Monday, May 28, 2018

Majlis Berbuka Puasa Ancasa Hotels & Resorts bersama Pusat Jagaan Kasih Murni





Alhamdulillah , acara berbuka puasa amal yang kedua aku join untuk tahun ni . Untuk yang ni, anjuran Ancasa Hotels & Resorts pulak . Majlis berbuka puasa ni ialah acara tahunan yang selalu pihak Ancasa Hotels & Resorts ni buat . For this year, diorang meraikan 35 orang anak yatim daripada Pusat Jagaan Kasih Murni .


Majlis makan makan ofcourse lah start bila dah masuk waktu berbuka kan? Tapi sebelum tu, pihak Ancasa Hotels and Resorts ni dah bawa adik adik ni jalan jalan shopping raya dulu tau . Dekat Jakel lagi uols . Adik adik ni semua dapat baju raya baru bernilai RM150 setiap seorang . Duit raya pun pihak Ancasa Hotels and Resorts bagi juga sebanyak RM50 .  Okay dik, simpan elok elok duit tu tau . Jangan guna buat beli topup ekekeke .


kesian dia puasa and penat shopping hehe

Majlis berbuka puasa ni bukan saja diadakan untuk meraikan adik adik dari Pusat Jagaan Kasih Murni ni je, tapi juga sebagai usaha menghargai pelanggan pelanggan Ancasa dan juga bagi mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja Ancasa Hotels and Resorts . Bagus la kan , ramai ramai baru lah meriah . Haritu, ada juga penampilan khas Chef Selebritu , Jaafar Onn . Tapi aku takde gambar la pulak . Dia siap menyanyi tau . Sedap juga dia menyanyi . Yang lawaknya tu ada budak lalu depan dia lepastu nyanyi lagu "cili cili padi" LOL hahahah . Heran jugak macam mana budak tu boleh tahu zaman cerita cili padi . Cili padi ni 90s kids je yang tahu and tengok hewhew.



Masa iftar haritu, memang rasa macam taknak balik je. Dan hakikatnya, aku lah antara yang balik lambat haha . Nak pukul 10 baru balik . Sebab semangat nak cuba dan rasa setiap makanan yang ada dekat situ .


Live band/kugiran etc idk orang panggil apa ni. best! Tradisional sangat


Ha tema buffet dekat Ancasa Hotels and Resort kali ni ialah 'Kampong Boy' . Memang macam macam pilihan masakan kampung yang ada. Tapi walaupun macam macam masakan kampung dihadapkan depan muka, kalau dah nampak kambing golek tu, iols serbu kambing dulu hahaha . Ulang 15 kali ambil kambing pun takde hal . Sedap ngat ngat (gedik haha)

Dessert pun ada uols

Aneka masakan kampung


apam balik terpaling sedap abad ini. alamak rindunyaa. sedap!

Program berbuka puasa ni bermula seawal pukul 10 pagi lagi and start dengan acara gotong royong masak bubur lambuk . Kali ni , pihak ADABI berbesar hati turut sama collaborate dengan pihak Ancasa untuk sediakan masak 5 kawah bubur lambuk dan diagihkan kepada orang ramai / awam yang lalu depan Ancasa Hotels ni . Siapa yang lalu area Jalan Tun Tan Cheng Lock haritu, ramailah yang dapat bawa balik bubur lambuk sebekas sorang . Acara pengagihkan bubur lambuk pulak di sertai sendiri Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (pemilik Ancasa Hotel), YBhd Datuk Ahmad Abu Bakar .



Kalau nak tahu, setelah di survey survey, if nak cari buffet ramadhan yang murah dan berpatutan ni memang dekat Ancasa Hotels and Resorts lah ceritanya . Cuma RM68/pax untuk dewasa dan RM40/pax untuk kanak kanak . Malangnya harga early bird dah terlepas, kalau tak RM58 je tau seorang . Murah sangat kan? And trust me, food quality and variety memang da bomb! Puas hati bayar berpatutan dan makanan pun memuaskan . Kalau nak buat reservation, boleh hubungi 03-2026 6060 .




1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...