Kepentingan Sun Block dan Cara Kiraan SPF

Tuesday, December 19, 2017

Dekat Malaysia ni orang kata ada dua musim . 

1. Musim Panas
2. Musim Hujan

hahaha . walaupun orang dekat negara lain dah bertukar musim ke musim sejuk, siap ber'winter jacket' , and kesejukan. Kita dekat Malaysia ni berbecak becak lagi tahan panas. Alhamdulillah kadang tu lepas seharian panas, petangnya hujan pulak . Sejuk sikit kan?


Disebabkan dekat Malaysia ni panas 'lit lit' orang Kedah kata, jadi protection nak menghadap sinaran matahari terik ni kena lah lagi advanced. Salah satu benda yang ramai antara kita buat tak peduli ialah pentingnya penggunaan sunblock dan sunscreen. Bahasa melayu nya , tabir suria . Gituu

Antara sebab kenapa ramai antara kita tak menggunakan sunblock ni ialah disebabkan kurangnya kefahaman tentang betapa bahaya dan bagaimana sinaran matahari ni boleh memberi kesan buruk pada kulit kita. Ada juga yang dah faham dan tahu tapi degil taknak dengar cakap (piat telinga dia) , jadi entry ni untuk bagi remind semula dekat semua supaya fahamkan lagi kepentingan sunblock untuk kulit kita .

So, tak semestinya bila nak pergi latihan rumah sukan, bercuti cuti main banana boat dekat Pulau Tioman ataupun pergi join larian marathon bersempena hari wanita sedunia je baru kelam kabut nak lumur sebotol sunblock dekat badan dan muka .




Wajib guna sunblock tiap tiap hari tau . Setiap kali sebelum keluar rumah dan terdedah pada cahaya matahari .

Antara kepentingan memakai sunblock ialah untuk :
  • Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB
  • Melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen.
  • Melindungi kulit daripada penyakit lain seperti katarak, kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kanser kulit
  • Melambatkan proses penuaan dan menghalang daripada penghasilan bintik hitam dan jeragat.



UVA ialah salah satu sinar UV yang paling banyak menimbulkan radiasi iaitu 95% dari sinar ultraviolet yang masuk kedalam atmosfera bumu. Sinar UVA ni lah antara penyumbang utama kepada kerosakan kulit dan menjadi sebahagian besar penyebab terjadinya kanser kulit. UVA ni biasanya menyebabkan masalah kulit dari dalaman antaranya penuaan, berkedut dan kusam.

UVB pulak penyebab kulit kita kemerahan dan terbakar sebab ianya cuma menyerang lapisan luar kulit sahaja . Sun burn tu jadi disebabkan tak lindung kulit daripada sinaran UVB lah . UVB ni jadi lebih agresif dan cenderung untuk merosakkan kulit pada waktu 10 pagi sampailah 4 petang . Jadi, kalau nak keluar rumah pada waktu ni , pastikan pakan sunblock yang ada kedua perlindungan UVA dan UVB ya.

UVB juga lah penyebab kepada bintik jeragat pada muka. Tak nak jeragat kan? Jadi mulakan penggunaan sunblock sekarang!




Bagi pemilihan sunblock pula , kena pilih mengikut SPF yang bersesuai dengan keadaan dan aktiviti yang kita akan lakukan . SPF atau nama panjangnya  Sun Protection Factor (Faktor Perlindungan Matahari) ni ada dalam macam macam nilai dijual di pasaran. Mesti pelik kan, ada SPF 15, ada SPF30, lepastu ada pulak SPF50.

Apa beza nombor nombor ni?

Nombor dekat SPF tu indicates berapa lama sunblock tu dapat melindungi kulit kita . Lagi tinggi nombor, lagi lama lah sunblock tu mampu bertahan .

Contoh pengiraan SPF ialah seperti berikut :

SPF 50 ( 50 x 10 minit = 500 minit bersamaan 8 jam 30 minit!) 

Jadi, kalau dah plan nak berjemur tengah panas lama lama, ambil lah sunblock yang nilai nya tinggi macam SPF50 ni. Tapi kalau setakat nak keluar rumah, lepastu masuk office, SPF15 pun dah memadai . Takperlu pakai spf yang tinggi tinggi kalau tak perlu sebab boleh merosakkan kulit . So, pilih dan guna lah yang bersesuaian ya. 

p/s : Dekat farmasi dan drugstore macam Guardian dan Watsons ada jual banyak jenis sunblock . Pilih je dekat sana . 

Sumber :

Kursus Kecantikan Giat Mara
Kelas Basic Makeup & Skincare Sara Hata
http://dyn88.blogspot.my/2016/10/apa-itu-uva-dan-uvb.html


Related search : sunblock, tabir suria, cara pilih sunblock, beza sunblock dan sunscreen, sunblock jenama bagus, brand sunblock bagus, kenapa kena pakai sunblock, kepentingan sunblock, cara atasi jeragat, atasi jeragat dengan sunblock, cara guna sunblock, tips pilih sunblock

4 comments

  1. Rasanya ni ada sorang doktor yg explain. Kenapa x tulis reference atau nama dr.tu? Nanti jadi kes ciplak ayat org

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara kiraan spf tu sy belajar dekat salah satu kelas skincare & makeup yg sy pernah pergi & penerangan pasal sunblock sy belajar masa ada join kursus pendek di Giat Mara. Ayat dan penerangan tu mgkin ada sama dan sy ada baca beberapa artikel lain juga. Takpe, nanti sy masukkan sekali link2 reference semua bacaan sy ye :)

      Delete
  2. Oh ada juga cara pengiraan SPF yer, tak tau pulak

    ReplyDelete

On My Instagram