Thursday, January 19, 2017

ONLINE to OFFLINE : Cuba pasarkan produk jualan online korang dekat sini pula - POP @ Jaya One & Markets 21

Hello Assalamualaikum

Ekceli, aku tengah stress & murung memikirkan cara nak backup & transfer whatsapp punya chats daripada iPhone masukkan ke phone android . Ya ampun stress dia rasa macam nak pergi gigit penjuru dinding je . Tapi kejap , cool kejap ... Sementara menenangkan diri , kita cerita sikit pasal aktiviti aku Ahad lepas semasa dekat Markets 21, Jaya One.


Okay, macam yang ada aku update dalam entry ni , Market 21 kembali lagi dan diadakan pada 14 dan 15 Januari 2016.  Market 21 tu , no 21 indicate berapa kali dah Market ni diadakan . Maksudnya dah kali ke 21 lah kan ? Wohoo meriah !




Macam aku expect lah , memang crowd yang datang Markets 21, sama macam Markets yang sebelumya . Ramai ... dan happening! Markets 21 ni tak lah terhad semata mata ada orang jual jual barang je .. tapi siap ada persembahan dan juga few games dan activity yang terbuka untuk orang ramai yang datang sepanjang 2 hari event tu berlangsung .

Aku sempat datang masa hari Ahad je sebab Sabtu tu aku ada appoinment gigi , lepastu kalut pulak pergi kenduri kahwin lah apa bagai . Tak sempat nak pergi . Tapi masa hari Ahad tu pun tetap best juga . Masa aku sampai tu, tengah ada dance battle ke apa ntah . Tapi aku tak ambik kisah sangat kakakaka sebab aku tak minat .... masuk masuk je terus pergi jalan dari satu booth ke satu booth . Macam macam benda lah diorang ni jual . Yang bestnya, banyak benda unik dan handmade . Kira rare lah gittu . Kreatif betul lah diorang ni .

market 21 jaya one
Tengok ni comel!

Food truck pun ada juga masa tu, macam macam makanan ada. Tapi sebabkan aku baru je lepas makan sebelum keluar, jadi takde lah pulak aku terasa macam nak beli apa apa untuk makan .

food truck market 21


Sebenarnya , motif utama aku datang Jaya One ni selain daripada nak tengok tengok apa yang ada dekat Markets 21, ialah nak ke POP retail store dekat The School. Jaya One ni. POP Retail store berkonsepkan kedai vendor, yang mana satu kedai tu menempatkan pelbagai barangan daripada pelbagai jenama. Senang lah bila macam ni. Nak shopping top to toe , semua boleh dapat dekat sini je . Kualiti pulak semua elok elok dan harga pulak ... sangat reasonable . Aku expect harga harga barang kat sini mahal  , tapi rupanya aku silap ahahah . Sebabkan harga dia murah , tak semena mena aku terbeli beg pulak dah wakakaka . Sangat puas hati!






Coppp , lupa nak bagi tahu .. POP retail store ni membuka peluang untuk korang korang yang berniaga tu untuk bekerjasama dengan diorang , rent a space dan letak lah produk korang dekat POP ni . Korang cuma letak je produk korang , lepastu biarkan POP store yang handle semua . Daripada kerja kerja tagging , inventory , sale report ... semua diorang yang uruskan . Weh senangnya kan! Tak payah pening pening fikir dah . Cara sewaan pulak sangat fleksibel , nak sewa sehari boleh , sewa ikut mingguan boleh , sewa ikut bulan pun boleh . hmm rasa macam nak letak handbag daripada MODDYMY lah pulak dekat POP ni ehehe , ok jugak kan?


Section makanan pun hadoo




Aku rasa macam nak pergi jalan lagi je dekat POP ni minggu depan . Tunggu masuk duit payment job dulu lah baru pi shopping ekekeke . Jom, siapa nak ikut?


jaya one petaling jaya, jaya one retail store, pop retail store jaya one, pop retail store jaya one sewa, sewa vendor pop retail jaya one, vendor murah, dekat mana sewa vendor murah, sewa vendor berbaloi, vendor femes, vendor famous, cara letak barang di vendor, pop retail store jaya one harga sewa, sewa tapak berniaga, tapak meniaga sewa, tapak meniaga murah, tapak meniaga selangor, tapak meniaga petaling jaya

1 comments:

  1. Pika pun pernah pergi Market Jaya one ni. Best sebab boleh dapat barang2 yg cantik dengan harga yang berpatutan and murah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...