Sekarang Dah Boleh Beli Barangan Daripada JD.com dan Mogujie di Ezbuy tau!

Friday, March 16, 2018
Image result for ezbuy logo

"Sama tak perangai kita?" Nak shopping macam macam, tapi nak harga murah murah . Hahaha rasanya ramai kot seangkatan dengan Faa. Semua sejenis nak barang best best, in trend, berkualiti TAPI nak kan harga yang berbaloi baloi .

Sekarang ni , dah tak main dah shopping shopping dalam Malaysia . Main import import pulak tau hehehe . Lagi gempak , beli barang direct terus daripada negara pengeluar . Mana lagi? Kebanyakan barangan daripada China lah kan? Dan dah pun Faa kongsikan sebelum ni Cara Mudah Membeli Secara Terus Barangan Dari China (klik untuk baca) dengan berbelanja melalui EzBuy.com!





Warning : Kalau nak buka Ezbuy.com ni, pastikan tengah betul betul free time . Kain kain dah lipat, dinner dah siap masak, kerja kerja rumah dah setel . Sebab sekali dah terbuka Ezbuy punya website ni , fuhhhh lupa diri terus! haha . Mana taknya, dalam website Ezbuy ni terhimpun beribu barangan daripada pelbagai kategori . Memang tak habis belek sebenarnya tau . Dah la kejap kejap jumpa barang ni murah , sekali pergi page seterusnya ada yang lagi murah . Terus confuse dan rambang mata hehe .

Sekarang ni, di Ezbuy.com dah tambah lagi barangan yang boleh dibeli . Now,dah boleh beli barangan daripada JD.com (JingDong) dan Mogujie jugak!

JingDong dan Mogujie dah sedia sedia memang website yang menghimpunkan beribu barangan. Bila Ezbuy gabungkan dua dua ni bawah satu bumbung, memang lagi beribu ribu ribu ribu lah listings barang yang ada . Fuhhhh bawa bertenang ya masing masing . Saya tahu ianya sangat mencabar nafsu serakah nak membeli belah kan? hehehe .

Barangan dari JingDong / JD.com ni kebanyakannya daripada kategori :

- Perkakas Rumah
- Barangan Digital
- Peralatan Sukan/Outdoor
- Barangan Ibu dan Bayi
- Aksesori Kereta
- Kasut dan Aksesori Lelaki & Wanita

Untuk Mogujie pulak lebih tertumpu pada barangan jenis :

- Kosmetik
- Pakaian Wanita
- Aksesori Wanita 
- Barangan Elektrik
- Makanan


Senang je kalau nak kenalpasti barangan tu daripada mana. Untuk JingDong memang ada logo 'JD' je . Untuk Mogujie pulak ada logo macam cendawan tu . Lagipun bila hover mouse dekat logo tu memang ada tulis 'By Seller on JingDong' dan 'By Seller on Mogujie' . 




Sekarang tengah kemaruk cuci mata tengok perabot perabot dalam Ezbuy ni . Geram je, tunggu masa sikit lagi baru boleh beli hehe . Lagipun kalau nak beli perabot besar besar ni , mudah dan murah je tau guna Ezbuy ni . Cuma gunakan servis 'Prime' sahaja . Boleh ship barang sebesar peti sejuk sekalipun pada harga RM8.80! Gila murah kan? Tapi untuk melayakkan korang dapat kan harga shipment RM8.80 tu, kena mendaftar sebagai ahli Prime dulu . Pendaftaran cuma RM188.00 sahaja setahun . Berbaloi sangat . Boleh borong segala sofa , meja makan , katil apa bagai hehehe .



Takpun boleh juga share share account prime dengan kawan kawan. Daftar je satu kali, lepastu ajak la siapa siapa nak beli barang boleh guna akaun tu. Nak lagi senang, mintak je tolong kak Dhia Vivadea belikan . Dia ada akaun Prime tau dan willingly untuk bantu tolong order kan barang korang for FREE . 

Okay, Faa nak sambung membeli belah dekat Ezbuy ni . Seronok pulak tengok barangan listed by Mogujie dengan JingDong ni . Nak kena teliti dan pilih betul betul . Sebab duit tak kepuk kepuk , tak mampu nak beli semua hehehe . Selamat bershopping gais!


Related : ezbuy, beli dari china, website beli barangan china, tips borong cina, tips borong china, cara memborong china murah

Post a Comment

On My Instagram