Zimmer Z Lipo & Z Wave | Teknologi Cryo - Lipolisis menggunakan kaedah penyejukan lemak kini di Malaysia

Tuesday, March 14, 2017


Impian jangka masa pendek aku sekarang ni cuma satu je, nak kurus!

Kurus kurus kurus, tu je dalam kepala otak .
Sikit sikit bila terlalu tepi cermin H&M dan nampak badan berisi , mesti terpacul dari mulut 

"nak kurusss" 



Tapi masalah dia sekarang,

MALAS JAGA MAKAN
MALAS DIET
MALAS BERSENAM
MALAS USAHA

wakakaka, aku cuma;

RAJIN MENGELUH
RAJIN BERANGAN
RAJIN JELES TENGOK ORANG

selagi takde tindakan dibuat, harapan jelah kan nak kurus?

Tapi semenjak teknologi makin power ni, dah macam macam cara yang doktor discover , memudahkan proses untuk menghapuskan lemak .

Dan teknologi yang terbaru, dan memang baru sangat di lancarkan di Malaysia, ialah teknologi Cryo-Lipolysis daripada  Zimmer Z Lipo. 

Inilah solusi terbaru untuk korang yang impikan bentuk badan langsing ramping ratu kebaya, TANPA susah payah bersenam, jaga makan , berdiet , ambil ubatan mahupun jalani pembedahan . 

Alahai senang nya lah kan?

Cryo-Lipolysis ni sejenis prosedur menyejukkan lemak, yang sangat efektif untuk mengurangkan lemak di tubuh badan tanpa kesan sampingan. Menurut kajian oleh Dr Michael Ingargiola, rawatan Cryo-Lipolysis ni berjaya mengurangkan kira-kira 20% lapisan tisu lemak selepas beberapa bulan, dan triglycerides (asid lemak dan glycerol) pulak akan dinyahkan serta merta melalui lymphatic system dan diproses oleh hati . Lemak-lemak yang terkumpul di bahagian lengan, punggung, peha dan lain-lain sebenarnya boleh dibuang. Rawatan Cryo-Lipolysis ni memang efektif dan selamat dengan menggunakan suhu yang tidak membahayakan untuk menyejukkan sel lemak, dan juga tidak membahayakan tisu-tisu di sekelilingnya. 

(Okay dah menguap ke? ahahaha)


Datang untuk beberapa treatment je dah cukup, boleh kurus recikkss dah . Dan lagi powernya, mengikut feedback daripada pelanggan yang dah dapatkan rawatan Zimmer Z Lipo ni, rata ratanya cakap, kesan ketara boleh nampak pada rawatan pertama dah tau .

Kak Dhia haritu ada juga dapatkan rawatan Zimmer Z Lipo ni, Dia punya lah excited cerita ;

"Farahh , haritu akak buat zimmer tuu dah kecik dah peha akak tauu , boleh nampak beza dekat area yang buat treatment dengan area yang tak buat" 

aku yang dengar ni terlopong lopong kagum . Kiranya bukan propa lah ni . Hm, ni yang lagi eksaited nak cuba nii .

Rawatan Z Lipo ni ternyata tak menyakitkan dan tak merbahaya ye. Ni bukannya yang macam sedut sedut lemak tu . 'Zero pain' gitu . Takat geli geli sikit tu ada lah kot ekekeke . Tambahan pulak , Z Lipo ni takde memberikan sebarang kesan sampingan dan rawatan untuk setiap sesi cuma ambil masa dalam 60 minit je . 

Lepas targeted area korang yang nak dikuruskan tu mencapai piawaian yang korang nakkan, korang jangan risau kalau kalau takut tetiba besoknya gemuk balik ke apa haha . Tak perlu jaga makan sangat, tapi kalau untuk maintain dan nak kekalkan firmness bahagian yang dah di'contour' tu, mohon sedar sedar lah diri untuk bersenam dan diet sikit ye ekeke. Kang sia sia je bayar memahal, dah kurus pastu main belasah je pelahap semua benda, dan layan running man 315 episod depan tv tanpa bergerak gerak punggung tu haha 

Z Lipo dan Z Wave Pro


Sepanjang rawatan Z Lipo ni, takde nya korang rasa panas panas ke apa, unless dalam bilik tu tak pasang aircond ekekeke.  Memang rawatan ni dipanggil "fat chilling" , jadi sepanjang tu juga la korang rasa sejuk nyaman je . 

Untuk Z wave pula, lebih menumpukan kepada pembaik pulih semula struktur kulit , dan nak bagi firm firm dan tegang tegangkan mana yang patut . Z wave Pro sangat sesuai untuk atasi masalah selulit, stretch mark, dan memulihkan kesan parut . Z WavePro menggunakan 'radial shockwave' untuk bantu menegangkan kulit dan juga membantu menganjalkan kulit , serta pembaharuan kolagen .

Bila di gabungkan kedua dua rawatan Z Lipo dan juga Z Wave , memang hasil nya wow wow wow sangat . Dan hasil keseluruhan boleh dilihat dalam jangka masa yang singkat . 

Kedua dua rawatan Z Lipo dan Z Wave Pro ni boleh dibuat untuk beberapa kawasan yang cenderung mempunyai lemak yang banyak dan menggelebeh termasuklah ;


  • Perut
  • Punggung
  • Pinggul
  • Bahagian belakang
  • Peha
  • Lengan
  • Pinggang
Kalau aku, aku cukup geram dan tak sabar je nak lenyapkan lemak lemak dekat lengan dengan dekat peha ni . Ishh annoying betul . Bila pakai tshirt nampak macam kayu balak je, kalau peha tu pulak macam kaki gajah dah hahaha . Kalau gemuk saje tak pela lagi, ni siap pakej bergesel lagi . Aduhaii sumpah tak selesa, rasa buruk dan tak konfiden je nak bergaya pakai seluar ke apa .

Bila ada treatment macam ni, memang terus bagi harapan dekat aku untuk boleh berjaya dapatkan bentuk badan idaman (cewah) dengan cara mudah dan 'no pain in the ass' hahaha .

Tak ada side effect ke?


Nope. Takde. Setakat kemerahan sikit sikit tu biasalah, dan mungkin untuk setengah orang, akan rasa gatal gatal sikit . But nothing major, don't worry baby .

Buat masa sekarang, cuma ada beberapa klinik sahaja yang menawarkan rawatan Zimmer Z Lipo dan Z Wave Pro ni, termasuklah di ;


TDOX Clinic, 
Petaling Jaya

Esadsa House, 
The Boulevard MidValley 

Ageless Medispa & Clinic
Jalan Maarof, Bangsar

RE Plastic Surgery Clinic
Solaris Dutamas

The Life Clinic
Jalan Batai, Damansara Heights

So kalau korang berminat nak dapatkan rawatan ni, boleh lah cuba call klinik klinik ni, aturkan appoinment dan dapatkan sesi consultation dengan doktor. Boleh lah doctor sarankan apa yang sesuai dengan masalah korang kan?

Dan juga layari website rasmi Zimmer untuk penerangan selanjutnya;

http://zimmer-aesthetics.com.my/






p/s : Bagus bila ada rawatan macam ni. Biar mahal asalkan selamat . Jangan pula desperate sampai ambil ubat kurus merepek yang merisikokan kesihatan. Setuju tak?







Related search :  zimmer z lipo, zimmer z wave, cryo lipolysis, teknologi kuruskan badan, klinik pelangsingan malaysia, klinik kurus, doktor kurus, klinik aestetik, rawatan kuruskan badan, nak kurus cara mudah






4 comments

  1. hahahahaha.. terhibur aku baca entry ko ni farah.....

    ReplyDelete
  2. Macam sekarang pun dah ok dah... Kalau kurus sangat, xrasa apa2 pulak. Best baca entry ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha LOL
      alah, kurus baru lah boleh jadi instafemes wakakaka

      Delete

On My Instagram