COCO Concept Store | Solusi membelanjakan RM50 untuk pakaian secara bijak

Monday, April 17, 2017



Sekarang ni, nilai RM50 tu macam dah kecik sangat sangat dah kan?

Kalau shopping dekat tesco tu, dalam troli alahai ciput je barangnya, setakat dapat body wash sebotol,  makanan jajan jajan sikit .. kalau beli Ramen Samyang, confirm confirm lebih RM50 dah belanjanya . what a cruel world hahaha .

Tu baru cakap pasal barang keperluan .

Kalau benda benda lain macam baju baju, lagi lahai  ... kalau RM50 tu sehelai je dapat . Itu pun dapat yang design outdated, tak pun masa masa sale je.

Macam mana, hamba hamba fesyen macam aku (ahaks!) nak survive dekat dunia penuh pancaroba ni? LOL

Satu solusi terbaru dah pun dijumpai, yay yay!


COCO Concept Store Aeon Tebrau Johor Bahru tawarkan pakaian ikut fesyen terkini pada harga murah





Dengan RM50, terus je berlari lari anak ke Coco Concept Store di Aeon Tebrau, Johor Bahru . Ye, terus kesana . Malangnya, solusi ni cuma bersesuaian untuk warga JB je. ekekeke

Kenapa perlu pergi Coco Concept Store sambil berbekalkan RM50?

SEBABBB ...

Dengan RM50, korang berpotensi untuk mendapatkan bukan sehelai, bukan dua helai tetapi tigaaaaaayelai (3 helai) pakaian di Coco Concept store ni .

Kalau tengok dari luar kedai, mesti korang rasa macam

"Hm,takpela malas la nak singgah .. mesti mahal" (sambil leher kau terteleng teleng terdongak dongak tengok isi dalam kedai masa lalu depan kedai)

walhal, harga pakaian pakaian dekat COCO Concept Store ni punyalah murah dan berpatutan .


Masa mula mula aku belek baju dekat sini, terjuling kejap bila tengok price tag sebab ada kemeja yang ala ala H&M dijual pada harga RM19.00 je ! Untuk dress dan top lain yang selalunya kita tengok harga mesti dalam RM59.90 keatas, dijual pada harga RM25.00 JEEEE.


APENIII MURAHNYE!

Soal kualiti pulak macam mana?

Jangan risau, kualiti pakaian Coco Concept Store ni semuanya elok elok dan berkualiti . Bersesuaian dengan harga . Tapi bila cakap pakai kualiti, bagi aku sendiri aku sukakan kualiti material jenama Uniqlo. Tu mahal sikit, tapi memang puas hati dan berbaloi .

So for cheaper and more affordable products  , Coco Concept Store ada jawapannya. Gitteww!

Salah satu kemeja yang aku beli di Coco Concept Store, aku jadikan sebagai outer

Aku banyak beli kemeja je dekat sini, sebab besar besar dan senang nak matchkan bila pakai dengan jubah. Ada setengah design datang dalam pelbagai size (S-XL), tapi ada juga yang FREE SIZE. Bergantung pada design jugak lah .


Bukan setakat baju perempuan je tau yang ada, untuk lelaki pun ada dan banyak dekat Coco Concept Store ni . Harga pun semuanya berpatutan dan cantik cantik design nya. Senang cakap, SWAGGGG lah , gittew .

Balik JB ni nak singgah lagi lah Coco concept store ni . Sementara nak tunggu diorang buka outlet dekat KL , kita shopping dulu dekat JB ni .



1 comment

On My Instagram