Chatime Vs. Tealive : Apa Cerita?

Monday, March 26, 2018

Hello!

ohmai ohmai , macam rare sangat nak buat entry membawang menceritakan perihal isu semasa dan update terkini . Biasanya asyik review produk , tak review produk kita review makanan , takpun review produk lagi haha . Pishang je korang baca belog aku ni kan?

So untuk kasi panaszz sikit , saja lah pilih topik yang agak hot terkini yakni isu kekeliruan antara

CHATIME Vs. TEALIVE



Aku sebenarnya lama dah confuse. Rasanya bukan aku sorang je confuse. Rata rata seperatusan besar rakyat Malaysia turut terbelenggu dengan ke-confuse-an antara isu Chatime dan Tealive ni . Yang mana juga mostly terpedaya dan percaya bahawasnya Tealive ialah penjenamaan baru oleh Chatime. Yang mana seperti didakwa oleh Tealive ,

Chatime = Tealive

Selama ni kita bulat bulat je terima . Aku pun percaya kalau orang kata Tealive ialah Chatime. Mana taknya wey , dah macam sebijik kot rupa dia . Warna tema sama, menu pun lebih kurang , memang nampak sangat seolah olah jenama di bawah satu bumbung .

Tapi rupa rupanya , SALAH 

Tealive bukan Chatime
dan Chatime bukan Tealive.

Bukan penjenamaan semula mahupun duduk dibawah satu syarikat yang sama.

Tapi dari personal preference , aku jauh lagi sukaaaaaa dan prefer Chatime over Tealive.



Aku dengan Hilmi ada personal fave drink tau . Strawberry Pudding Smoothie nama dia . Setiap kali order dekat Chatime, kitorang takde masalah pun. Tapi setiap kali order air yang sama dekat Tealive, mesti Hilmi menyirap sebab rasa macam kureng sikit dan texture pun tak best . Tak jadi smoothie, dia jadi macam ice blended. Hilmi memang particular bab bab texture makanan ke air ni sebab dia dulu study culinary so bilamana aku cuba cakap "Ala lebih kurang la ni" untuk tenangkan dia, mesti dia bebel balik dekat aku cuba sedaya upaya nak explain perbezaan smoothie dan ice blended hahhaha .

Pernah sekali kitorang order dekat Tealive **** dan air tu tak turn out macam yang Hilmi nak. Bila complaint dekat staff, staff dia buat bodoh je. Lagi lah Hilmi geram hahaha. 

So bila dapat tahu yang Tealive bukan lah Chatime, kitorang rasa lega gilaaaa and goes " ohh patutlah Tealive punya kurengg" . Tapi seriouslah rasa tau perbezaan dia. Kalau korang penggemar Chatime mesti korang dapat perasan ketara perbezaan.

Tapi katanya dulu pemegang francais Chatime pasaran Malaysia, Loob Holding (pemilik Tealive sekarang) , ingkar dengan kontrak ditetapkan Chatime dimana diorang tak guna bahan mentah yang dah diselaraskan oleh Chatime. So sebab ingkar tu juga lah kontrak diorang di batalkan dan Loob Holding came up pulak dengan jenama Tealive. Kalau disebabkan bahan mentah dan kualiti bahan yang menyebabkan Loob Holding digugurkan dari kontrak Chatime, no wonder lah kualiti dan rasa air Tealive tak setanding Chatime (from my personal preference lah. Kalau awak team Tealive, terpulang awak)

So now, berita baik untuk semua peminat setia Chatime. Ingredients dan bahan mentah digunakan oleh Chatime disahkan Halal oleh JAKIM tau. So minum dan sedutlah sepuas puasnya. Untuk Tealive iols tak sure, tapi rasanya belum ada lagi pengesahan Halal dari JAKIM (correct me if i'm wrong).

Disebabkan Tealive degil dan menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna dengan menyatakan yang "Tealive ialah Chatime" makanya Chatime tak berdiam diri dan duduk makan kacang je sebaliknya tindakan undang undang telah pun diambil terhadap Tealive. Aliza Ali, Pengarah Urusan Chatime Malaysia berkata, yang Tealive ni memang secara terangan siarkan di website diorang dengan tajuk ‘Chatime dinamakan semula sebagai Tealive’ dan ‘Tealive ganti Chatime’ dan terus membuatkan ramai pengguna percaya dan ingatkan yang jenama Chatime dah tak ada .

Lagipun pihak Chatime dah bagi tempoh selama setahun untuk pihak Loob Holding (Tealive) untuk selesaikan hal ni tapi tak ada sebarang perkembangan positif pun. So demi tamatkan drama dan kekeliruan ni semua, dah tak ada cara lain sangat, gunalah undang undang. Sonang cerita

For more info related to the lawsuit boleh baca link ni :




Few more info CHATIME vs. TEALIVE

1. Hampir kesemua flavour air Chatime lagi better daripada Tealive. Tak caya? Try lah. Saya sudah, anda bila lagi? Serious berbeza sangat :(
2. Kad loyalty Tealive tidak boleh diguna pakai di outlet Chatime, and vise versa.
3. Tealive ada menyatakan yang diorang diiktiraf Halal oleh JAKIM . Tapi setelah disemak semula, tiada pengesahan daripada JAKIM bahawa Tealive mendapat pengiktirafan HALAL.

Despite all the dramas dan kepanasan melanda, I tetap team #Chatime . How about you?











Related search : Chatime dan Tealive sama, Chatime ialah tealive, apa beza chatime dan tealive, chatime dan tealive satu company, konflik chatime dan tealive

6 comments

  1. Hehe hi syg akk mai ni hehe ok 1st of all imma COFFEE ADDICT haha so nk jwb ni sush sket tp personally i think ORIGINAL is always better lorh chatime lahh! And my fav pick is always milk tea with bubbles hehe

    ReplyDelete
  2. Cakap kat helmi awak tu kalau xnak menyirap order je smoothie sirap ..hee gurau2 je. Pcl pilih chartime walaupun tak selalu beli :)

    ReplyDelete
  3. emmmmm hahaha memulaa tak perasan sbb mmg ingat dorg ni under label yg sama.. but yes chatime lagi sedap...

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  5. Siqah team Chatime jugak!! Dah pernah cuba tealive tapi rasanya lain jugak walaupun lebih kurang but still Chatime lagi sedap.

    ReplyDelete

On My Instagram