Sunday, June 11, 2017

5 Sebab Kenapa Kuih Sepit Lava Jadi Pilihan Kuih Raya Tahun 2017


5 Sebab Kenapa Kuih Sepit Lava Jadi Pilihan Kuih Raya Tahun 2017 | Entah kenapa lah, dalam kepala ni memang bermain main punya 'tet tet tet' yang music keluar dari kad raya tu. Sambil sambil buat kerja pun, sambil ter- humming kan lagu tu. Nampak sangat lah kan semangat nak beraya tu dah makin berkobau kobau .

Lazimnya bila dah tengah tengah bulan puasa ni, disamping sibuk beribadah (alhamdulillah) , orang ramai juga dah sibuk bershopping keperluan raya. Termasuklah last minit shopping baju raya (plus murung bila saiz takde) dan tak lupa juga, operasi "KUIH TUNJUK TUNJUK" pun dah bermula .

Nak senaraikan kuih raya feveret, rasanya tak mampu sebab akan jadi list yang SANGATTTT PANJANGGGG! 

Tapi, sejak awal puasa haritu, sampailah sekarang .. aku dah ada satu kudapan feveret yang aku hadap tiap kali lepas waktu tarawih (meskipun ianya berpotensi menggemukkan, tapi sedap wak .. cannot tahan) . Dan kuih ni lah yang berada di top list aku untuk dijadikan kuih raya nanti hehehe . (untuk 'ditunjuk tunjuk' hahaha)

Kuih Sepit Lava

Kuih Sepit Lava ni ialah kuih sepit (Kapit) yang dah direvolusikan menjadi kuih sepit moden . Enak dengan berisikan mentega kacang dan coklat yang pekat dan padat, gabungan yang memikat! Sebenarnya, Kuih Sepit Lava ni didatangkan dalam bermacam perisa . Tapi yang mencuri hati ofkos lah peanut butter dan coklat .

1 balang ,  peanut butter + coklat
1 balang , peanut butter sahaja 

kuih sepit moden

Tapi untuk aku sendiri, aku lagi suka peanut butter + coklat sebab rasanya tak terlalu pekat dan manis nya serba mesra . Kalau yang peanut butter sahaja tu, agak kuat rasa peanut butter nya . Bila makan, asyik nak kena bersulam dengan air sebab melekat dekat tekak haha . Tapi sedap!


Sambil buat kerja, sambil menghadap balang kuih sepit ni, tak sedar pun tengok tengok dah banyak yang di ngap masuk mulut .

kuih sepit berinti

Nak makan kuih sepit ni kena berhati hati . Jangan amalkan perangai makan atas katil mahupun dalam kereta, kalau taknak kena marah haha . Sebab kuih sepit ni rapuh dan krup krap krup krap jadinya, sekali kau gigit, habis berserpihan gugur lah cebisan sikit sikit ke tanah . Nak makan tu, mohon tadah lah dengan pinggan ke apa . Sila senonoh sikit ehehehe .

Hilmi pun suka sangat Kuih Sepit ni, kadang tu siang siang hari ternampak balang kuih ni, alahai terliur pulak .




Rasanya dalam banyak banyak kuih sepit berperisa yang aku rasa, yang jenama Kuih Sepit Lava ni yang best . Sebab apa?

kuih sepit inti kacang dan coklat

Sebab ...

  • Tak kedekut filling . 

Pernah Mama beli kuih sepit berspesis macam ni, setakat dicelupnya aja coklat tu. Dalam nya tak ada coklat pun . Rasa tertipu tau, dah la jual mahal .

  • Kuih sepit yang rapuh dan crunchy

Sangat rangup dan rapuh, tak lemau dan manisnya sedang sedang elok . Ngam dengan filling .

  • Saiz kuih sepit yang besar

Besar besar lah puas makan, filling pulak penuh. 

  • Tak muak

Makan kuih sepit ni tak muak, walaupun coklat filling nya banyak. Cumanya, lekat dekat tekak jela. Kena banyak minum dengan air .

  • Kuantiti banyak
Untuk yang tak ada filling, dalam sebalang tu ada dalam 50-60 pcs kuih sepit, kalau yang ada filling pula dalam 45-50 pcs. Banyak tu weh


=======================

Kuih Sepit Lava sebagai Kuih Raya

Okay, dah confirm lah nak order lagi kuih sepit ni dengan Nana . Nak jadikan Kuih Sepit Lava sebagai kuih raya. Mesti tetamu yang datang pun seronok makan kuih ni. Tapi aku taknak lah letak satu balang dekat ruang tamu tu. Kang cepat pulak habisnya haha . Kena sorok dulu, bila ada tetamu datang, baru bawa keluar sikit . Kalau tak, sekali letak habis licin lesap tinggal serdak dengan calitan calitan coklat kat tepi tepi balang je nanti .


Harga sebalang untuk yang original (tanpa filling) dan yang ada filling berbeza tau ;

Original 
Harga : RM20
50-60pcs/sebalang

Fillings 
Harga : RM25
45-50pcs/sebalang

Perisa fillings :
  • Coklat
  • Peanut Butter
  • Coklat Peanut

Kalau nak order Kuih Sepit Lava ni, boleh terus hubungi Nana . Dia ada offer delivery disekitar Shah Alam . Tapi rasanya, ada banyak lagi kawasan yang dia cover untuk delivery kot .

Nah ambil nombor fon dia ni, terus whatsapp ye untuk order kuih sepit ni .

NANA - 017-735 4178

kuih kapit coklat peanut butter

kuih kapit tak kedekut

Boleh letak dan susun cantik cantik dalam bekas kaca kuih raya macam ni . Cantik je kan? Nampak sedappp!

Pesanan daripada Nana :

Nana cakap, bersempena nak raya ni ada promosi tau . Belian 10 balang keatas, automatik korang boleh dapatkan pada harga agent iaitu RM23 sebalang . Boleh lah beli sekali banyak , bawa balik kampung sikit, letak kat rumah sikit, bagi jiran sikit hehehe .

Nana juga bagitahu, dia akan ambil pre order (with deposit) in case stock habis. Tapi dia akan pastikan order korang di hantar selewatnya seminggu sebelum raya .

Tapi nanti, kot kot lah korang google dan terbaca post ni lepas raya , boleh je lagi nak order kuih sepit ni . Sebab kuih sepit ni tak bermusim . Suka hati kau lah nak order dan makan bila bila . Ye dak? 

Okay, lagi sekali .. nak order macam mana?? *contact Nana* .. ye pandai ...















Related search : kuih sepit lava, kuih sepit sedap, resepi kuih sepit, kuih sepit borong, agent kuih sepit shah alam, kuih kepit berinti, kuih kapit berinti, kuih kapit coklat, kuih kapit nutella, kuih kapit borong, cara buat kuih kapit, resepi kuih kapit, kuih kapit shah alam, kuih kapit selangor, kuih kapit sedap, kuih kapit rangup, kuih kapit murah, kuih kapit raya, kuih raya 2017, resepi kuih raya 2017, kuih raya 2016, kuih raya 2018, kuih raya 2019, koleksi resepi kuih raya 2016, koleksi resepi kuih raya 2017

4 comments:

  1. Tengok yg coklat tu, coklat dia...aummm..mengancamm

    ReplyDelete
  2. Aduhai memang mengancam. .


    Klau beli nak letak untuk tetamu pun confirm abis awal

    ReplyDelete
  3. Aduh! Lambat lah pulak baca entri ni. Nak sangat kuih ni. Sedap!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...