haritu , kitorang dapatlah sebungkus sorang Nasi McD ni . Tapi sebab dah kenyang , tak mampu lah nak makan waktu tu juga . Kitorang bawa balik je untuk makan masa sahur . Kemain sedap kitorang sahur esoknya tu tau hehe .



Terima kasih McDonalds ,  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) . Harap dapat terus anjurkan lagi majlis macam ni untuk tahun tahun akan datang. Tapi untuk pengetahuan korang , since 2016 lagi McDonald's dah bergiat aktif dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan macam ni . Up to 10,000 activities dah yang dijalankan . Kite je yang tak tahu hehe . It's a good initiative dan patut dijadikan contoh . InsyaAllah harap harap usaha ni dapat diteruskan forever and ever and ever gituh .



3 comments

  1. Tahniah Mcdonalds, semoga program ini di teruskan dan sedikit sebanyak program ini mampu mengukir senyuman anak-anak yatim dan asnaf

    ReplyDelete
  2. Hey there! I've been following your blog for a long time now
    and finally got the bravery to go ahead and give you
    a shout out from Porter Tx! Just wanted to say keep up the excellent
    job!

    ReplyDelete

On My Instagram