Kebiasaannya kalau bulan bulan puasa ni, aku suka betul request dekat mama suruh dia buatkan roti jala dengan kari daging atau ayam . Mama pulak memang rajin bab melayan tekak mengada aku ni. Order je apa nak, semua dapat hehehe . Tapi, sedih sikit dah la puasa kali ni dah jauh jauh dari Mama. Tak boleh dah nak minta makan tu ini.
Rasa nak makan? Kena masak sendiri!
Haritu aku punya tekak ni dah mula dah perangai mengada dia . Teringin pulak nak makan daging masak kari . Maka on call lah dengan Mama minta resepi dia . Ikutkan nak je pergi beli kari daging mamak , tapi Hilmi request nak aku juga masak ekekeke .
Mula tu, plan nya nak buat dengan roti jala, tapi acuan penjala tu takdelah pulak . Tak koser pulak teman nak pergi membelinyee . Cancel makan kari daging dengan roti jala, kita sebat guna roti gardenia jelah . Masak lebih sikit, boleh juga makan dengan nasi , lanjutkan pulak untuk jadikan lauk masa sahur .

Aku ni bukan lah spesis reti masak, tapi kalau dah aku masak ni tetiba sedap ; tandanya memang ngam lah dengan headline entry aku kali ni : Resepi Kari Daging Mudah dan Terlajak Sedap
Macam mana boleh terlajak sedap tu? Faktor yang mengundang kepada terlajak sedap ni, mestilah dengan menggunakan bahan bahan istimewa hewhewhew . Jadinya, kalau korang berhasrat nak masak kari daging yang mudah tapi terlajak sedap, mohon jangan derhaka dan sila ikut resepi kari daging sedap ni dengan teliti , okay?
Dan sebelum bermula, pastikan bahan penting nombor satu ni ada dalam genggaman . Sebab kalau takde ni, potensi kari daging korang untuk terlajak sedap macam versi aku punya ni, tak ada.. ekekeke . Inilah rahsia masakan sayaa (sambil buat suara iklan) .
Untuk masakan ayam dan daging, guna rempah kari daging. Untuk ikan dan seafood, lain pulak rempahnya
|
Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti
Kalau sebelum ni, bila masak apa apa ; dan bahan tak cukup . Mama mesti cakap
"Ala kalau takde tu, kita tukar lah dengan benda lain"
"Ala kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita"
Tapi, bila bab kari kari ni HEYY KAU JANGAN BUAT MAIN YE!
Harus rempah kari Mak Siti juga tauuuuuu .
RESEPI KARI DAGING SIMPLE YANG TERLAJAK SEDAP
Pastikan daging tu dipotong nipis dan kecik kecik, supaya mudah sikit daging tu nak empuk . Tak ada lah bila makan tu tergugur gugur semua braces kau ekeke .
Bahan-bahan Kari Daging;
Cara penyediaan Kari Daging
1. Bersihkan daging dan hiris daging tu nipis dan kecik kecik. Rebus daging sehingga empuk. Sebabkan aku guna periuk Noxxa, cepatlah sikit proses nak empuk tu. Kalau rebus biasa, lama sikit.
2. Air rebusan daging tu ketepikan dulu, nanti nak tambah dalam masakan semula.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, cengkih dan kayu manis sehingga naik bau
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia - Tumis sampai layu dan naik bau (Kalau nak kari tu rasa lagi pedas, masa ni campurkan cili giling)
4. Masukkan pes kari (serbuk rempah kari yang dah dibancuh dengan air tu) , lepastu masukkan daun kari juga. Tumis sampai lah pecah minyak
5. Masukkan daging yang dah rebus tadi tu, masak sampai mendidih .
6. Masukkan kentang, masak kentang sehingga empuk
7. Masukkan santan . Kalau rasa nak pekat, masukkan lebih . Takyah banyak banyak sangat la, tak elok haha
8. Last sekali, alter rasa kari tu dengan garam . Biarkan kejap, lepastu dah siappppp!
Inilah dia hasilnya . Yang ada bawang dengan cili atas tu hasil dekorasi unik dan eksotik laki I . Dia gigih suruh I hias cantik cantik sebab katanya "Nanti kantoi dengan reader awak, awak tak terrer masak" wakakka .
Aah lah wak, kalau aku masak biasanya rupa huduh. Tapi sedap k. K lah, berhiaskan bawang dan cili, kelihatan gojes sungguh kari daging ku ini .
Bahan-bahan Kari Daging;
- 500gm daging - yang ni ngam lah makan untuk 3-4 orang
- 2-3 biji kentang - terpulang nak potong mazhab macam mana sekalipun
- 1 kotak santan segera (sukatan tu terpulang nak pekat macam mana kari tu)
- 2 paket kecik Rempah Kari Daging Mak Siti (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 labu bawang besar (dihiris halus)
- 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1 inci halia (dihiris halus)
- 1 batang kayu manis
- 1 biji cengkih
- 2 biji bunga lawang
- Garam secukup rasa
- Sedikit air – terpulang nak kuah cair macam mana
- Daun kari beberapa helai
Cara penyediaan Kari Daging
1. Bersihkan daging dan hiris daging tu nipis dan kecik kecik. Rebus daging sehingga empuk. Sebabkan aku guna periuk Noxxa, cepatlah sikit proses nak empuk tu. Kalau rebus biasa, lama sikit.
2. Air rebusan daging tu ketepikan dulu, nanti nak tambah dalam masakan semula.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, cengkih dan kayu manis sehingga naik bau
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia - Tumis sampai layu dan naik bau (Kalau nak kari tu rasa lagi pedas, masa ni campurkan cili giling)
4. Masukkan pes kari (serbuk rempah kari yang dah dibancuh dengan air tu) , lepastu masukkan daun kari juga. Tumis sampai lah pecah minyak
5. Masukkan daging yang dah rebus tadi tu, masak sampai mendidih .
6. Masukkan kentang, masak kentang sehingga empuk
7. Masukkan santan . Kalau rasa nak pekat, masukkan lebih . Takyah banyak banyak sangat la, tak elok haha
8. Last sekali, alter rasa kari tu dengan garam . Biarkan kejap, lepastu dah siappppp!
=================================
Inilah dia hasilnya . Yang ada bawang dengan cili atas tu hasil dekorasi unik dan eksotik laki I . Dia gigih suruh I hias cantik cantik sebab katanya "Nanti kantoi dengan reader awak, awak tak terrer masak" wakakka .
Aah lah wak, kalau aku masak biasanya rupa huduh. Tapi sedap k. K lah, berhiaskan bawang dan cili, kelihatan gojes sungguh kari daging ku ini .
"Abang pegang mangkuk ni, Auni ambik gambar" - Behind the scene; (Hilmi , 2017) |
Apeni? MUDAH SANGAT KAN? Kalau dah cuba, mesti korang sendiri setuju yang kari daging bila dah dimasak gunakan rempah kari Mak Siti ni, lain macam rasa dia tau . Even Kak Nora pun guna rempah kari daging Mak Siti juga untuk resepi Kari Daging dia . Boleh je cuba guna rempah adabi ke alagappas babas apa semua tu, tapi entah la. Rasa macam tekak melayu ni boleh ngam dengan rempah kari Mak Siti kot.
====================================
Sebut sebut pasal Mak Siti ni, baru aku tahu rupanya produk rempah Mak Siti ni dah lama dah dalam pasaran Malaysia . Kalau tak silap, dah tembus pasaran luar negara juga tau. Powernya produk buatan Malaysia ni kan? Kita je sibuk agungkan produk luar, padahal produk kita semua pun tak kurang hebatnya .
Kalau sebelum ni rasa macam susah nak jumpa rempah Mak Siti ni, tapi sekarang dah senang dah. Boleh dapatkan di Aeon Big, Tesco, Mydin, Giant dan Aeon supermarket . Sebenarnya tak terhad untuk rempah kari je, rupanyaaaaaa... hambek! berlambak lagi ha produk keluaran Mak Siti ni .
Rempah Kurma .. ada
Rempah Rendang .. ada
Serbuk Kunyit .. ada
Rempah Soto .. ada
halamak, penat nak listkan .
Dan yang latest , Mak Siti lancarkan pula produk terbaru diorang sekaligus dengan mengadakan majlis berbuka puasa sekali bersama jemputan anak yatim. Iols pun turut serta sekali, sambil berbuka sedap sedap, sambil dapat tahu lebih banyak tentang produk keluaran Mak Siti ni .
Ini pula produk terbaru Mak Siti yang dilancarkan haritu iaitu rempah yang didatangkan dalam botol. Lebih mudah dan lebih praktikal sebenarnya bila packaging dalam botol macam ni. Good Job Mak Siti!
- Semua produk keluaran Mak Siti tiada MSG dan tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan perisa tambahan serta dijamin HALAL oleh JAKIM.
- Mempunyai ladang sendiri berlokasi di Muar, Johor dan telah mendapat pengiktirafan sebagai “The Largest Herbs & Spices Plantation” oleh The Malaysia Book of Records (MBR)
- Produk keluaran Mak Siti mempunyai hampir 70 jenis rempah yang boleh didapati di pasaran.
Ini pula produk terbaru Mak Siti yang dilancarkan haritu iaitu rempah yang didatangkan dalam botol. Lebih mudah dan lebih praktikal sebenarnya bila packaging dalam botol macam ni. Good Job Mak Siti!
- Emping Cili (chilli flakes)
- Serbuk Cili
- Serbuk Daun Limau Purut
- Serbuk Halia
- Serbuk Lada Putih
- Serbu Lada Hitam
- Serbuk Kayu Manis
- Serbuk Kunyit
Dah berjela pulak cerita nya, daripada resepi kari daging termasuk salasilah cerita pasal Mak Siti pulak eh haha . Kalau bagi korang yang kurang kenal dengan produk jenama Mak Siti, boleh terus ke website diorang untuk senarai penuh produk yang ada dan dekat mana korang boleh dapatkan .
p/s: Next kita buat entry resepi Soto pulak . Fuh terangkat gila buat soto dengan rempah Soto Mak Siti tau .
Facebook :
Instagram :
Laman Web Rasmi :
Alamat :
Nasuha Enterprise Sdn Bhd
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh
84500 Muar, Johor
Hubungi di talian :
Telefon : 06-973 7508 / 509
Whatsapp : 017-330 9330
p/s: Next kita buat entry resepi Soto pulak . Fuh terangkat gila buat soto dengan rempah Soto Mak Siti tau .
5 comments
kalo masak dlm noxxa mmg super pantas
ReplyDeletemesti hilmi bertambah makan nasi.. hihi
ReplyDeleteBagusnyaa..dah ada keluaran chili flakes yg orang melayu buat. Selama ni cari susah sangat nak dapat yang melayu
ReplyDeleteSedapnya nampak menarik resipi ni nak cuba nanti. Ingat masakan Mak Ingat Mak Siti..
ReplyDeletemak aii sedapnya tengok...lapo terus nih
ReplyDelete