Sunday, June 11, 2017

Dari Bangi Ke Kampung Baru Demi Asam Pedas


Another food post gais! Sorry lah bulan bulan puasa ni lah sibuk nak update entry makan makan haha . Takpe, sabar sabar masa bulan puasa ni besar ganjarannya awak .

Aku suka gila asam pedas . Salasilah permulaan suka asam pedas ni ialah disebabkan dulu, boifren I suka makan asam pedas . Pergi rumah dia dulu pun, mengigih mak dia list kan benda benda apa yang anak dia suka makan, dengan harapan suruh aku siap sedia belajau masak senang nak bagi anak dia makan . Apeni awalnya makcik buat perancangan masa depan saya waktu tu. Saya baru Form 2 kot???! wakakaka . 

Tapi masa tu, ofcos lah seorang Farah sangat struggle nak memenangi hati "bakal mak mertua" dan juga nak impress kan boifren, maka nya seorang Farah ada lah juga cuba cuba masak asam pedas, dan ter-automatik jadi jatuh cinta dengan masakan asam pedas. Mungkin sebab terjatuh cinta dengan masakan sendiri yang sedap tu kot ahhahahahahha woi puji diri sendiri lulz .


Sampai sekarang pun, kalau makan nasi campur tengahari .. bila nampak ada lauk asam pedas, mesti ambik . Tapi sejak sejak pertembungan dengan ikan keli masak belado, selalu dua ni kena compete la. Tengok siapa menang . Selalunya sekarang, keli lah menang . Sebab dah macam tawar hati je makan dekat kedai, kuah asam pedas orang buat tak sedap, tak kaw, tak pekat, tak ummmmpphhhh .

Good news for me, aku baru je discover satu port asam pedas kaw kaw paw paw dekat Kampung Baru. Itu pun lepas ternampak post Halim dekat facebook . Mengigih lah weh dari Bangi drive all the way ke Kampung Baru semata nak pekena asam pedas . Sebab rasa macam dah lama gila tak merasa asam pedas .

Mula mula tu macam skeptikal juga,

"Sedap ke?"
"Ala entah entah tekak Halim je cakap sedap, tengok tengok kang tak sedap pun"
"Berbaloi ke nak gi jauh jauh makan ni ha. Kang tak sedap buat rugi minyak kete je"

Macam teragak agak juga nak pergi mula tu. Tapi, last last aku gigih kan je sebab kebetulan memang ada urusan dekat area KL . alang alang tu sekali hala je lah kan .

Disclaimer : Aku pergi makan ni masa sebelum masuknya bulan puasa . So, tak payah nak heran heran sangat aku makan siang siang dekat kedai secara terbuka dan bukan bungkus dalam plastik hitam wakakak .

ORDE HERITAGE RECIPES


Kedai nya simple je, dekat lot medan selera . Tapi ruang makannya cukup je , selesa . Sampai je dekat Kampung Baru tu, terus cari Medan Selera Jalan Haji Hashim . Kedai No. 8 & 9 . 


Awalnya kedai ni nama nya lain . ASAM PEDAS KAMPONG KAMPONG . Tapi sekarang, diorang dah rebranding semula dengan nama baru ; ORDE HERITAGE RECIPES .

Fun Fact : ORDE dipetik daripada bahasa lama yang membawa maksud 'kebangkitan' . Melambangkan kepada usaha rebranding dan penjenamaan semula diorang setelah jatuh duduk bangun dalam mengusahakan restoran ni .

Aku ingatkan dekat ORDE ni ada asam pedas je . Sekali sampai , HAMBEK! Macam macam ada weh . Sampai confuse dah nak order yang mana . Untunglah aku tak datang sorang je, Halim pun ada sekali . Dan kebetulan tu, dia bawa sekali Kak Cik . Ha bila dah ramai ramai, boleh lah order menu lain lain . Lepastu, boleh lah rasa curi sikit sikit makanan orang sebelah untuk rasa ekekeke bijok dok?


Dalam pada nak order sikit sikit, tak memasal jadi penuh satu meja . Semua spesis makanan kot kitorang ambik . Tambah pula, ada beberapa lauk tu memang saje je akak owner tu bagi kami rasa lebih . Eh , tahu tahu je kitorang ni blogger . Nak suruh buat food review terus ke camner ni? haha .

Antara menu istimewa di ORDE HERITAGE RECIPES ni ialah seperti yang berikut : *pasang lagu who wants to be a millionaire, lol*

Asam Pedas Ikan Pari



Asam Pedas Ikan Jenahak



Masak Lemak Daging Salai





Another best seller, Asam Pedas Daging Tetel. Tapi entah mana hilang pulak gambar nya  ish!!

Sebenarnya, tak terhad pun nak makan asam pedas ikan atau daging je. Boleh request juga kot lah nak asam pedas sotong ke, ayam ke, udang ke . Diorang boleh sediakan . Dan yang menariknye weh, asam pedas dia semuanya "MADE TO ORDER" . Bukannya yang dah masak malam semalam dan dipanas panaskan! Bila ada order, baru asam pedas tu di masak . Baru lah fresh dan sedap terangkat .

Aku boleh describe kan asam pedas dekat sini memang sedap dan kaw . Sebab kuahnya memang pekat, likat . Masam dia semuanya balance dan mesra dengan rencah . Memang kalau makan tu, rasa nak togok togok sekali kuah asam pedas tu bagi licin . Tak tipu dan buka propa semata k. Boleh tengok review dekat facebook page ORDE ni, rata ratanya memang setuju yang asam pedas diorang ni sedap .

Cuma downside nya ialah, lokasi medan selera ni yang terletak dekat Kampung Baru .

Kampung Baru = Perjalanan nak kesana sesak = Kawasan yang sibuk dan sempit = Parking susah dapat = Sakit jiwa!

Tapi, lepas sakit sakit jiwa dan sakit kaki (sebab terpaksa parking jauh huhu) , semuanya terubat lepas dapat merasa asam pedas . PUAS HATI!!!

Overall, aku boleh bagi 4 out of 5 star untuk ORDE HERITAGE RECIPES ni .

4 bintang merangkumi ;

  • kesegaran ikan
  • masakan sedap
  • kawasan bersih
  • servis laju
  • air sirap percuma


Minus 1 bintang :
Lokasi - (ini bias sikit sebab personal preferences)

Kesimpulannya, tak sia sia kegigihan aku datang sini daripada Bangi semata nak makan asam pedas . Totally worth it .


ORDE HERITAGE RECIPE turut menyediakan pakej nasi bajet (nasi putih + ayam goreng kunyit + telur dadar + sambal belacan ) pada harga serendah RM5.00 dan siap ada delivery weh sekitar KL . Ala, Bangi tak antar ke bang? ehehe . 


Takpela jauh jauh pun, kalau dah sedap macam ni .. takde hal lah nak ulang ulang pergi Kampung Baru tu. Asalkan berbaloi .

Kalau korang pun, mesti sanggup je kan meredah jem bagai untuk pergi tempat korang suka kan? Ke tak?


ALAMAT:
Orde Heritage Recipes/ Asam Pedas Kampong Kampong, 
No 8 & 9, Pusat penjaja Selera Muda , 
Jalan Haji Hashim Kampung Baru , 53100, Kuala Lumpur .
HP: 0162073499

INSTAGRAM: orde_mealbox

















Related search : Orde heritage recipes kampung baru, kedai asam pedas, tempat makan sedak kampung baru, tempat lunch sedap kampung baru, nasi bajet kl, delivery nasi bajet, tempat asam pedas sedap, restoran asam pedas sedap, asam pedas kampung baru, asam pedas kl, resepi asam pedas, asam pedas pekat, cara masak asam pedas, asam pedas daging tetel, asam pedas seafood, restoran masakan kampung, original asam pedas melaka

2 comments:

  1. Amboi form 2 bakal mak mertua nak ajar masak makanan fevret anak dia...wow...mak mertua yang pandang jauh ni

    ReplyDelete
  2. Masak lemak ikan jenahak wowww...

    Baru ni rezeki naikkan ikan jenahak...

    Dah dapat rasa macam mana sedapnya asam pedas ikan jenahak tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...