Monday, March 12, 2018

Belanja Dan Tebus Tapao-Ware Pada Harga Serendah RM9.90 Hanya di AEON BiG


Hello!

Syoknya dekat Malaysia ni, macam macam perayaan ada. Dapat sambut dengan kawan kawan, dapat cuti extra dan paling best sebab banyak sale uols! Yay!  

Sebabkan sekarang dah masuk fasa bini bini , jadi priority pun dah berubah . Kalau sebelum ni suka tercari cari mana ada sale untuk baju atau makeup , sekarang ni dah sibuk cari sale untuk barangan rumah dan groceries hewhewhew. Nak cari kat mana? Kat AEON BiG la uols!

Banyak nak pilih sampai penuh tangan!



Walaupun dah habis musim perayaan, AEON BiG ada banyak lagi promosi taw. Nak list kan banyak banyak pun susah . Lagi senang korang pergi cawangan AEON BiG berdekatan, sebelum masuk tu ambil 2 troli . Satu sendiri tolak , satu lagi mintak suami / tunang / boifren / kawan tolakkan . Sebab banyak benda nak kena beli ni


Disebabkan dah banyak berbelanja sakan tu, jangan lepaskan peluang untuk kumpul rangkaian Tapao-Ware AEON BiG edisi terhad ni.

Design pun cantik, tahan lasak pulak tu

Tak menyesal langsung  kumpul Tapao-Ware ni. Sebab diperbuat daripada Borosilicate glass, yang boleh direct diguna dan disumbatkan kedalam peti ais, microwave, oven mahupun dishwasher. Sebabkan daripada kaca, Tapao-Ware ni bebas toksik & tiada tindak balas kimia. Selamat & sihat gitu.

Didatangkan dalam pelbagai saiz dan bentuk


Sejak sejak ada bekas ni, senang je nak simpan lauk dan reheat semula. Boleh guna untuk baking jugak taw. Tak payah nak tukar tukar dua tiga bekas. Daripada masak, hidang, simpan pastu panaskan & hidang lagi. Semua guna satu bekas je. Faa baru kumpul dua size. Dua dua jenis round shape . Satu kecik , satu lagi medium sized.

Faa guna untuk simpan bahan kering sebab bekas ni kedap tau.
Kalau simpan makanan confirm fresh tahan lama

Ni size yang kecik sikit. Selalu guna ni untuk letak salad takpun potong buah bawa pergi ofis hehe



Macam mana nak dapatkan Tapao-ware Qucina ni? 

Senang sangat!

Cuma belanja minimum RM30 untuk dapatkan 1 sticker. Lepastu, kumpulkan 5 sticker.  Dah kumpul 5 sticker, terus boleh redeem satu unit Tapao-Ware bermula serendah RM9.90 je. Cara dah la mudah, pastu murah pulak untuk bekas kaca yang berkualiti.


Lepasni nak kumpul yang ni pulak

Yang ni siap ada divider tau

Yang ni ada divider juga tapi bentuk bulat . sesuai untuk bawa bekal



Bagi Faa, berbaloi sangat harga nak bandingkan dengan quality dia. Sebab biasanya bekas macam ni makan beratus juga . Kumpul lah terus kelima lima design yang ada . Baru lah lengkap :D

Owh ha, Faa ada tips nak share.

1. Korang boleh dapatkan extra sticker kalau korang beli barangan terpilih daripada jenama bawah ni.



2. Extra sticker korang boleh dapat jugak selepas mendaftar dekat aplikasi telefon ‘AEON BiG Redemption’. Free je.




3. Untuk korang yang dah ada 5 sticker tu, korang boleh tebus bukan satu tapi dua Tapao-Ware taw. Senang je, hanya bayar gunakan kad Maybank masa membuat penebusan.



More info tentang tapao-ware ni? Baca dekat sini : AEON BiG Tapao-Ware Special


Dah daftar sebagai ahli AEON BiG?



Alang alang dah sampai AEON BiG tu, jangan lupa mendaftar sebagai ahli AEON BiG . why? Sebab ada banyak kelebihan tau, dah la FREE pastu ada banyak promosi esklusif untuk ahli je termasuklah :
  • Special Thank You member sale : Nikmati diskaun 5% untuk semua barangan tanpa pembelian minimum pada setiap hari Ahad minggu kedua .



  • Thank You member sale : Nikmati diskaun 5% untuk semua barangan tanpa pembelian minimum pada 28hb setiap bulan .


Maksudnya apa? Maksudnya ada DUA KALI special sale untuk ahli AEON BiG setiap bulan (yay lompat bintang!)




Dah berapa kali Faa cerita pasal kelebihan menjadi ahli AEON BiG ni. Dekat sini pun Faa ada cerita juga AEON BiG 5th Anniversary : Promosi Hebat Sepanjang Disember! . Ingat tau, dah sampai AEON BiG, jangan lupa daftar sebagai ahli .


Yup , FREE REGISTRATION . Tak keluar sesen pun awak . Tak rugi pun. Lagi untung ada lah , kan kan kan?

Sekarang dah tahu apa nak buat esok lepas balik kerja kan? Ha , kena lah singgah AEON BiG dulu . Boleh beli barang barang dapur yang fresh pada harga berpatutan . Baru lah seronok nak masak untuk keluarga . Tak gitu?

For more info, visit :












Related search : Aeon big promotion, aeon big contest, aeon big 5th anniversary, aeon big daily surprise promotion, aeon big kepong, aeon big kota damansara, aeon big murah, aeon big member card, kelebihan member card aeon big, aeon big tapaoware, aeon big promo,cawangan aeon big,aeon big lagi murah,pasaraya murah,promosi bulanan aeon big

2 comments:

  1. lawa pula design tapao ware tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cun. lagi2 yang ada divider tu. senang nak bahagikan makanan/lauk

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...