Apa yang best sangat dekat JB tu?

Friday, November 18, 2016
Hello. 

Orang selalu confuse dan tanya .

"Farah, kau ni orang mana?"

Apa benda soalan lah kan? Mestilah aku orang bumi hahahah k lawak hambar =.="

Biasanya orang akan macam confuse sikit lah, menengokkan pada ability aku boleh cakap macam macam dialek. Sekejap kelantan, sekejap pahang, sekejap nogori, kejap kedah . Boleh tune tune pulak bergantung pada dengan siapa aku bercakap .

Jumpa orang kelantan, kecek kelate
Jumpa orang Melaka, hawau hawau kan hahaha

Tahu kah anda? Bahawasanya aku sebenarnya orang Johor? 
Ekceli, takdelah Johor piau pun (pure) . Family aku memang jenis berpindah pindah . Daripada sekolah dulu lagi memang banyak kali bertukar tukar sekolah dah. Penat memang penat. Tapi best, sebab ramai kawan heee .

"Ayah kerja askar ke?"


Teettt! Salah!

Encik Dafri tu engineer . Tapi dia suka lompat lompat kerja, ikut lah offer mana yang dia rasa best . Sampai ke umur 25 tahun ni (lagi 2 hari hehe saje kan nak countdown) , dah beberapa negeri jugak lah aku duduk . Sarawak , Pahang , Selangor , Johor , Melaka .

IC kamek 13 . Hello , ada orang Sarawak kat sini? *lambai tangan .

Aku mula pindah Johor sejak umur 16 tahun . Tambah tolak, macam dah dekat 9 tahun jugak lah duduk Johor tu. Sampai kan kereta kelisa yang mak aku beli sebelum pindah Johor pun dah habis bayar dah haha .

Berbekalkan pengalaman hidup dekat Johor ni yang dah makan bertahun tahun , sisturr nak lah berkongsi dengan awak semua tempat tempat menarik & hotel best dekat Johor Bahru ni . Kalau awak baca entry ni disaat tercari cari info tentang tempat best dekat Johor, iols ucapkan 

"Selamat datanggggg" hewhew .


Hotel apa yang best dekat Johor Bahru ni?


Thistle Hotel ni letaknya di tengah-tengah bandaraya JB . Memang dekat dengan dataran yang orang selalu lepak tengok pemain JDT training tu . Berdekatan dengan Danga Bay jugak . Kalau korang nak kan pengalaman bercuti yang best dan lebih bermakna,  bolehlah cuba menginap semalam dua dekat Thistle Hotel ni . 

Tempat penginapan bertaraf lima bintang ini menyediakan 382 buah bilik termasuk 125 bilik mewah yang menghadap ke Selat Tebrau. Dekat sini juga terdapat bilik mesyuarat dan bilik seminar yang dilengkapi dengan facilities yang serba lengkap. Semua bilik-bilik dekat sini dilengkapi dengan kemudahan access internet (Wifi) percuma, public area, swimming pool, gymnasium, restoran dan juga bar. Hamek, perenggan yang sangat informative haha .

Kalau ada bercadang nak ke Singapore tapi nak stay dekat hotel Johor Bahru, duduk je kat Thistle Hotel ni. Setakat Singapore tu, boleh lambai lambai lagi dari tingkap hotel haha memang dekat sangat dah . Hotel ni menyediakan hospitaliti yang sangat tiptop . Well, ofcos lah kan. Nama pun hotel 5 bintang. Memang sangat mementingkan pelanggan dan layanan dia pulak memang superb!

Untuk menempah bilik hotel pulak , dah tak susah macam dulu. Aku ingat lagi, kalau ayah nak ajak pergi bercuti ke apa .. di paksanya suruh aku telefon dan cakap dengan receptionist tu untuk tanya rate dan book bilik . Berpeluh peluh iols speaking kakakaka . Punya lah susah semata mata nak booking bilik . Tapi sekarang ni, dah senang gila dah . Secara online pun boleh , senang pulak tu!

Aku punya favourite website untuk menempah bilik ofcos lah di TRAVELOKA! https://www.traveloka.com/en-my/ Why? Sebab tak terhad untuk promo hotel dalam negara je, luar negara pun boleh tempah dan ada promosi jugak . Promosi pulak bukannya bermusim , almost everyday pun ada promosi hebat dari TRAVELOKA ni. Senang nak compare harga harga bilik yang ada , dan cara pembayaran pun ada banyak .


Tak limited untuk hotel Thistle je, korang boleh jugak book hotel hotel lain yang ada dekat JB ni. Cuma taip je "JOHOR BAHRU" dekat search box . Nanti, result untuk senarai hotel yang ada dekat JB akan keluar. Boleh lah tengok rate, harga dan accomodation untuk setiap hotel tu. Semuanya dinyatakan dengan lengkap.





Okay, hotel dah ada. Sekarang, nak jalan jalan dekat mana lagi bila ada di JB?


Orkid Valley

Kalau korang pencinta bunga, bolehlah singgah sat ke kebun orkid yang terletak di Kampung Kangkar Pulai. Jarak nak ke sini dalam 30km daripada bandar jb. Terdapat lebih daripada 80 jenis orkid tropika yang ditanam di tanah seluas 40 hektar dekat sini , dan lagi powernyaaa kebun orkid ni merupakan kebun orkid terbesar didunia . Wuuuu menariknya! 

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid 'legend' ni dibina pada tahun 1892 ini dan menjadi masjid negeri Johor. Kedudukannya di atas bukit berhampiran selat Tebrau menjadikan masjid ini tarikan bagi pengunjung selain seni bina dan reka bentuknya yang bercirikan Islam serta unik. Bangunannya terdiri daripada 4 buah anjung dan setiap satunya mempunyai menara kubah yang berbentuk bujur sangkar. (sumber : google hehe)

Danga Bay

Kalau sebut JB je, orang ingat Danga Bay. Danga Bay ni kira macam tempat beriadah untuk keluarga . Ada kedai makan, ada mini funfair .. sesuai lah untuk bersantai dengan family. Elok pulak tu memang menghadap pantai, so memang tenang dan nyaman bila jalan jalan dekat sini. Ingat ye, datang JB singgah sini tau .

Legoland



Taman tema air dan amusement park yang berkonsepkan permainan Lego ini memang femes gila. Rasanya satu Malaysia pun dah tahu pasal Legoland ni . Ia terletak di pinggir bandaraya JB, Nusajaya. Walaupun harga tiket di sini agak mahal tapi bagi aku sendiri, memang berbaloi sebab seronokkk sangat! nak nak lagi bila pergi dengan kawan atau family .

Sanrio Hello Kitty Town

Selain Legoland, Hello Kitty Town ni pun menjadi salah satu tarikan menarik dengan JB ni. Kalau nak bawa anak anak, memang confirm diorang suka dan enjoy. Berkonsepkan karakter kartun terkenal, Hello Kitty, taman teman ini menjanjikan keseronokan yang tidak dapat dilupakan gittew .


Johor Premium Outlet (JPO)

Kalau korang kaki shopping, JPO ni memang wajib wajib wajiblah korang singgah. Diskaun barang barang dekat sini memang bikin gila. Brand yang ada dekat sini pulak semuanya femes femes . Ada Coach, Burberry, Kate Spade, Michael Kors .. perfume & high end cosmetics pun murah murah dekat sini. Johor Premium Outlet ni terletak di Kulaijaya. Kalau masa on the way pergi JB tu dan lalu highway memang boleh nampak JPO dari tepi jalan . Boleh lah singgah masa datang atau time nak balik .

Bazar Karat

Bazar Karat ni kira macam uptown dekat JB ni lah. Tapi pasar ni cuma dibuka pada waktu malam je. Memang meriah. Bukan setakat jual barang barang baru, barangan antik pun ada jual jugak. Best kan?

==================

Dekat JB ni ada banyak sangat tempat menarik sebenarnya. Nak tahu lagi , kena lah datang sini. Cuba spent 3-4 hari dekat sini confirm seronok . Apa apa pun, dah boleh start pilih tarikh nak bercuti dan usha usha hotel di Johor Bahru siap siap dekat TRAVELOKA ni okay? Sambil tu, boleh singgah rumah iols. Iols masakkan sup kambing merah, nak? hehee .

Thanks for reading gais!

traveloka, harga traveloka, review traveloka, traveloka booking bilik, traveloka murah, cara bayar traveloka, traveloka malaysia, bilik murah, bilik hotel murah, website booking hotel, tempah bilik murah, tempah hotel murah, compare harga hotel, hotel murah banding, hotel murah johor bahru, hotel murah melaka, hotel murah jb, hotel murah johor, hotel murah booking, hotel murah traveloka.

2 comments

  1. wow ada jugak tempat menarik ea kat JB... ingat Legoland je best..hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Sup Kambing Merah?? Bila ? Bila ? Jom Jom.. Ehh! Bazar karat JB yg kita pergi aritu pun best gak.. tak puas jalan aritu kann..

    ReplyDelete

On My Instagram