Hashtag #FarahOffMarket dah boleh start guna ke?

Hello & Assalamualaikum .


gambar hiasan masa event Honda. Rinduuuuu event Honda!


Alamak dah nak masuk bulan 2 lah . Cepatnya rasa . Pejam celik pejam celik .. eh dah habis sebulan . Pejam celik pejam celik ... eh dah bulan 4 ... pejam pastu celik kejap .. eh dah kawen! Hahahaha

Ha tulah motif utama entry ni . Nak bagitahu aku nak kahwin dah *joget joget .

Perasaan sekarang ni macam bercampur aduk . Lebih kepada kena kawal emosi . Sebab bila datang mode aku serabut dengan preparation semua ... terus aku macam "ahh malas ah kawen camni" kahkah lihatlah betapa tak stabilnya emosi aku . Kejap meroyan macam dah gatal sangat nak kawen , kejap rasa macam "eh tahun tahun depan jelah kawen" hewhew .

Penentuan tarikh kawen amatlah secara tetiba . Start decide tarikh hujung bulan 12 haritu , dan tarikh 29/4 dipilih . 28/4 tu tarikh nikah lah . Hm apasal aku rasa tarikh ni tak cantik? Nak tukar boleh tak? Hahaha .  

Dan part lawaknya disini , sampai ke saat ini ..


Aku BELUM PERGI KURSUS KAHWIN lagi . Kakakaka . Mak aku takyah cakap lah , memang dah bising dah . 

"Long bila kau nak g kursus kahwin ni? Nanti nak bla bla bla ... antar borang bla bla bla ... apply juru nikah bla bla bla ... HIV test bla bla bla "

Bukan aku taknak pergi . Cuma tak nyempat nyempat lagi . Nak pergi weekend , sokmonya ada hal . Nak gi weekday pulak tak jumpa lagi mana mana pihak yang anjurkan kursus kahwin weekday . Kalau ada , korang share k .

Padahal dulu masa dekat MICET ada je pun kursus kahwin tapi asyik tak pergi je . Ada dah pun plan nak pergi dulu dengan pakwe lama yang dah kawen dah sekarang ni . Gamaknya kalau aku pergi dengan dia dulu mesti sadis je cerita kitorang

"GI KURSUS KAWEN DENGAN ORANG LAIN,
KAWEN DENGAN ORANG LAIN"

WAKAKAKAKKAA

Tulah , gi kursus kahwin bersama sama tak menjamin apa apa mihmih . Dan sekarang , ku dalam kekalutan nak pergi kursus kahwin , dan nak setelkan banyak lagi benda dalam satu masa . Fuh!

Dalam soal persediaan kahwin ni , aku dapati sikap kedekut aku sangat melampau lampau hewhew .

"Long , baju sewa jelah "
"Taknak . Sewa je dah RM800, dah lah tak dapat terus . Baik buat sendiri"

"Long , hantaran kite sewa jelah "
"Taknak , sewa mahal . DIY je sendiri"

"Long , barang hantaran beli sendiri jelah pastu tukar tukar"
" okay semua dulang along letak buah jelah aci tak?"

Hahahaha .

Mak aku dengan aku sokmo nya bertekak . Dia kemahen nak meriah , itu ini makan itu ini . 

Aku pulak balik balik ,

"Tak Payah , MAHAL"
"Tak Payah, MEMBAZIR"
"Tak Payah, KEDEKUT"

hmm . Berdasarkan atas sikap sikap berkira & serba sederhana aku ni ... Mesti nanti laki aku sayang kan? Senaaaaangg ....... jaga agagagaa .

Part dewan , katering semua dah setel . Doorgift pun mak aku dah handle . Kursus kahwin je aku tak gi . Ada silap silap ni bertukar pengantin kang haha . 

Terbalik pulak kan? Orang setelkan hal daftar kahwin dulu baru setel pasal majlis . Aku ni setel majlis dulu baru benda benda documentation . Lulz

Anyway, doakan lah yang baik baik ya . 


LAGI SATUU!

Doakan aku sempat kurus pelissss hahaha .

Baca ni penuh tawadduk ,

"Saya doakan Nurfarah Amalina Binti Dafri sempat kurus ramping & berwajah Vshape sebelum majlis "

Amin .

p/s : siapa sekitar Kuantan yang sudi hadir ke majlis iols nanti , bagitahu lah .. nak bagi kad. saya sangat berbesar hati kiranya tuan hamba dapat bersama menyerikan majlis saya . ahhgitchuu 

5 comments

  1. Wuwuwuwu farah dah nak tawen ��

    ReplyDelete
  2. Kawan aku nak kawen?? Tahniah!! Tak sabar nak tengok kau pakai baju leret2. Hahaha... tapi apahal jauh nau sampai ke kuantan?? 😂Ko bkn dok JB ke????

    ReplyDelete
  3. Nanti share idea doorgift please��

    ReplyDelete
  4. eh kita kawen bulan 4 jugak hahaha :p

    ReplyDelete

FOLLOWERS