G9 Skin White In Whipping Cream : All in one tone up cream (Review)

Monday, June 26, 2017


Hi!  Rasanya brand G9 Skin ni belum lagi dikenali dekat Malaysia. G9 merupakan anak syarikat kepada Berrisom, yang sebelum ni femes dengan peel-off lip tattoo. Tapi entah, mungkin Berrisom pun Malaysian jarang dengar kot. Tapi kalau sebut Etude House, Innisfree, The Face Shop .. Ramai lah tahu kan . Tapi walaupun nama G9 ni belum cukup femes lagi dekat Malaysia, tak salah kot kalau bagi peluang dan cuba dulu . Tak femes tak semestinya tak best kan?

As for starter, kita mulakan dulu dengan review diorang punya G9 Skin White In Whipping Cream. Ianya sejenis cream yang boleh dikatakan berfungsi sebagai ‘all in one’ cream lah. Boleh dijadikan sebagai skincare, dan boleh juga dijadikan sebagai makeup base. Tapi fungsi utama nya ialah sebagai krim pencerah, atau pun ‘tone up cream’ yang mana digunakan untuk berikan kulit kita ‘instant whitening effect’ efek kecerahan kulit serta merta. 


Tapi sebenarnya krim macam ni kalau untuk kulit cerah gebu gebu Korean atau chinese sesuai lah. Untuk yang kulit sawo matang, atau kurang cerah tu ; memang tak recommended lah . Sebab kalau kulit korang gelap, akan nampak macam bercapuk atau macam tempek bedak baby pulak . Tapi kalau nak dijadikan sebagai skincare, pelembap pada waktu malam dan untuk long-term whitening effect, ha boleh lah . Pakai hari hari, sebelum tidur – (pakai last sekali , lepas dah apply serum toner bagai ).

Packaging


Dari segi packaging, G9 Skin White In Whipping Cream ni didatangkan bersama kotak yang berbentuk macam kotak susu. Comel gila! Macam kena lah dengan tema cream ni pun, sebab whipping cream ada juga yang didatangkan dalam kotak macam tu kan?

Untuk packaging produk pulak, diperbuat daripada plastic . nampak macam glass jar, tapi sebenarnya plastic. Ringan, mudah nak bawa travel pergi mana mana. Dan ada secure lid yang prevent daripada krim tu terkeluar or meleleh .



Overall bagi I, packaging is not an issue. Tapi sebabkan bekas dia comel je, for me it’s a bonus. Sebab rasa seronok nak susun dekat meja. Looks minimal + kawaii .

Texture



Macam yang I mention tadi, krim ni sesuai untuk yang berkulit cerah je. Sebab kalau yang kulit gelap tu, akan looks ‘patchy’/bercapuk. Texture krim ni sekali tengok macam likat. Tapi once dah apply pada kulit, dan mula ratakan pada kulit, krim tu akan bertukar jadi macam ‘water droplet’ / macam berair sikit . Dan by time dah habis ratakan , dan biarkan kering .. akan mula jadi macam powdery sikit. Bila dah apply, rasa ringan. So tak ada masalah lah kalau nak gunakan sebagai makeup base ataupun apply daily as skincare sebab tak rasa rimas/ melekit .


Tak perlu guna banyak pun krim ni cause a little goes a long way . Cuma ambil dan dab dab sikit, ratakan. Dah cukup untuk cover satu muka.

I love the smell of this cream sebab bau macam baby’s product je. Macam bau bedak baby pun ye juga. Macam very mild scents and calming. Bila apply malam before tidur tu rasa syok je.

G9 Skin White In Whipping Cream ni di formulasikan menggunakan pelbagai bahan utama untuk mencerahkan dan melembabkan kulit termasuklah Niacinamide , milk protein extract ,  gluthatione, vitamin complex, galactomyces ferment filtrate, centella asiatica extract (pegaga) , dan trehalose. Sounds scientific kan? Tapi ni semua bahan bahan yang kebanyakannya digunakan dalam  produk kecantikan Korea.Yang mana memfokuskan pada mencerahkan, melembabkan, menganjalkan dan memperbaiki struktur kulit.  


Dan lagi satu, krim ni juga mengandungi bahan adenosine yang brfungsi untuk menyamarkan garisan kedut pada muka.  Ia juga bertindak sebagai ‘skin-blurring’ cream untuk ‘blur’ and minimize the appearance of skin imperfections including large pores, minor fine lines and wrinkles. Sebab tu lah krim ni sesuai untuk dijadikan sebagai base makeup juga.

Selain daripada bahagian kulit muka, G9 Skin White In Whipping Cream ni boleh juga digunakan dikawasan kawasan yang gelap termasuklah ketiak, lutut , siku dan (celah kelangkang?) etc .Sebab boleh mencerahkan kan, so guna jela mana mana part yang nak dicerahkan tuu .

Personal thought

I personally love this cream , tapi prefer untuk gunakan pada waktu malam. Ataupun sebagai base makeup bila nak makeup natural je. Sebab bila layerkan dengan makeup yang agak heavy, makeup cepat looks cakey. Tapi , bila gunakan sebagai moisturizer a.k.a whitening treatment cream waktu tidur, memang best!

Kesimpulan 


G9 Skin White In Whipping Cream ni sesuai untuk sesiapa yang tercari krim yang boleh memberikan instant tone up effect (efek cerah serta merta) . Dan ia berfungsi sebagai all-in-one cream yang boleh digunakan disekitar muka, dan badan (terutama kawasan yang perlu untuk dicerahkan – lutut, siku, ketiak etc)

The Good (Kelebihan)

  • Bau sedap, tak ada bau yang keterlaluan
  • Cepat resap , tak melekit
  • All in one cream – berbaloi sebab boleh guna untuk pelbagai fungsi
  • Instant whitening effect


The Bad ( Kekurangan)

  • After few hours, makeup nampak cakey kalau digunakan sebagai base makeup
  • Tak sesuai untuk yang berkulit kurang cerah


Would I repurchase ? (Ulang Pembelian?)



Not sure. Sebab tak habis pakai lagi 1 jar ni so tak berapa nampak sangat lagi long-term whitening effect/ cosmetic effect dia (yang dia claims untuk melembabkan kulit, cerahkan etc) . Kalau untuk instant whitening tu memang jelas dan nyata lah dah nampak. Bab cerahkan kulit tu je belum confirm lagi. Kalau confirm memang habis 1 jar ni kulit I nampak ketara cerah, then I would definitely repurchase this.  

Where to get this from? ( Nak dapatkan macam mana?)

Korang boleh buat pembelian secara online terus ke website rasmi distributor G9 Skin ni,

Website : www.vline.com.my
Harga : RM78.00 (excluding postage)
Isipadu : 50gram

2 comments

  1. Hii sis,nak tanya G9 White in Moisturiser Cream free pig gelatine tak?Lagi satu ada wine extract tu,its okay ke untuk kegunaan muslim?

    ReplyDelete
  2. I already bought their toner & creamy pack but just found out on the ingredients ada contain rice ferment filtrate which is sake. Not sure la still boleh pakai ke tak, but kalau was was like me, i just stopped using it.

    ReplyDelete

On My Instagram