Friday, May 25, 2018

Chir Chir Chicken Pavilion : Menu, Price Range and Review


Sebabkan Kfry dah viral haritu, kemain susah dah nak makan Kfry sekarang ni. Asal pergi je mesti beratur panjang gila. Bila call nak buat reservations pun mostly mesti fully booked.


Sebagai alternative, sekarang ni aku selalu pergi Chir Chir Chicken pulak. Tapi masalah chir chir ni, tempat nya dekat Pavilion. Murung sikit la nak meredah ke KL, jammed lagi, parking mahal lagi haha. So sebenarnya lebih kurang je seksa dia. Demi untuk memuaskan nafsu tekak koreanista aku ni , ku gagahi jua wakakakaka.

Dari segi harga tu rasa macam KFry lagi murah sebab ikut portion . Portion Chir chir ni kecik so kalau data​​ng 2,3 orang, nak kena order ikut portion (Single portion, double portion) . Kalau Kfry haritu order 1 set pun jenuh nak ngabiskan.


Okay, dilampirkan bersama ialah menu dan harga Chir Chir Chicken. Kalau korang tanya aku mana lagi sedap, aku susah nak decide sebab ada kelebihan masing masing. Cuma dekat KFry aku suka order Bingsu dia tu. Dekat Chir Chir takde. Dari segi rasa, aku takleh nak decide sebab dua dua sedap. Dari segi price wise, KFry menang hehe .

Approx spending for 2 pax : RM90



Rajin rajinlah jugak tengok Fave (Groupon), kadang kadang ada deals murah murah untuk chir chir ni. Haritu ada deal cuma bayar RM60 untuk RM100 punya worth meal. Berbaloi baloii


Main course/ Appetizer/Snacks Menu 













Beverages/ Drinks



==============================================

Dekat sini kalau nak makan ayam dia tak prepare glove atau kena kotorkan tangan . Tapi dia prepare kan macam penyepit kecik . Comel je. Senang nak makan ayam . Tapi feeling makan guna glove/ pakai tangan lagi nikmattt haha (so malaysian)


Yang bawah bawah ni few menu yang aku dah try. Mostly aku order ni double portion. Untuk makan 2,3 orang . Kalau single portion tu ngam makan sorang je. tak cukup .


1.  Rose Cheese Chiqueen

RM33.90 (single portion)
RM60.90 (double portion)




Cheese dia sedap . Ni lebih kepada creamy creamy manis . Kalau suka yang pedas pedas, try yang bawah ni 


2. Spicy Chi-bap

RM33.90 (single portion)
RM60.90 (double portion)


Yang ni pedas pedas manis. Sedapppp . Biasanya aku kalau order memang ambik yang ni dengan Rose Chiqueen tu . Tapi bila order 2 ni, kenyang melampau pulak . Ada lebih, bungkus bawa balik haha .


3. Mac n Cheese

RM16.90 (single portion)
RM30.90 (double portion)

Mengada ngada nak try ni sebab nampak tempting . Not bad juga tapi order single portion je. Sikit haha . Sampai jilat jilat sudu . Lol . Apeni banyak nya makan cheese haha


=================================================


Menu menu lain aku tak try lagi. Sejenis berperangai kalau satu tu dah sedap, tiap kali datang order benda sama je hahahaha . Tak adventurous langsung nak try benda baru wakakak . Takpela, nexti time pergi, aku update lagi dalam list ni k .

Btw, air cembiasa lah . Aku sejenis cheapskate so biasanya bawa air sendiri . Takpun order air mineral satu, kongsi dua orang . Minta dua cawan . Bijak kan? Lagipun datang nak makan . Bukan nak minum sangat pun . Nak air sedap sedap baik gi Chatime. Tak gitu?

K gais, thanks for reading . Ni sebagai alternative kepada KFry . Sekarang ni terjebak sangat makan korean food. Next nak try 4Fingers plak . Nanti iols update k. Baii







Related post : Kfry vs chir chir, chir chir branch, chir chir pavilion, chir chir chicken pavi, harga chir chir, makanan korea murah, makanan korea sedap, senarai restoran korea malaysia, menu chirchir, berapa ketul ayam chir chir, chir chir sedap, chir chir special menu, chir chir recommended, ayam goreng korea, resepi ayam goreng korean, ayam korean style, halal chir chir, halal koren food

1 comments:

  1. okay bru tau pasal chir chir ni.. hehe.. k-fry tak pernah try lagi but pernah makan alternative option, nanda chicken.. that one not bad jugak.. huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...