Monday, June 19, 2017

Beli Apa Tu Dekat Zalora?


zalora raya 2017

Lama dah tak bershopping dekat Zalora. Last time shopping pun tahun lepas kot. Disebabkan sekarang dah nak raya, amboi banyak pulak sale dekat Zalora ni. Ikutkan hati memang banyak aku nak beli, tapi memikirkan nanti Hilmi marah dan aku sendiri taktahu nak sorok dekat mana barang barang ni kalau beli banyak dalam cubaan taknak diketahui Hilmi, so aku padamkan je niat nak beli itu ini .

Tapi haritu boleh pulak aku terberkenan dekat beg yang Mek Onie pakai untuk simpan camera dia masa jumpa dekat event Mak Siti. Bila tanya tanya, dia cakap tu bukan bag camera pun, tapi beg tu sesuai lah untuk dijadikan bag camera. Bila risik risik harga, dia cakap RM29 jeee dan beli di Zalora!

OMG! Apeni bag lawa lawa RM29 je??

Terus balik tu, aku cuba search dekat Zalora . Kot kot lah beg tu ada lagi. 

DAN NASIB AKU BAIK

Ada lagi beg tu, sebijik sejibun dengan beg Mek Onie, dan harga masih lagi RM29!




Laju laju weh, aku terus je add to cart and proceed dengan payment . Pulak tu ngam ngam pukul 12 malam aku place order, website online banking under maintenance lah pulak . Malas nak susah susah, aku pilih je option untuk COD. So, aku cuma perlu sediakan duit cukup cukup dan bagi je dekat delivery guy bila barang sampai nanti . SIMPLE!

Masa order tu, aku takde pun tanya Hilmi boleh ke tak nak beli hahaha . Main order je malas nak tanya tanya sebab takut kalau lambat lambat nanti item tu sold out .

Aku order hari Jumaat lepas, dan harini abang Ninja Van dah datang rumah hantarkan order aku tu.


Puas hati dengan bag ni , dah la RM29 je .. nampak edgy and fashionable . Kan bagus kalau bag camera memang ada spesis design macam ni. Baru lah cun .

bag zalora
Bag dari jenama 'Something Borrowed'





So secara officialnya, aku ada matching camera bag dengan Mek Onie. hahaha mohon Onie tak marah lah kite beli beg sama dengan awak . Nanti dekat event kite ambik gambar sama sama okay?

Dan nasib baik juga lah, Hilmi pun setuju yang bag ni lawa dan berguna untuk letak camera. So no argument dan dia redha je bini dia membeli belah ekekekek .


3 comments:

  1. Weyh lawa! aku nak beli juga ahhh

    ReplyDelete
  2. Murahnyaaaaaa!! Aduhh melepas sale kat Zalora! Tak check Zalora pun untuk raya ni..

    ReplyDelete
  3. Murah aje ye beg ni. Kualiti nampak Mahal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...