Daripada dulu sampai sekarang , aku still tak boleh nak faham kenapa orang suka mandi lama lama . Ada kawan aku yang kalau masuk bilik air untuk mandi , aku sampai lupa yang dia ada lagi dekat dalam rumah tu . Ingatkan dah sampai GSC tengok wayang ke apa sebab sumpah lamaaaaa gila dah mandi hahaha . Sejam ada kot? Kalau tengok wayang agaknya dah sampai scene climax dah .
Kadang aku juga lah mandi lama lama , shampoo rambut dengan penuh lemah gemalai , siap pakai conditioner bagai -- lepastu scrub - bilas - sabun - bilas - sabun - bilas ... bila keluar keluar bilik air
"aik baru 15 minit je?"
Dah tu ... member aku duduk dalam tandas lelama sampai 40 minit or sejam , dia buat apa wey?
Sukat shampoo ke? Cuci jamban guna berus gigi ke? Tengok youtube cerita 'How I met your mother' satu episod ke?
ai kenot brain this hahaha
Sampailah ke saat ai mula bermandi manda dengan koleksi bath & body care daripada Kustie .
Sesejak ada Kustie ni, rasa nak tidur je dalam bilik air tu kakakakaka . Masa sebelum krismas haritu , Watson x Kustie bermurah hati bagi aku sebakul produk Kustie ni . Sebenarnya aku tak pernah dengar pun pasal Kustie ni & dekat Watson pun aku macam tak perasan je Kustie ni wujud . Maka satu kerugian lah bagi aku sebab tak tahu awal awal yang Kustie ni ada .
Aku dapat 4 ketol shower gel ; 2 botol besar , 2 botol kecik .
I tell you haaa , semua produk Kustie ni masyaAllah wangi sedappp tahap nak telan haha . Kustie ni aku boleh bahagikan kepada 2 kategori .
Satu ni kategori bahan bahan yang immitate flavouring manis manis . Macam bau buah & gula gula . Contohnya ada yang gabungan Mango + Papaya , Raspberry + Blackberry , Coconut + Cream & Strawberries + Cream .
Aku suka gila yang Strawberries + Cream ni sebab bau dia sweet amat!
Yang satu lagi kategori ialah jenis bau bauan bunga . 2 botol kecik dalam gambar ni lah antaranya . Aku dapat Cherry Blossom & Lavender. Cherry Blossom & Lavender ni siap ada flower petals tau dekat dalam dia . Kemahen khenn mandian diserikan kelopak kelopak bunga . Mewah sangat rasa . Lagi indah kalau korang ada bath tub dekat rumah . Fuhh lagi nikmat tatkala bersiram .
Tambah pulak , setiap daripada shower & bath gel ni memasing ada benefit tersendiri . Contohnya dua ketoi ni ;
Lavender - Deep Sleep + Silky Smooth
Cherry Blossom - Lightening + Brightening
Selain dua ni .. ada Chamomile dengan Rose jugak .
Chamomile - Refreshing & Moisturizing
Rose - Refreshing & Romantic
Harga produk produk Kustie ni bagi aku sangat mampu milik , bersesuaian lah dengan kualiti produk ni . Kalau korang spesis yang pantang masuk Bath & Body Works , pantang lalu depan The Body Shop dan selalu tuju ke bahagian Soap & Glory bila pergi Sephora ... korang patut ada sabun sabun mandi & losyen daripada Kustie ni jugak .
Haritu jenjalan Watson ternampak pulak produk terbaru Kustie ni , ada Shower Cream yang bahannya manicoagan clay & dead sea mud . Fungsi dua ni lebih kepada untuk detoks skin & deep cleansing . Sebab clay / tanah liat & mud memang elok sangat untuk bersihkan kulit secara mendalam . Tunggulah yang sedia ada ni habis . Kang nak beli yang tu pulak .
Siapa pakai Kustie jugak? Best kan? Wangi kan? Share lah korang pakai yang jenis mana ....
Related search : Kustie malaysia , harga kustie malaysia , kustie watson , kebaikan kustie , kustie harga malaysia, brand kustie, hantaran sabun mandi malaysia, contoh hantaran murah, hantaran murah malaysia
1 comment
Saya pun jenis orang yg suka mandi lama2.. Tapi sejak ada anak ni, dah tak boleh mandi lama2
ReplyDelete