Kalau masa belum kahwin lagi perangai 'cheapskate' tu memang dah ada, bila dah kahwin ni sengaja jebakkan sekali Hilmi untuk sesama jadi cheapskate haha . Bukan kedekut tau, tapi bijak berbelanja. Ahgitchu .
Jadi kalau nak beli barang ke apa, beli masa tengah ada promosi. Baru lah berbaloi baloi.
So bila dapat tahu AEON BiG ada celebration dan promosi besar besaran sempena Anniversary diorang yang ke - 5, kena lah terus laju laju ajak Hilmi pergi AEON BiG berdekatan . Nak tengok promosi apa yang diorang offer.
But first, kena baca dulu tips dan cara nak nikmati promosi yang ditawarkan AEON BiG sepanjang bulan Disember ni .
1. Daftar AEON BiG Member secara PERCUMA!
Mula mula tu, sebelum masuk shopping ; ambil masa sikit untuk daftar sebagai member AEON BiG. Free jee, takpayah bayar apa apa. Cuma isi borang je kejap, itu pun isi benda benda perlu je. Automatik terus dapat kad. Biasanya kaunter nak daftar member card ni depan pintu masuk dia je.
Lagipun , selain daripada kumpul point dan dapat special price untuk sesetengah barangan , MEMBER cardholder AEON BiG juga dapat enjoy 5% diskaun pembelian pada setiap hari Ahad minggu kedua dan juga pada 28hb setiap bulan . BEST KAN? BEST KAN??
2. Dah jadi AEON BiG member? Boleh lah join BiG Thank You Contest
Good news untuk kaki contest! This one's for youuuuu .
Dengan pembelian minimum RM50 jurr, korang terus layak join & berpeluang menang HADIAH UTAMA seketul TOYOTA VIOS oii. Bukan 1, tapi 5x pemenang utama taw. Hadiah pertama pulak, dapat pegi Jepun . Dah la travel PERCUMA, dapat pulak duit poket RM2,000. Yang ni pun 5x pemenang.
Tak cukup lagi? Jangan risau, AEON BiG nak bagi 50 biji phone pulak. Tak mainla phone cikai cikai, diorang nak bagi , iPhone 8 Plus tauuu! iPhone 8 Plus ni pulak, untuk 50 pemenang. Hampir sawan tau tengok hadiah hadiah diorang ni haha
Untuk saguhati, dapat pulak AEON BiG gift card bernilai RM100 x 500 pemenang. YA AMPUNNN dahsyat dahsyat hadiahnya wey
Tapi exclusive untuk AEON BiG members jelah ye. Sebab tu awal awal suruh korang daftar jadi member dulu. Baru lah boleh masuk peraduan ni. Peraduan berlangsung dari 17 Nov sampailah 31 Dis 2017.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, baca dekat sini : http://aeonbig.com.my/5th-anniversary
Mengigih belanja banyak banyak untuk masuk peraduan ni. Mana tahu dapat kereta ke, pergi jepun ke, ye dok? |
3. Daily Surprise!
Apa yang surprise tu awak? Dari 1 hingga 10 Disember 2017, akan ada harga gila murah tak masuk akal yang bikin terperanjat di AEON BiG. Memang betul betul 'surprisingly low priced' lah ceritanya. Nak tahu apa yang surprise sangat tu, ofkos ofkos lah kena pergi AEON BiG tu sendiri. Pergi jenguk jenguk apa yang tengah on promotion tu .
Ini dia, muka teruja tengok macam macam promosi ada dekat AEON BiG |
Tapi, idok lah rajin nak pergi AEON BiG tu hari hari semata nak tengok apa daily surprise nya kan? Nak senang , FOLLOW je Facebook page rasmi AEON BiG. Dekat situ, semua update terkini pasal promosi AEON BiG 5th Anniversary semuanya ada.
Facebook : https://www.facebook.com/MYAeonBig
Instagram : https://www.instagram.com/MYAeonBig/
Tak terhad untuk barang runcit je tau yang ada promosi. Even barang kelengkapan rumah, barangan elektik, bahan basah untuk masak semuanya ada promosi jugak ye. Gila meriah promosi AEON BiG kalinii!
Antara barangan yang tengah promosi kaw kaw sekarang ni, detergent Breeze yang 4kg tu , sekarang cuma RM17.90 jee!! Normal price dalam RM29 kalau tak silap . Jimat banyak tuuu . Pergi serbu AEON BiG sekarang!
4. Belanja dan dapatkan Limited Edition Artistic Canvas Bag!
Semenjak dua menjak ni, aku macam dapat detect satu habit baru tau iaitu menggigih kumpul merchandise yang dapat free bila shopping tu. So bila AEON BiG announce yang dengan setiap pembelian RM250 dan keatas (dalam satu resit) pada setiap hari Jumaat bertarikh 15 Dec, 22 Dec dan 29 Dec 2017 ; boleh dapatkan PERCUMA Limited Edition Artistic Canvas bag , naluri mak mak yang happy dapat pinggan mangkuk bila beli ubat gigi tu tetiba triggered. Hahahaha. Seronok tau collect benda benda macam ni.
Lagipun, bila dapat bag macam ni, sebenarnya banyak fungsinya. Dah la sekarang ni shopping mana mana semuanya takde dapat plastic bag dah. Bila ada canvas bag ni, senang lah sikit nak hangkut barang barang yang dibeli tu. Takdelah tragedi buah epal bergolek masa jalan nak pergi kat kereta ke apa sebabkan takde plastik bag, kan kan kan?
Ingat tau, kalau korang aim nak dapatkan Limited Edition Artistic Canvas bag ni, kena datang shopping pada tarikh tarikh atas ni je. Kalau datang tarikh lain, tak dapek la. Nama pun limited edition hehee.
Setiap minggu, tema lukisan pada bag ni pun berbeza beza tau . Ada 3 design berbeza untuk 3 minggu. Kumpul lah semua sekali , baru cun hehe .
Setiap minggu, tema lukisan pada bag ni pun berbeza beza tau . Ada 3 design berbeza untuk 3 minggu. Kumpul lah semua sekali , baru cun hehe .
Limited Edition Artistic Canvas Bag Weekly Theme
Week 1 (The Nature)
Week 2 (The Culture)
Week 3 (The Architecture)
Promosi untuk AEON BiG 5th Anniversary ni berlangsung sampai 31 December je. Sebulan je ha. So kena lah rebut peluang ni sebaiknya. Enjoy dan manfaatkan sepenuhnya semua promosi dan diskaun yang diorang offer. Kang masa tak offer, sibuk pulak tanya "eh takde sale ke?" "takde promo ape ape ke?" . Hah dah tengah promo ni jangan banyak cakap pulak . Terus serbu AEON BiG berhampiran korang, okes?
HAPPY SHOPPING! and HAPPY 5TH BIRTHDAY AEON BiG :D
Related search : Aeon big promotion, aeon big contest, aeon big 5th anniversary, aeon big daily surprise promotion, aeon big kepong, aeon big kota damansara, aeon big murah, aeon big member card, kelebihan member card aeon big
4 comments
you're so pretty.
ReplyDeletehttp://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Memang berbaloi lah. Kawan mama pun usha hari2 kat aeon big. Hari2 Ada tawaran harga murah
ReplyDeleteYa betul ... AEON ni kalau kena masa promosi memang best shopping. Saya dan wife selalu pegi kalau ada jualan diskaun .. nak cari baju untuk baby dan anak-anak. Kualiti pun bagus .. tp tempat saya ni agak jauh dengan AEON ni. :) jadi tak leh la nak pegi selalu.
ReplyDeletePaling dekat ada kat Taiping.
miza suka pergi 28hb sebab ada discount 5% untuk member AEON. Ok nak aim beg kanvas yang 29hb tu menarik design dia
ReplyDelete