Jujur cakap, aku tak pernah cuba pun apa apa menu daripada Hui Lau Shan ni sebelum ni. Walaupun jalan jalan mall asyik nampak je, pulak tu depan kedai siap terbentang gambar air and dessert dia yang tangkap leleh tu , aku tak berani nak cuba . Kenapa?
Ada dua sebab .
1. Ingatkan tak halal
2. Ingatkan mahal
Tapi end up dua dua assumption aku tu salah . Daripada tahun 2013 lagi Hui Lau Shan dah dapat pensijilan HALAL dari JAKIM . So secara rasminya dah 4 tahun juga aku sia siakan sebab duk ragu ragu nak cuba ke tak Hui Lau Shan ni . Tapi bila dah cuba, fuhh wow wow terus jatuh cinta tau . Ni bukan ayat propa promote pumpangpumpang ye, ini kenyataan ikhlas dari tekak .
Punyalah lama dah Hui Lau Shan ni bertapak dekat Malaysia (berasal dari Hong Kong) sampaikan dah bertambah tambah lagi menu terbaru dia. November lepas, HLS baru je lancarkan beberapa range minuman terbaru dalam menu . Dan yang pentingnya, semua unik .
Antara yang uniknya, dalam range minuman Fruitpucino Coconut Milk Series & Coconut Milk Blocha Series, ada campuran santan masin ui dalam air tu . Punya lah rare. Dapat minuman yang manis, menyegarkan dan siap ada rasa lemak manis santan kelapa muda adik jangan nangis.. eh ternyanyi :p
Coconut Milk Blocha Series
Coconut Milk Peach Blocha
Coconut Milk Earl Grey Blocha
Coconut Milk Jasmine Blocha
Coconut Milk Rose Vanilla Blocha
Fruitpucino Coconut Milk Series
Matcha Pineapple Fruitpucino
Dragon Fruit Fruitpucino
Watermelon Fruitpucino
Mango Mint Fruitpucino
Dua siri menu terbaru ni masing masing datang dalam pelbagai pilihan yang sesuai untuk citarasa awak awak di Malaysia tak kisahlah Zaitun si gadis desa mahupun Zetty si gadis urban memandu HRV, pasti keduanya suka .
Untuk series Coconut Milk Blocha Series, base nya ialah air teh premium. Bukan teh o macam bancuh sendiri ye, tapi teh teh special termasuklah Jasmine & Earl Grey. Nak lagi lain dari lain, cuba Coconut Milk Rose Vanilla Blocha . Yang ni memang ada rasa manis , rasa teh , rasa sirap , rasa santan, ahh bunyi macam penuh celaru tapi takkk sebab rasanya teradun serasi , wujudkan rasa harmoni gitteww .
Kalau order Coconut Milk Blocha Series or Fruitpucino Coconut Milk Series, korang jangan marah pulak dia tak bagi straw . Sebab untuk nikmati air ni , kena teguk macam biasa ; tanpa menggunakan straw . Sebab dengan berpandukan hukum fizik (hahaha) , masa teguk tu nanti air dan lapisan santan tu bergabung sekali . Baru lah sedap dapat rasa lemaknya santan dan manis manis teh dan air buah tu . Serious, kalau minum dengan straw - memang aneh je rasa dia . So jangan derhaka ya, sila teguk .
Ni dia wajah derhaka pergi kacau air tu dengan straw lepastu rasa dia pelik
Lepastu sebuk ambik air orang hahaha
Lagi satu series minuman terbaru di Hui Lau Shan ialah Mystery Gotcha Series. Yang ni pun I suka ngatngatngat . Sebab bila minum tu rasa refreshing dan feeling feeling healthy eating sangat wakakaka. Sebab secara dasarnya untuk Mystery Gotcha Series ni, dah macam detox water. Ada gabungan macam macam buah dalam satu cawan .
Mystery Gotcha Series
Endevour Gotcha
Rosemary Garden Gotcha
Butterfly Pea Gotcha
Goji Gotcha
Rosemary Garden Gotcha |
Goji Gotcha |
Paling fave Goji Gotcha sebab dalam tu semua buahan fave ada dalam satu cawan. Ada mango cubes, tembikai, passion fruit, lime, strawberry, calamansi, black goji dan juga jasmine green tea. Nyum nyum nyumm .
Alang alang dah menyinggah Hui Lau Shan, terlajak terlajak jugak lah order dessert dalam series GrabDessert . Memang tak dinafikan, Hui Lau Shan sebenarnya femes dan dikenali dengan mango dessert dia yang sedap. Jadi rugi kalau tak cuba!
Mango Coconut Ribbon |
Red Bean Puppy Love |
Pilihan dessert pun ada banyak . Jadi tension pulak bila nak pilih sebab semua best . Price range untuk semua ni dalam RM11-RM15 je. eh eh ingatkan mahal sampai RM20+ secawan. Ghupenya standard price je. Aku puji dia punya cawan ni sebab berkualiti dan memang material plastik botol air korang bawak pergi sekolah tu ha. Biasanya orang serve air dalam cawan sekali penyek je dah kemek kemek .. Yang ni aku siap basuh dan simpan lagi buat jadikan cawan minum air dekat rumah ekekek .
Outlet Hui Lau Shan ada diseluruh Malaysia tapi yang aku pergi ni dekat One Utama. Kalau nak cari, naik je tingkat 1, berdekatan dengan escalator nak naik ke TGV Cinema. (Lot FK107)
Ada juga di Times Square, Pavillion, Sunway Pyramid, The Gardens Mall, IOI City Mall, Setapak Central.. alamak banyak! Tak larat nak senaraikan semua . Boleh tengok di Facebook dan Instagram official Hui Lau Shan kot . Susah susah, google jurr .
Good News promosi cuti sekolah Disember ni, Hui Lau Shan adakan promosi "Butterfly Pea Gotcha" khas di cawangan terpilih pada setiap hari Khamis.
Cara untuk mendapatkan cawan PERCUMA Butterfly Pea Gotcha?
1. LIKE Facebook Hui Lau Shan dan Mango Cottage
2. Pergi ke salah satu cawangan berikut pada masa yang ditetapkan untuk menebus cawan percuma korang:
- 7 Dis: Sunway Pyramid (3pm - 8pm)
- 14 Dis: Queensbay Mall, Pulau Pinang (3pm - 8pm)
- 21 Dis: Aeon Tebrau City, Johor Bahru (3pm - 8pm)
- 28 Dis: Cottage Mango oleh Hui Lau Shan, Sri Petaling (6 petang - 10 malam)
* Hanya terhad kepada 100 pelanggan sahaja
* Diskaun 50% untuk cawan 101 ke atas
Jangan lepaskan peluang dapatkan FREE minuman Hui Lau Shan tu ye .
Hui Lau Shan Malaysia Fan Page
Facebook: www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Instagram: www.instagram.com/huilaushanmalaysia
Mango Cottage by Hui Lau Shan Fan Page
Facebook: www.facebook.com/mangocottagehls
Instagram: www.instagram.com/mangocottagehls
Related search : Hui Lau Shan sijil halal, Hui Lau Shan halal malaysia, hui lau shan harga, menu hui lau shan, hui lau shan sedap, menu terbaik hui lau shan, air best hui lau shan, hui lau shan mahal, hui lau shan murah, hui lau shan halal ke, hui lau shan unik, hui lau shan mango dessert
1 comment
nampak macam sedap.. boleh cube nanti kalau pegi aeon tebrau..
ReplyDelete