Kejap nya puasa , tak lama dah nak raya dah . So boleh dah la start nak shopping keperluan raya apa semua . Sejak sejak dah kahwin , dah kerja , cara shopping raya dah tak sama dah . Kalau dulu , nak beli baju raya semua tunjuk tunjuk minta dekat Mama je . Tapi sekarang dah besar, dah kerja , beli sendiri la woi amenda mintak mintak dekat mak lagi kan kan? hahaha .
Baju raya sampai sekarang aku tak jumpa yang berkenan . Tak berkenan dari segi design dan jugak harga . Bila cantik , mahal pulak . Bila murah , tak lawa pulak . Alahai tension nya . So sebabkan malas serabut fikirkan hal mencari baju raya , kita postpone dulu and better cari kasut pulak .
Tapi apa apa pun kena carikan kasut raya untuk Hilmi dulu . Sebab bab carikan kasut untuk dia ni senang . Takpayah pening pening. Dia request nak beli dekat BATA . Aku pun onz jelah sebab Bata ok whattt . Design cantik , harga pun berpatutan . Kualiti tu toksah cakap lah , memang tahan lama !
Kitorang pergi outlet BATA yang dekat One Utama, since aku kerja pun dekat building sebelah je . Takpayah susah susah pergi jauh jauh . Shopping jela dekat situ .
Kalini, aku pulak belanja Hilmi . Bulan remedhan ni kan elok banyak banyakkan memberi , belanja orang . So adalah afdhol untuk belanja suami sendiri . setuju tak setuju tak? ekekeke
Ikutkan dia, dia sibuk nak beli selipar macam Tun M pakai tu tapi aiseh kan ada banyakkkk lagi design cantik, and berjiwa muda yang ada dekat Bata ni . So aku paksa suruh dia pilih design lain . Nama pun kasut raya, pilih lah yang meriah meriah sikit .
Tun M signature Bata slipper |
Mula mula tu survey survey juga kasut jenis bertutup , tapi last last dia pilih yang jenis sandal je . Katanya senang nak sarung , tak kalut nak pakai stokin dan boleh bagi pengudaraan optimum pada kaki hahaha kemain hujan kau .
Sandal yang dia pilih ni harga nya RM99.00 dan material leather . Bagi aku, berbaloi baloi sangat . Aku nak belanja dia pun jadi lapang dada sebab belikan benda yang cantik & worth the value . Kadang aku tak boleh nak brain macam mana orang boleh beli kasut ke selipar yang level level selipar jepun RM9.90 pada harga RM259.90 . How? Why? Whatt? Apasal tak beli dekat Bata jeeeee?
Aku bab bab harga ni memang sangat particular. Bila nak berbelanja sesuatu tu, kena ambil kira banyak aspect . Pastikan harga ditawarkan ngam dengan quality product yang di deliver. Baru lah puas hati .
Dia nak warna brown tapi takde size pulak. So pilih yang ni pun cun |
"Sorry bang, size takde lah bang" |
Staff Bata pun very helpful and friendly |
So point dia dekat sini , nak shopping kasut raya please consider shopping di Bata sebab bagi aku quality kasut Bata ni memang tip top . Kau tak ingat ke betapa tahannya kasut sekolah cap Bata kau dulu tu? Dah panjat pagar ponteng sekolah , lari merentas desa , kena denda pusing keliling padang , main cop tiang dengan kawan, join perbarisan rumah sukan , pun helokkk lagi kasut tu . Ingat tak? Ingat tak?
Plus, design collection raya 2018 diorang yang latest pun cun cun tau . Especially kasut perempuan . Haritu kasut yang aku nak takde size. Nanti nak try pergi outlet Bata yang lain kot kot ada .
Bata 2018 Raya Collection |
Plus, design collection raya 2018 diorang yang latest pun cun cun tau . Especially kasut perempuan . Haritu kasut yang aku nak takde size. Nanti nak try pergi outlet Bata yang lain kot kot ada .
So Alhamdulillah , Hilmi pun dah happy dapat kasut baru . Aku pun happy bila dia happy . Masa ni lah nak counter attack balik untuk mintak dia belanja baju raya Shawl Publika wakakakak .
Related search : Koleksi raya bata, kasut bata tun m, selipar bata tun m, selipar bata, website bata malaysia, kasut raya murah, jenama kasut berkualiti, jenama kasut tahan lama, jenama kasut sekolah, bata koleksi raya
Post a Comment