Mudahnya Shopping Barangan Dapur dengan 'honestbeemy'

Saturday, June 24, 2017



Dulu dulu kalau mak mak kita tak cukup barang dapur je mesti jerit suruh kita pergi kedai kan?

“Along! Gi kedai jap beli santan!”
“Along! Belikan mama tauge 50 sen!”

Dalam paksa rela, aku pun malas malas .. ambil basikal dan kayuh lah pergi kedai dekat atas bukit dengan rumah .

Tapi dulu lah, sekarang dah canggih dah . Setakat nak beli barang runcit tu, tak kisah lah barang basah ke barang kering .. semua dah boleh beli dekat honestbeemy .


Aplikasi honestbeemy memudahkan urusan membeli-belah


Apps ni sangat sangat memudahkan aku bab nak berbelanja groceries ni. Tak payah susah susah tunggu Hilmi ada dekat rumah, semata nak ajak dia pergi shopping barang dapur . Cuma install apps honestbeemy dekat dalam phone, lepastu dah boleh terus order barang dapur yang perlu .

Milo habis? Order Milo
Gula habis? Order gula
Ayam mentah habis? Pun boleh order ayam juga
Sayur kat rumah dah layu layu? Order je yang fresh dekat honestbeemy

Gila senang kan?

Sejak dah nak raya ni, lagi lah perlukan macam macam persiapan . Kalau nak keluar pergi hypermarket tu, aku taktahu lah waktu bila je tak ramai orang . Pagi ramai orang, petang ramai orang, malam lagi lah ramai lagi lagi waktu lepas berbuka . Malas malas nak pening, memang aku order dekat honestbeemy je.

honestbeemy shopping pengalaman

Ni hasil aku shopping barang dapur baru baru ni dekat honestbeemy . Nak kata murah gila tu tak la, ada lah beza nya RM1-RM2 dengan dekat kedai biasa. Tapi bagi aku, berbaloi . Sebab dah tak payah susah susah buang masa dan tenaga nak keluar pergi mall . Nak cari parking lagi, minyak lagi . Pheww!


honestbeemy shopping mudah

produk honestbeemy



Bukan setakat barangan runcit sahaja


honestbeemy ni tak sediakan setakat barang runcit je. Banyak lagi jenama yang tawarkan produk dan servis berbeza ada dekat honestbeemy ni . Nak beli Bunga pun ada tau . Boleh la order order , add to cart dan bayar je sekali arung . Sekali sekala rasa macam nak hiburkan hati, boleh lah order bunga untuk diri sendiri hahaha .




Masa untuk delivery pun korang boleh request, dan seawal jam 10 pagi . Senang lah nak agak pukul berapa delivery akan dibuat, so korang dah boleh prepare awal awal . 

Sekiranya barangan yang korang order tu tiba tiba out of stock pulak ,  pihak honestbeemy punya ‘concierge’ staff akan hubungi korang melalui call dan whatsapp menyatakan stok apa yang taka da , dan cadangan barangan untuk gantikan barang yang taka da stock tu .


Bagus nya bila ada servis macam yang honestbeemy tawarkan ni. Serious sangat memudahkan urusan . Nak buat planning untuk shopping pun senang . Dah tak ada dah la isu terbeli benda benda tak patut luar daripada senarai macam yang biasa kita buat bila beli belah dekat kedai hehe .

Muat Turun aplikasi honestbeemy dan nikmati diskaun 


Download lah apps honestbeemy sekarang dan mula berbelanja secara bijak di era milenia ni hahaha dan dapatkan juga diskaun sebanyak RM20 (dengan minima pembelian RM100) menggunakan voucher code dibawah (masukkan code ni semasa nak check out)


“HBRAYA”

honestbeemy Mobile apps download link : 



Download apps honestbeemy ni di Google PlayStore ataupun IOS Apps Store sekarang. Dah alang alang dekat nak raya ni, boleh lah jimat RM20 shopping barang dapur guna code diskaun tu . Lagipun, honestbeemy tengah adakan banyak promosi juga sekarang ni . 


website : www.honestbee.my


p/s : honestbeemy ni ialah satu satu nya apps shopping yang di sokong kuat oleh Hilmi hahah . Mudah sangat, tak kalut nak ajak dia keluar beli barang dapur eehehe .

5 comments

  1. Whoa bestnya senang nak beli groceries lepas ni.semua kawasan ada ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm sadly no. buat masa ni dia cover klang valley area je. shesyira duduk kawasan mana?

      Delete
  2. wow...menarik...banyak rupanya barang yang boleh di beli di honestbee....

    ianya juga boleh menjimatkan dengna membeli melalui shopback...dapat cashback

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, shopping kat honestbee boleh guna shopback jugak eh? bagus la! dapat cash back :D

      Delete
  3. semalam baru terfikir. "Sekarang pun delivery makanan siap pun hanya call di hujung jari je, siap ding dong depan rumah. Tah-tah nanti, siap dengan sayur kobis, santan, kicap jalen, beras dan lain2 pun ada jugak. Malas punya pasal, dan seller pun sanggup offer best service sbb nak compete dgn seller lain.. Hm, kita tgok dan lihat." tup2 akak update pasal honestbee ni. hahahaaa. aduhh, serius laa groceries pun. hahaa

    ReplyDelete

On My Instagram