Okay lanje gambar acah OOTD dekat bawah blok rumah wakakaka
|
Hello!
Finally setelah beberapa bulan lepas kahwin menumpang kasih dekat rumah ciksu (my makcik) , akhirnya ada rezeki dah nak duduk rumah sendiri . Sebelum ni duduk rumah mak pak mentua dekat Bangi . Tapi sejak September lepas, aku dah dapat kerja dekat Damansara, makanya tumpang lah sekejap dekat rumah ciksu .
Sebelum ni pun masa intern diploma, intern degree semuanya memang duduk dengan ciksu . Siap dah ada satu bilik khas memang bilik aku wakkaka . Barang barang toksah cakap la, memang penuh . Jenuh juga nak angkut keluar masa pindah haritu .
Walaupun rumah sewa jurr tapi permulaan yang bagus lah kan . Lek lek lu, kumpul duit lu baru beli rumah ye.
Sebabkan nak juga duduk kawasan dekat dengan office (sebab malas drive dan nak Hilmi hantarkan wakakkaa) makanya memang kena cari antara kawasan Kota Damansara, Mutiara Damansara takpun Bandar Utama je lah .
Puas survey dan view rumah . Flat dekat kawasan kota damansara pun boleh tahan mahal . Tingkat 5 je dah RM800 - RM900 . Ada juga apartment beshe beshe, walkup unit tapi sewa sampai RM1000 . Letih weh cari rumah sewa . Aku pulak memang demand at least nak yang selesa . Aku takde masalah nak duduk rumah flat cuma stress memikirkan kawasan flat ni ada issue parking . Dah la aku kerja shift 3.30 petang sampai 12.30 malam . Kang bila balik dah sah sah kena double park kereta orang . Nanti pagi pagi kalut alih kereta pulak .
Lagipun kena fikir juga kemudahan untuk family bila nak datang . Payah juga kalau susah parking ni. Kesian kalau ada tetamu nak datang rumah .
So, cari punya cari, akhirnyaaaaaaa Allah rezekikan dapat juga rumah (yang dekat dengan office, ada parking sendiri, ada lift, rumah selesa & bersih, dekat dengan facilities, sewa murah daripada unit lain, partially furnished) seperti yang kitorang kehendakkan . ALHAMDULILLAH
Kitorang dapat rumah condominium . Dekat dengan office, dekat dengan IKEA. Selalu orang tanya rumah dekat mana? Aku jawab
"dekat dengan IKEA. Mengesot pun boleh sampai"
hahaha .
Ni first time duduk rumah condo . Selama ni family semua sejenis duduk rumah teres landed . Ghupenya macam macam hal weh duduk rumah condo ni . Macam macam benda kena uruskan, ada macam macam peraturan dan macam macam benda kena bayar hahaha .
Nanti aku cerita pulak tragedi angkut katil tarik guna troli daripada luar pondok guard sampai rumah eh hahaha . Ni semua gara gara noob tak pernah duduk condo and tak faham management dia macam mana kahkahkah (gelakkan diri sendiri)
Bai Bai
9 comments
Nanti nak baca sambungannya..
ReplyDeleteCepat sambung...nak baca lagi..hahah akak ada pengalaman duduk kondo..ngeri la semua urusan nak kena buat sendiri...cukup la tu..
ReplyDeletetak sabar nak baca full story. hehehe
ReplyDeletesalam kenal... 1st time singgah n sis follow #2317. =D
ReplyDeleteAlhamdulillah bila dah ada rumah sendiri kan
ReplyDeleteAlhamdulillah... Moga dipermudahkan untuk urusan seterusnya...
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan urusan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)
ReplyDeletePerkongsian yang menarik :)
ReplyDelete