Pakej Perkahwinan Bertema 'Garden' di Bangi : Lake Cempaka Villa Jadi Rebutan Untuk Majlis Istimewa!

Tuesday, August 22, 2017

Masa aku kahwin haritu, untuk majlis sambut menantu , kitorang buat dekat Bangi Golf Resort. Sebabkan abang abang Hilmi sebelum ni kahwin pun memang buat majlis dekat situ . Kalau nak kirakan, dekat Bangi ni memang Bangi Golf Resort tu hot spot lah untuk buat majlis kahwin . So kalau rasa rasa nak kahwin, nak booking dewan, memang setahun sebelum pun dah kena book awal awal . Kalau tak, memang potensi nak dapat dewan tu kurengg . Almost every week confirm full je.

Baru baru ni, aku dapat tahu ada satu lagi spot best untuk dijadikan venue kenduri kahwin . Lokasi nya strategik , elok elok je sebelah tasik . Elok je lepas majlis, terus boleh shoot gambar kahwin kat tepi tasik . Syok kan? Aku haritu tak sempat nak ambik gambar post- wedding lepas majlis sebab tak tahu nak pergi mana untuk bergambar. Lagipun dah petang tu berlengas dah plus dah kena prepare untuk solat asar pulak . Takpela, ambik gambar tu kendian kendian pun boleh .

Berbalik kepada cerita venue kenduri kahwin dekat sebelah tasik tadi tu . So, dekat mana tempatnya?


Lake Cempaka Villa di Taman Tasik Cempaka, Bangi





Ini ialah satu lagi produk daripada Felda D'saji (anak syarikat milik Koperasi Permodalan FELDA). Rasanya ramai pun dah tahu yang Felda D'saji banyak menyediakan pakej dan tempat yang sesuai untuk buat majlis kahwin . Yang aku tahu, salah satunya dekat Kelana Jaya. Sebab yang tu ramai juga kawan kawan aku kahwin buat dekat situ . Dan memang jujur cakap lah ye, rata rata majlis kahwin yang aku pergi ; yang dibuat dekat Felda D'Saji , memang best . Sebab suasana selesa, dan makanan pun sedap. So, kalau nak buat majlis dekat sini , takpayah risau lah bab makan tu . Kira beres dah part tu .

Memang Felda DSaji biasanya buat serba serbi lengkap dengan pakej makan dan decoration sekali, so sama lah juga untuk Lake Cempaka Villa ni. Ekceli, Lake Cempaka Villa ni tak terhad untuk majlis kahwin je. Dekat sini ada juga disediakan bilik bilik kecil sesuai untuk diadakan seminar, mesyuarat dan sambutan hari jadi. Kalau nak buat majlis akad nikah pun sesuai jugak . Pendek kata, nak buat majlis apa apa pun bisa ajaa disini .

Boleh Memuatkan 2000 Tetamu??


Lake Cempaka Villa ni asalnya dulu ialah tapak pejabat pengurusan Taman Tasik Cempaka yang dah dibangunkan semula kepada sebuah restoran yang berkonsep ala ala villa. Tempat ni agak besar juga walaweh. Dah la cantik!

Lake Cempaka Villa daripada pandangan atas. Cantik kan?


Mempunyai kapasiti 350 tempat duduk untuk satu satu masa , dan boleh menampung sehingga 2000 tetamu jemputan secara buffet dalam 4 jam . Kira nya kalau setakat buat majlis kahwin tu, insyaallah tetamu semua selesa . Tak ada lah pack dan sesak . Lagipun , isu parking pun tak ada masalah sebab banyak sangat parking yang disediakan . Penting tau bab parking ni! Lagi lagi untuk spesis macam aku yang suka pakai kasut tinggi melangit bila pergi majlis kahwin . Paling stress kalau kena parking jauh sebab parking penuh . Susah tau mak datin nak menapak pakai kasut tinggi jauh jauh hahahaha .  Kemudahan asas lain termasuk tandas yang selesa, dan surau pun ada disediakan jugak .

suasana semasa majlis perkahwinan ( gambar dari instagram Lake Cempaka Villa )


Kalau lah Lake Cempaka Villa ni dah buka awal sikit, agaknya wedding aku haritu buat dekat sini je. Syok wey wedding tema tepi tasik . Cantik tau!

Untuk kawasan tempat duduk tetamu, tetamu boleh pilih nak duduk dekat kawasan mana. Ada bahagian indoor dan ada outdoor. Kalau rasa nak santai santai tengok view tasik, or nak sapkok sapkok dulu , boleh lah duduk bahagian luar. Kalau rasa nak sejuk sejuk aircond,  duduk la bahagian dalam. Yang penting, duduk luar ke dalam ke dua dua nya selesa. Cuma kalau tengahari tu, kalau duduk bahagian luar, becak lah sikit tiak tu hahaha .






Kalau untuk majlis kahwin, biasanya akan ada satu ruang khas atau bilik yang dijadikan tempat untuk bersanding. Kiranya kalau nak letak meja makan beradab dengan pelamin, ha boleh letak dekat bilik ni . Tak jauh pun dari tempat duduk tetamu . So kalau tetamu dah habis makan, boleh terus la masuk bilik ni untuk jumpa dan salam salam pengantin dulu . Macam yang dalam gambar ni, boleh nampak susun atur pelamin elok elok je menghadap pintu masuk bilik , untuk meja makan beradab pula dekat side kanan . Kalau nak layout lain, boleh je kot nak tukar , pepandai lah bincang dengan wedding planner uols tu .






Biasanya kalau majlis kahwin ni orang tempah masa weekend je kan? Takkan masa weekday nak biarkan krik krik je kan?

Buffet Makanan Tengahari dan BBQ Steamboat Sepanjang Minggu


Ha waktu weekday pulak , Lake Cempaka Villa ni beroperasi sebagai restoran . Dari hari Isnin sampai Khamis , masakan ala kampung bertemakan "Authentic Malay" di sediakan untuk makan tengahari pada belah siang . Untuk sebelah malam pulak , terus bertukar konsep jadi BBQ Steamboat pulak . Dan ada juga macam macam menu Ala Carte. Rasanya nanti untuk bulan Ramadhan tahun depan, confirm Lake Cempaka Villa ni ada offer buffet ramadhan jugak kan?

Promosi Pakej Perkahwinan di Lake Cempaka Bangi


Good news untuk orang Bangi, Kajang, Putrajaya dan sekitarnya yang tercari cari tempat untuk buat majlis kahwin! Felda D'Saji sekarang ni tengah menawarkan Pakej Perkahwinan Lake Cempaka Villa bermula dengan harga RM28.00+ per pax (dengan minima 800 pax) . Yang bestnya , pakej ni termasuklah kos sewa tempat, catering, kerusi meja semua tu, decoration dan juga pelamin .



. . . ========================= PROMOSI PAKEJ PERKAHWINAN DI BANDAR BARU BANGI ========================= . . Anda warga #Bangi dan masih MENCARI venue untuk adakan majlis perkahwinan?? . . Mencari venue yang SANTAI..tidak terlalu terkurung di dalam dewan?..mempunyai elemen air dan taman? . . Kini #Felda D'Saji telah membuka cawangan baharu di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. 📍 ( https://maps.app.goo.gl/i/Xz7qK ) in Google Maps . . =============== TAWARAN PAKEJ =============== ➡ Pelamin Asas ➡ Meja Makan Pengantin ➡ 3 Tambahan Lauk Istimewa Meja Pengantin ➡ PA System ➡ Persiapan Meja Makan Untuk Tetamu ➡ Buffet Untuk Tetamu ➡ Surau Untuk Tetamu ➡ Kawasan Parking Yang Luas Dan PERCUMA ➡ Kemudahan Acara Akad #Nikah Beserta Kadi . . Rebut peluang menjadi antara yang terawal membuat tempahan serta dapatkan tawaran istimewa untuk majlis perkahwinan anda. Hanya di Lake Cempaka Villa, Bangi . . Tempah sekarang!!! 03-40210098 03-40210098 . atau email ke amalina.mt@felda.net.my
A post shared by Lake Cempaka Villa Official (@lakecempakavillaofficial) on


===============
TAWARAN PAKEJ
===============
➡ Pelamin Asas
➡ Meja Makan Pengantin
➡ 3 Tambahan Lauk Istimewa Meja Pengantin
➡ PA System ➡ Persiapan Meja Makan Untuk Tetamu
➡ Buffet Untuk Tetamu
➡ Surau Untuk Tetamu
➡ Kawasan Parking Yang Luas Dan PERCUMA
➡ Kemudahan Acara Akad #Nikah Beserta Kadi


Untuk buffet "Authentic Malay" pula promosi bermula dari RM29.00 . Yang ni kalau buat sesi lunch ramai ramai dengan kawan kawan satu ofis pun okay juga kan? Dan last sekali , untuk masakan Ala Carte pula serendah dari RM8.00 .


Harga promosi ni semua terhad untuk tempahan dibuat sepanjang 2017 ye. Kalau nak kahwin tahun depan tu, cepat cepatlah booking dan bayar deposit . Mungkin boleh lock harga promosi ni untuk majlis kahwin tahun depan . Makin lama rasanya pakej pakej kahwin ni makin mahal weh . So better bertindak cepat .

Untuk pencerahan bab pakej ke, bab sewaan ke atau apa apa yang korang confuse kan , boleh lah bertanyakan pada Eksekutif Jualan : Puan Nabila - 019 277 7792 ataupun email kan ke nornabillah.ms@felda.net.my

Ada yang kahwin nak tema ala ala garden? Memang Lake Cempaka Villa ni lah paling sesuai .


No Tel : 017 637 3802 / 019 277 7792








Related search : Taman Tasik Cempaka Bangi, lokasi majlis kahwin Bangi, dewan kahwin murah Bangi, Pakej kahwin murah di Bangi, lokasi tempat kahwin Bangi, Bangi dewan murah,  pakej kahwin Bangi 2017, pakej kahwin Bangi 2018, pakej kahwin Kajang 2018, Putrajaya tempat kahwin murah, dewan kahwin Putrajaya, wedding venue Bangi, wedding venue Putrajaya, Putrajaya Kajang dewan kahwin, tempat majlis kahwin Kajang, tempat kawen bangi, tempat kawin bangi, dewan murah, pakej kahwin berpatutan, pakej lengkap bangi kahwin, dewan perkahwinan Bangi

8 comments

  1. Cantik tempatnya . Dah bertemu jodoh boleh la buat kat sini , hehe .

    ReplyDelete
  2. Ya allah...harga sangat berpatutan laaa

    ReplyDelete
  3. Menarik pakej yang ditawarkan. Pelamin pun cantik

    ReplyDelete
  4. hi farah.. singgah drop komen sini. lawa villa tu. sesuai buat tema wed dlm garden ☺☺

    ReplyDelete
  5. Berbaloi jugak harga dia dengan apa yang dapat kan.siapa yang tak kawin lagi tuuu boleh la plan nak buat kat sini haha

    ReplyDelete

On My Instagram