Aku, Hilmi & satu family aku dah selamat sampai kampung daripada semalam lagi . Kitorang mula gerak ke Kuantan hari rabu haritu . Tapi Jumaat baru kitorang ke Jengka . So far, Alhamdulillah . Jalan lengang je sebab biasanya tempat tempat yang teruk jammed kalau nak ke Pahang, memang confirm confirm lah dekat kawasan Gombak sampai lah ke Karak .
Mak Su aku , bertolak dari Damansara malam tadi pukul 11 malam . Subuh tadi baru sampai kampung . As expected lah, tak ada apa benda nak pelik sangat kalau tol gombak ke Genting Sempah apa semua tu jammed . Yang pelik tu, ramai yang tak reti reti lagi nak rancang perjalan haha . Tapi takleh nak cakap juga lah kan, sebab mostly bekerja . Dah waktu tu je yang available untuk mulakan perjalan balik kampung , nak buat camner kan?
Kalau nak dapatkan update traffic terkini sekarang ni mudah je . Dekat facebook boleh, dekat twitter pun boleh . Dan yang latest ni, siap boleh pantau lagi rakaman CCTV dekat highway . Bila ada rakaman CCTV tu, senang lah nak estimate perjalanan trafik tu macam mana kan? Sesak ke, lengang ke ...
Nah, buka link ni untuk tengok senarai rakaman CCTV . Ada banyak rakaman CCTV termasuklah CCTV sekitar jalan jalan utama dekat KL dan Putrajaya. Rakaman CCTV dekat laluan masuk dari JB ke Singapore pun ada weh !
Jalan Now : Rakaman CCTV perjalan trafik seluruh Malaysia
Turut terdapat rakaman CCTV untuk highway berikut;
- SILK
- SMART Tunnel
- LATAR
- LKSA
- SKVE
- NKVE
- PLUS-South
- PLUS - North
- ELITE
- LDP
- SPRINT
- NPE
dan banyak lagi!
Rancang perjalanan korang dengan baik, hati hati memandu dan selamat sampai ke destinasi ye
Selamat Hari Raya!
Post a Comment