Filem Pak Pong - Macam macam elemen dalam 1 cerita

Wednesday, March 8, 2017

Hello Assalamualaikum

Kalau bercakap pasal filem dan wayang , aku paling suka tengok cerita cerita yang ber-genre komedi , fantasi dan aksi . Kalau spesis cerita hantu ke, rasuk rasuk ke ... aku cukup tak gemor . Lagi lagi kalau hantu malaysia hahaha . Kenapa? Sebab cetek pemikiran aku ni ada satu mentaliti dimana, kalau hantu tu hantu malaysia, dia duduk dekat Malaysia. Jadi aku takut sebab dekat dengan aku wakakka . Kalau hantu Thai dengan Indo pun sama . Sebab berjiran . LOL

Tapi kalau hantu omputih, aku lek lek lagi . Sebab diorang jauh ahahhaha . Boleh pulak macam ni kan? :p

Untuk satu filem yang menggabungkan ketiga tiga elemen yang aku sebutkan tadi tu, aku temui dalam filem Pak Pong. Kalau korang perasan, ada ramai blogger blogger lain yang turut menulis dan review tentang filem Pak Pong ni . Okay, tu review diorang . Meh baca apa review dari pandangan aku pulak .






Apa itu Pak Pong?


PakPong ni merupakan satu filem sulung arahan Fauzi Nawawi .  Even dalam cerita ni pun, Fauzi Nawawi turut ada berlakon sekali . 

Now, apa benda PakPong ni?

Pak Pong ialah merupakan satu ilmu pengasih . Kiranya cerita ni mengisahkan pasal ilmu pengasih yang dinamakan  " PakPong" . Okay sampai sini dah faham tak?


Kisah nya bermula bila si Muda cuba untuk memenuhi kehendak isterinya yang tengah sarat mengandung dan mengidam untuk makan ayam hutan . Usaha usaha nak tangkap ayam hutan ni bukannya senang, dan membuatkan si Muda ni confuse dan buntu memikirkan acaner nak tangkap ayam hutan ni demi nak memuaskan hati isteri dia yang tercinta tu . Lalu Muda pun menceritakan masalah dia kepada abang nya , Kadek . Kadek tu pulak boleh pulak pergi suggest kan kepada Muda supaya pergi berjumpa dengan Tok Bintara untuk mendapatkan ilmu pengasih . Baru lah senang nak tangkap ayam hutan tuu . Pun begitu, masa dah berjumpa dengan tok tu, Kadek mengambil kesempatan untuk belajar raja segala ilmu pengasih iaitu Pak Pong. Ha, yang Muda belajar tadi tu level amatur jee. Yang Kadek belajar ni baru betul level dewa dewa. Gittew

Maka kemudiannya, bermulalah konflik antara Muda dan Kadek ni . Dan kemudiannya ada terselit pulak cerita pasal Muda ni tak semena mena termasuk dalam dunia bunian, dan tak semena mena juga terpaksa bertempur dengan Gragos , yang asyik duk kacau ketenteraman penduduk kampung bunian tu .

Okay dekat sini , aku sendiri pun dah confuse tau . Apa kaitan Kadek yang amalkan Pakpong, dengan Muda yang termasuk dalam dunia alam bunian ? 

3 Persoalan yang tak berjawab


Sebenarnya ada beberapa persoalan yang aku sendiri malas nak fikir lama lama apa jawapan dia hahaha .

1. Kenapa susah susah nak kena guna ilmu pengasih untuk tangkap seekor ayam hutan . Kenapa tak cuba tanya orang kampung kot ada sesiapa bela ayam yang berspesis ayam hutan ni . Senang sikit tak payah nak bersyirik syirik gunakan ilmu hitam semua .

2. Si Kadek ni mempunyai masalah fizikal yang buatkan dia tak yakin untuk pikat wanita . Memula nya, ingatkan dia gunakan ilmu ni untuk pikat seseorang , tapi last last semua perempuan dia sapu . Ko nak siapa sebenarnya ni ha?

3. Gragos yang asyik duk kacau kampung bunian tu sebenarnya boleh je pergi culik terus Puteri Serapit tu . Yang duk buang masa bergaduh bagai dengan orang lain tu kenapa?

Hahaha sis pening sis pening .

Punchline yang On Point!


Nevertheless ( haa gitu, #sisSpeaking) , dapat aku katakan filem PakPong ni banyak diselitkan punchline yang menjadi . Memang terhibur aku tengok cerita ni . So dah boleh susun genre cerita ni ikut susunan dimulakan dengan ;

1. Fantasi
2. Komedi
3. Aksi
4. Cinta

gittew . 

Cameo?


Filem ni di jayakan oleh ramaiiiii pelakon pelakon terkenal Malaysia termasuklah Siti Saleha, Dato Eizlan Yusof, Marsha Milan, Yasmin Hamid, Joey, lepastu ..  Saiful Apek pun ada . Jadinya, setiap scene tu semua dapat dihidupkan lagi dengan kemunculan pelakon pelakon ni .


Dalam pada syirik syirik khurafat pun , filem ni banyak menyampaikan mesej berbentuk pengajaran tau . Bukan takat gelak gelak je ye, boleh diambil ikhtibar juga . Antara mesej disampaikan ialah , jangan lah kita menyekutukan Allah . Sebab masyaAllah sisturrr , berdosa ye . Selain tu, filem Pak Pong juga mengetengahkan tentang hubungan #brotherhood #bromance antara Muda dan Kadek ni . Kasih sayang antara adik dan abang tiada tandingannya ewah .

Fuh kalau 3D lagi gempak!


Another point to highlight, ialah mengenai kesan khas dan teknologi CGI yang digunakan dalam penghasilan filem PakPong ni. Meskipun it is far from perfect, tapi iols bangga melihatkan perkembangan dalam penghasilan filem menggunakan CGI hasil tempatan yang makin bertambah baik . Serious korang kena tengok Pak Pong ni. Masa permulaan cerita ni pun korang dah ternganga tengok effect CGI yang digunakan . Kalau 3D ni, fuhh confirm lagi cun lecuns!

Kesimpulan dibuat, aku tak menyesal langsung tengok filem Pak Pong ni, bahkan aku terhibur dan seronok! Kepuasan tu ada bila menonton filem Pak Pong ni . Standard lah, mesti ada kekurangan sini sikit sana sikit kan, tapi itulah yang diperlukan untuk pembaikan pada masa depan . Tak gitu?

InsyaAllah, aku akan teruskan menyokong filem tempatan terutamanya juga untuk upcoming film yang bakal di arahkan oleh Fauzi Nawawi . Untuk filem sulung yang dihasilkan nya, ini sesuatu yang boleh dipuji *tepuk tangannnn *

#supportFilemMalaysia

Baca review diorang pulak tentang filem Pak Pong ;









Related search : Pak Pong movie review, PakPong, Pak Pong Fauzi Nawawi, Pak Pong review, Pak Pong sinopsis, Pak Pong filem , Filem Pak Pong, Pak Pong pelakon, Senarai pelakan Pak Pong



Pak Pong movie review, PakPong, Pak Pong Fauzi Nawawi, Pak Pong review, Pak Pong sinopsis, Pak Pong filem , Filem Pak Pong, Pak Pong pelakon, Senarai pelakan Pak Pong


1 comment

  1. wah.. kena tengok cite nie nanti.. tapi tak dan nak pegi wayang tunggu cd jelaa.. huhu

    ReplyDelete

On My Instagram