2 Benda Wajib Dibawa Kemana Mana : Deep Heritage Beauty Pure Foundation & 2 in 1 Perfect Lips

Wednesday, January 18, 2017

Assalamualaikum ,

Bilamana nak keluar atau pergi mana mana ,  ada dua benda yang aku pastikan aku akan bawak bersama (selain daripada wallet & handphone ) iaitu :

Makeup remover
Makeup

Kadang tu, beg aku berat semata mata sebab dua benda ni je .

Makeup remover biasanya aku akan transfer dalam satu bekas kecik (beli dekat Daiso) , dan aku bawa sekali dengan cotton pad . Aku lagi prefer dan gigih bawa makeup remover ni daripada wet tissue sebab aku rasa tak yakin yang wet tissue boleh remove mascara dengan menyeluruh . So kalau nak solat ke apa , aku risaukan solat tu tak sah .

Bila dah remove makeup untuk solat , of cos lah nak kena start touch up balik . Biasanya bila awal awal sebelum keluar rumah kemahen siap ber-eyeshadow bagai , tapi bila nak makeup semula , aku akan guna beberapa produk je termasuklah ;


Foundation
Mascara / Eyeliner (salah satu)
Lipstick
Eyebrow pencil

Keempat empat benda ni je dah cukup untuk overall look . Kadang kalau rajin , aku bawa sekali blusher & brush .

Untuk Foundation & Lipstick , yang terkini aku prefer pakai yang daripada jenama Deep Heritage Beauty. 

Soalannya , 

KENAPA DEEP HERITAGE BEAUTY?

Okay, mula dengan dia punya foundation dulu . 

Deep Heritage Beauty Pure Foundation



Aku sukakan the fact that dia cuma ada satu tone warna tapi sesuai untuk diguna bagi semua jenis dan warna kulit . Tapi kalau kulit yang terlalu gelap tu, mungkin kurang sesuai .

Tekstur foundation DHB ni memang sangat mudah nak diblend, jadi guna jari pun dah boleh sekatakan satu muka . Another plus point , foundation DHB ni berfungsi 3 dalam 1 iaitu sebagai ;

Concealer
Foundation
Powder with SPF50.

Baca semula, SPF 50!

Biasanya kalau foundation ni paling paling pun datang dengan SPF 15 dan SPF30 je. Ni hamekkk kauu SPF50 terus!Inilah antara salah satu sebab kenapa aku prefer foundation DHB ni .

JIMAT DUIT DAN JIMAT SPACE

Tak payah nak berat beg sumbat concealer, bedak dan sun screen dah . Semua dalam satu foundation je . Wah mudah gittew!

Foundation DHB ni dirumuskan dengan bahan bahan yang elok untuk rawat kulit juga antaranya aloe vera, collagen dan lagi satu yang power --  air zam zam! 

===============

Lagi kelebihan Deep Heritage Beauty Foundation 

- Diluluskan KKM (NOT151105360K)
- Vitamin C memudar parut jerawat & jeragat
- Vitamin E melembapkan kulit
- Wuduk friendly
- Fully Coverage
- Anti Rekahan
- 1 tona untuk semua jenis warna kulit
- 1 sapuan tahan sehingga 18 jam
- Sesuai untuk semua jenis kulit berjerawat, berminyak dan kulit kering
- Membaiki kedutan & kulit kusam
- Glowing effect
- Kulit wajah cerah dan pinkish mengikut aliran darah
- Unisex : Perempuan & lelaki boleh menggunakannya
- Menyembunyikan cela, parut jerawat dengan berkesan melalui sapuan lembut pada kulit.
- Tanpa kesan kulit berminyak dan 100% tidak bercapuk.
- Menjadikan solekan natural, kulit cerah dan gebu semulajadi.
- Kemasannya tidak menyumbatkan liang pori (oxygen foundation).
- Natural look tanpa bedak tambahan.

=============

Overall Review


Untuk review jujur daripada aku sendiri , aku sukakan the fact that foundation ni bertindak 3 dalam satu sebagai concealer, foundation dan juga sunblock . Jadi dekat sini , memang dah banyak membantu dalam memudahkan aku .

Dari segi tekstur dan blending pun aku puas hati . Mudah blend dan tekstur sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah yang berminyak mahupun kering . 

Foundation ni claim untuk tahan sampai 18 jam , tapi untuk aku ..  mungkin tahan dalam 6-7 jam camtu . Tapi masa foundation ni start hilang ketahanan pun , tak bercapuk tau . Cuma nampak berminyak je. Which is still ... power juga lah sebab biasanya kalau foundation setelah beberapa jam akan bercapuk dan nampak comot . Lagipun,, buat apa nak pakai makeup sampai 18 jam kan? Korang nak bawak makeup ni sampai tidur ke? haha :p

Kesimpulan nya, aku suka . Dok pakai hari hari sampai dah nak habis dah ni.
Kalau dah nak habis tandanya apa?

Tandanya best lahhh ....




Okay moving on to next produk pulak . Lagi satu produk Deep Heritage Beauty yang aku suka ialah :

2 IN 1 PERFERCT LIPS
(Matte Lipstick + Moisture Lipstick)




Yang ni korang boleh tengok video aku ni . Hahaha gigih k iols buat video untuk tatap uols 


Susah nak cari lipstick yang betul betul boleh lembapkan bibir . Even pakai lipbalm pun belum tentu lagi betul betul bantu lembapkan bibir. Aku selalu je pakai vaseline lah apa jadah semua lipbalm sebelum pakai lipstick, but still .... baru berapa jam bibir dan kering dan merekah . Sobs!


Tapi 2 in 1 perfect lips ni ntah kenapa ntah best sangat hahaha . Dia macam lipbalm + matte lipstick . Masa mula mula pakai rasa glossy dan after few minutes makin bertukar kepada matte pulak . Wuuu cantik! Hari hari aku duk pakai 2 in 1 Perfect Lips ni sampai tulisan dekat badan lipstick tu pun dah hilang haha . Lipstick ni ada banyak kod ,  semuanya berfungsi 2 in 1 sebagai matte lipstick dan juga pelembap bibir .  Memang deep heritage beauty punya produk semua nak kena 3 in 1 , 2 in 1 eh? haha takpe takpe, saiya sukaaaa!

Kalau nak beli , buat masa ni boleh beli secara online . Harap harap lah kan lepas ni produk produk DHB ni ada dekat Watson atau Guardian pulak . Kan senangggg ...

Beli dekat sini okay. Harga dan keterangan selanjutnya pasal produk keluaran Deep Heritage Beauty semua ada dekat sini ; 

Facebook : https://www.facebook.com/DHBHQ
Instagram : https://www.instagram.com/deep_heritage_beauty_hq/



deep heritage beauty, deep heritage beauty malaysia, deep heritage beauty testimoni, deep heritage beauty review , deep heritage beauty review lipstick, deep heritage beauty review foundation , deep heritage beauty pure foundation, deep heritage beauty foundation best, deep heritage beauty instagram, deep heritage beauty dropship, deep heritage beauty dealer, deep heritage beauty cod, deep heritage beauty color lipstick, deep heritage beauty harga, produk lipstik halal, produk lipstik bumiputera, produk lipstik best, lipstik tukar warna bibir, lipbalm terbaik. best lipbalm, review lipbalm yang bagus



1 comment

On My Instagram