Cara Mudah Membeli Secara Terus Barangan Dari China

Monday, June 5, 2017

Masa aku mula mula terjebak dengan business online dulu, aku start dengan buat PREORDER barangan daripada China . Masa tu, kemahen susah lagi aku nak cuba cari supplier dan source yang boleh dipercayai . Yelah, dah lah jauh . Kang order , barang tak sampai sampai . Duit pulak customer dah bayar . Tak ke haru ? Lepastu, paling jenuh nak cari agent yang boleh tolong uruskan penghantaran barang daripada China terus ke Malaysia .

Sepanjang aku cuba sourcing daripada China dulu, sempat lah merasa barang tak sampai , barang rosak , barang tak cukup , barang sangkut dekat kastam , barang kena cukai yang tinggi .. semua den dah raso dah . Bila ingat ingat balik , ala rindu pula nak buka order preorder dari China camtu .

Tapi sekarang orang dah tak layan dah kalau aku buka preorder barang daripada China ni. Sebab masing masing dah boleh order sendiri direct daripada sana . Takpayah dah nak susah susah cari agent ke apa untuk beli barangan daripada China.




Macam mana nak membeli secara terus barangan dari China?


SENANG JE! Korang boleh beli segala macam produk bukan setakat daripada China je, tapi juga daripada Taiwan dan USA dengan menggunakan ezbuy .

ezbuy merupakan satu online shopping web yang menjual beribu barangan daripada bermacam kategori yang akan dihantar terus kepada korang daripada luar negara . Kalau contohlah kan, setelah korang cari cari apa yang korang nak dekat dalam ezbuy ni tapi tak jumpa jumpa juga , korang boleh pulak cuba dapatkan daripada web online shopping yang lain contohnya Taobao dan Tmall , dan kemudian boleh minta 'ezbuy' tolong belikan . Best kan?

Tapi rasanya , dekat dalam ezbuy ni je pun dah berlambak barang. Takkan lah tak de yang berkenan ye dak? Sampai juling mata nak belek satu satu . Memang seronok . Yang tak seronoknya kalau tak banyak duit wakakaka .

Aku ada juga cuba guna service ezbuy dan memang tak pelik lah kalau ramai suka service diorang ni. Sangat efisien, dan setiap pergerakan parcel korang, boleh di 'track' dengan mudah . Takde dah la isu takut barang hilang tanpa jejak ke apa .

Lagi bonus point untuk 'BIG WHY' , kenapa ezbuy dah makin menjadi pilihan ramai pengguna especially dekat Malaysia ni ialah sebabkan 'shipping cost' dan 'handling cost' yang rendah . Serendah RM4.50 je untuk 500g menggunakan 'Air Shipping' (penghantaran melalui mel udara) . Weh serious murah lah! Sebab seingat aku dulu kalau nak hantar hantar barang terus ke rumah daripada China dulu, makan berpuluh ringgit juga untuk 1 kg tau .

Tu tak cerita lagi pasal special service diorang yang di nama kan "PRIME" . Ha yang tu, setiap barangan yang ada di bawah label "PRIME" , kos pos hanyalah RM8.80 sahaja . Tak kisahlah beli katil ke, peti ais ke, akuarium ke .. semua RM8.80 sahaja kos pos! Gilaa ke? hahahaha .Dah lama dah aku perhati barang barang dalam section prime ni . Gatal je tangan ni nak beli kerusi la meja lah apa semua tu .  Takpe, tunggu masuk rumah baru nanti kita sakan beli perabot dekat sini ekekeke.


Sekarang ni , bermula daripada 31 May sampai lah ke 5 June 2017, di ezbuy sedang diadakan 65eday, Global Super Sale. Semua barangan di ezbuy tengah ada potongan diskaun secara besar besaran; diskaun pulak sehingga 90%! *gosok gosok mata*


Istimewa sepanjang 65eday, Global Super Sale


  • Beli barangan daripada Malaysia, China, USA dan Taiwan
  • Diskaun sehingga 90%
  • Sehingga 20 juta barangan pada harga murah termasuklah produk dalam kategori 'Fashion Specials', 'Lifestyle Essentials' & 'ezbuys's Best Sellers'
  • Diskaun dan promosi eksklusif harian sepanjang 31 May sehingga 5 June 2017
  • 'Friends Deal' , 'Share & Shop with Love Ones' dan nikmati harga borong untuk 300 produk terpilih (update daily)
  • 'Deal of the day' & Great Daily Deals for Everyone' - section khas untuk promosi harian
  • Turut terdapat diskaun hebat untuk jenama jenama besar termasuklah jenama berikut :
Sony
Tefal
Canon
Casio
Daniel Wellington
Omron
Samsung
Pineng
Sonicgear
Brands
Johnson Baby
Avent
Scholl

dan banyak lagi!!





Nampak tak QR code dekat atas ni? Scan dekat phone korang dah install apps ezbuy ni sekarang untuk dapatkan RM15 shopping voucher secara percuma! Hari ni dah 2 June, tinggal lagi 3 hari je untuk bershopping sakan dekat ezbuy (ENDS 5 JUNE 2017) . Tapi sebenarnya, dekat ezbuy ni semua benda pun dah sedia sedia murah walaupun masa tak ada promosi, tapi kalau dah ada promosi ni takkan lah nak buat tak reti je kan? gunakan peluang ni sebaiknya untuk beli segala macam barang yang korang nak pada harga terlajak murah .






p/s : Dah macam macam benda dah 'add to cart' ni, hihi .












Related search : cara membeli barang dari china, supplier barangan china, pembekal barang china, cara membeli dari china, ebook borong china, cara memborong dari china, tips memborong china, borong china, cara beli borong barang china, cara beli dari taobao, agent taobao, ejen taobao, cara beli alibaba, ejen alibaba, agent alibaba

24 comments

  1. TAK pernah guna lagi website ni.. biasa order dr Lazada dan shoppe je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya la kalu beli dari shopee brg dri china smpi ke kita kita nk kne cas lagi ke?atau smua dh tmasuk masa oder tu.
      lg 1 klu mase oder shopee tu die tulis kos pnghantaran 00 mknaya nti smpi pon xde kne cas apa2 ke ek?sbb bru festime beli ngn shopee

      Delete
  2. Wahh syoknya leh shopping direct dari China dengan harga shipping yang murah..I LIke ezbuy.. Terbaik arrr..

    ReplyDelete
  3. ohhh. senang jee rupany. baru tau

    ReplyDelete
  4. i suruh agent saya buat bayaran dan shipping je. cepat dan senang.. wechat ID agent saya: esteejourney

    ReplyDelete
  5. prime tu kne register and bayr dulu ker baru boleh gune prime tu?

    ReplyDelete
  6. kalo nk guna prime tu..kne register and bayar dulukan..kalo x xpat flat shipping tu kn..ker macam mane?

    ReplyDelete
  7. mcm mne nk tukar bahasa cina tu?kdg saiz dye tlis dlm bhase cina

    ReplyDelete
  8. mengarut je ezbuy ni. elok sgshop :)

    ReplyDelete
  9. Nak try order barang dari china, tapi rasa was2 gitu. Hihi...

    ReplyDelete
  10. Sy xguna ezbuy borong dri china,sy direct beli,mksd beli online.. Sng puas hti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mna borong tu? Nk tau jgk. Huhu

      Delete
    2. bole ajar x mcm mne nk guna tu...

      Delete
    3. Bahagian payment nk klik auto payment atau after consignment yg better ya tuan

      Delete
    4. Klu awak bli dr byk seller.. Better klik after consignment . Klu bli 1 je kli auto..

      Delete
  11. How abt kalau beli barang through alibaba eh? Macam mana nak dapat postage murah?

    ReplyDelete
  12. kastam semu dsemu dia uruskan sekali ke?

    ReplyDelete
  13. nak tanya la kalau beli brg dari china kat shopee ni kan bila brg tu smpai malaysia kita kne cas pos lagi x ye?lg 1 kdg beli kat shopee tgok xde cas penghantaran tu mksudnya mmg xde kne cas apa2 dah ke?mntak tlong sgt2 sape bole tlong jwap.sbb first time oder x pham sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau order brg dari China, and brg dah sampai kat rumah awak, tkde caj dah. Tak perlu risau

      Dan lagi satu, kalau shopee ada free shipping, awak boleh guna voucher tu. Bole baca syarat2 dia. Tapi macam sekarang kalau tak silap saya perbelanjaan atas RM40, customer dapat free shipping.

      Beli barang dengan shopee jangan takut kena tipu ke apa ke sebab shopee akan pegang duit awak dulu. Selagi barang tak sampai, seller takkan dapat payment awak. Seller akan dapat payment awak bila barang dh sampai kat rumah awak.

      Delete
  14. mintak tlong sgt sapa bole tlong jwap.sbb takut sedap2 oder xde kos pghntaran kang tetibe smpi kne cas pulak.

    ReplyDelete
  15. 0k thanks amirul

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum cik farah.
    Sy kak zakiah.. Akak nak tanya mcm mana cara nak beli perabot dr china. Diorg akan hantar sampai alamat rumah ke atau sampai kat port je.
    Kalau sampai port. Camne pulak kita nak amik brg kita tu.. Kat port tu kan beribu2 kontena ada.

    Minat nak beli tp x tau cara.
    Blh farah tolong guide akak.

    ReplyDelete
  17. Xsemua barang kita nak ada. Saya cari makanan ikan dari china chn xada. Ada pun yang biasa saja. Baik beli dari shopee atau lazada. Nak apa semua ada. Apa pun thanks untuk perkongsian. Barang lain padu banyak boleh dapat dan murah. Terbaik

    ReplyDelete

On My Instagram