Easy Parcel : Cara mendaftar dan bagaimana ia berfungsi?

Thursday, September 29, 2016
Hello!

Okay sebelum ni aku pernah cerita cerita pasal macam mana nak buka akaun kontrak dengan Poslaju kan? Boleh baca kat sini : http://blog.farahdafri.com/2015/09/cara-buka-akaun-kontrak-poslaju.html .

Dalam entry tu aku ada mention yang deposit untuk pembukaan akaun ialah RM500. Tapi nampak gayanya macam dah jadi RM1000 pulak . So sebagai alternatif untuk korang yang baru berjinak jinak nak bisnes tu, boleh lah gunakan EASYPARCEL .

EASY PARCEL ialah sebuah syarikat yang ala ala macam orang tengah antara client dengan courier company. Maksudnya, easy parcel ni bukan lah sebuah syarikat courier pun. Bukan diorang yang pos kan barang korang. Sebaliknya dia tolong manage kan je, dan jadi perantara antara kita dengan syarikat courier besar besar tu .


EASY PARCEL ni menggunakan sistem prepaid. Maksudnya kita kena topup akaun kita, dan setiap kali pengeposan dibuat , akan tolak directly daripada baki akaun kita.

Masa aku mula mula guna EASYPARCEL dulu, tengah ada promosi flat rate RM5.00 je untuk pos item bawah 1kg seluruh semenanjung. Tapi sekarang dah jadi RM6.00 dah. Mungkin masa tu promosi penganalan kot. Tapi , bagi aku RM6.00 tu masih lagi murah lah. Sebab kalau direct dengan Poslaju, untuk 500gm pertama dah RM5.95 , lepastuu kalau contoh berat barang tu 0.70 kg, harga pos mungkin dah jadi RM6.00+ atau RM7.00+ . So , dekat sini lah kelebihan EASY PARCEL ni .

Korang pun tak gaduh nak beratur dekat POSLAJU tu panjang panjang, sebab dengan EASY PARCEL ni, korang boleh request untuk pickup . 

So, macam mana nak gunakan EASY PARCEL ni? ha meh nak ajar .

Mula mula, korang ke website rasmi EASY PARCEL : http://easyparcel.my/

Lepastuuuu macam biasalah, kena daftar daftar dulu. Boleh create account menggunakan email, atau pun login menggunakan facebook. So, bergantung lah korang selesa macam mana .

Macam aku, aku suka semua benda guna Facebook je. Sebab malas menaip muahahaha .



Okay, sekarang nak ajar korang cara untuk request postage pulak .

Nampak tak kotak warna maroon atas tu? ha, isi kotak tu . Masukkan poskod selengkapnya . Ini berfungsi untuk bagi sistem easyparcel ni dapat estimate berapa kos postage korang nanti . Tapi kalau below 1kg, dan nak pos within semenanjung , konfem konfem RM6 jurrr .

Lagi satu yang menariknya EASY PARCEL ni, dia bekerjasama dengan banyakkkkkkk courier company termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan Nationwide Express. So, korang boleh lah pilih courier mana yang bersesuaian ikut suka kehendak qalbu masing masing . Tapi paling common, guna POSLAJU lah .


Dalam kes ni, aku masukkan poskod untuk poskan barang daripada Selangor, ke Melaka. Bila dah isi isi semua details tu, boleh terus tekan "QUOTE & BOOK" . Lagi satu .... pastikan eh korang declare berat barang tu betul betul  . Jangan lah barang berat 3kg kau tulis 0.8g pulak . Kalau salah, nanti ada additional cost pulak ye. Nak senang, beli lah penimbang satu khas untuk timbang parcel korang kat rumah .



Ini antara senarai courier yang ada . ANTARA eh .. ada lagi bawah bawah tu POSLAJU, AIRPAK semua .. tapi aku malas nak screenshot satu satu kakakakaka . 

Rate tu tulis RM7.80 kan? Tu sebab aku tak login masa buat ni . Nanti kalau dah login dan request pos , korang akan dapat rate RM6.00 tu . Don't worry. Kalau tak dapat gak, kau gi complaint kat facebook dorang eh . Kat sini : https://www.facebook.com/easyParcel.my/ . Tapi makesure dah topup / beli pakej baru boleh dapat flat rate tu .

Nanti dekat bawah bawah sikit, iols cerita pasal PAKEJ dia pulak .




Okay , ni pulak form untuk korang isi details customer.  Pastikan isi selengkapnya ya, dan ALWAYS ALWAYS double check poskod . Sebab kalau salah poskod, barang akan dihantar ke hub yang salah . Sama ada salah pusat atau pun salah negeri teros haha . Kang mula lah kasteme bising "eh saya duk Paya Jaras, dah kenapa bila track barang saya kat Langkawi pulekk?" .


"Kalau saya request pickup , pukul berapa orang courier datang rumah?"

Takde specific masa ya. Diorang akan allocate masa dari pukul 1pm sampai 6pm . So dalam range masa tu juga lah abang courier akan datang ambik . Pastikan ada orang kat rumah lah ye . Sebab diorang ada banyak tempat nak singgah dan collect item pickup. So bertabahlah dan menunggu dengan kesabaran setinggi broga .



Dalam sistem , akan ada semua detail dan rekod pengeposan yang kita buat. Siap tulis lagi status barang tu dah selamat di terima atau pun belum .

Nampak tak ada tracking number dekat column kiri sekali , tulisan biru biru? Okay tu tracking number. Nombor ni lah korang bagi pada customer untuk diorang check status item dorang . Bila click dekat tulisan biru tu, automatik sistem akan paparkan secara detail korang punya shipment status . Macam dekat bawah ni ...



Sangat sangat detail kan? Tak susah susah dah nak copy paste tracking number dan trace dekat website poslaju/skynet etc. Cuma click je dekat link tracking number tu. Senang gila babas alagapasss!



Ini pulak contoh untuk korang tengok baki dalam akaun korang ada berapa , berapa total item dah dipos dan macam macam lagi lah . Boleh tengok ni dekat bahagian 'MY DASHBOARD" . Lepastu, kalau rasa rasa macam baki dalam akaun dah tak banyak , boleh lah topup .

Ada disediakan dua pakej . Pakej VIP dan pakej biasa. Kalau pakej VIP tu memang sembang ribu ribu lah cerita nya . Yang pakej biasa, seperti yang berikut . Serendah RM100 . Campur GST, jadinya RM106 jurrr .


Aku biasanya topup RM100 je haha kedekut gitu . Biar sikit sikit dulu . Kalau korang topup RM500 terus, dapat lah 50 pcs flyers percuma. Flyers tu sejenis plastik untuk bungkus barang. Easyparcel punya flyers comel gila weh, warna pink! Memang comel . Tapi kalau nak, kena ambik pakej RM500 keatas. Kalau bawah daripada tu tak dapat free dan dorang pulak takde jual flyers tu . Sobs .


Comel kan warna pink!


Untuk urusan topup pun mudah, sebab dah tersedia payment gateway. Takdelah nak kena bayar manually masuk maybank2u dah. Tekan tekan je akan terus redirect ke bahagian payment . Mudahh sangat .



--------------------

Kesimpulannya , Easy Parcel ni memang sangat membantu para peniaga yang baru berjinak jinak nak bermula dalam online business. Dapat flat rate, dan dapat pulak privilage boleh request pickup .

Lagi satu nak highlight, kalau korang nak dia pickup , nak senang better place order sehari sebelum nya. Sebab kalau tak, dia akan pickup hari esoknya . Ada cut off time, kalau tak silap pukul 11 pagi kot . Paling lewat request order 11 pagi untuk pihak courier datang collect pada hari yang sama .

Dah, jelas?

Kalau tak jelas .. comment lah kat bawah ni . Nanti kak faa reply k saiyangggg :*


NOTE : Segala maklumat dalam post ni sah pada masa post ni di buat sahaja. Perubahan dari segi harga semasa dan terma dan syarat oleh pihak Easy Parcel mungkin ada untuk masa akan datang


daftar di sini :EASYPARCEL




Related post : easyparcel malaysia, easy parcel, easyparcel murah, cara daftar easy parcel, cara guna easy parcel, easy parcel vs poslaju, poslaju contract, easy parcel mudah, easy parcel daftar, easy parcel flyers, easy parcel senang, cara pickup easy parcel, easy parcel pickup, easy parcel pakej, pakej easy parcel, courier easy parcel, easy parcel courier,  easy parcel lembang klang, easy parcel pakej murah, easy parcel murah, easy parcel mendaftar, easy parcel rm5, easy parcel rm6

156 comments

  1. Salam kak, nak tanya. kalau kita pilih below 500, flyersnye macam mana kite nak beli? Takkan masa dia sampai time tu kita packing? 😂😂Hehe sorry kak, sedang cuba memahami si easy parcel ni😀 Apa apa pun, didahulukan TQ 😍💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      dorang xde sediakan flyers. awk kena bungkus sendiri. dorang datang collect je nnti :)
      utk plastik tu rasanya online seller kt ig ada byk jual plastik poslaju. awk boleh cuba tgok2 kt ig

      Delete
    2. Untuk makluman, sekarang ini easpyparcel ada jual flyers 100 keping dengan harga RM49.00. Boleh rujuk laman web mereka.

      Delete
    3. Baru beli flyers easy parcel size L 100pcs RM49.00. Nak test dulu okay ke tak. Tapi rasenye pakai plastik biasa lagi murah.

      Delete
    4. hehe tpi plastik dia comel kaler pink

      Delete
    5. Salam Farah. Nak tanya. Akak nak pakai easy parcel. Akak nak pilih drop off parcel kat pos laju. Pos laju akak nak pilih pos besar shah alam sek.14. Tapi masalahnya lokasi tu tak de dalam senarai. Tapi kat sek.14 ada easy parcel drop off akak dah survey. Boleh ke akak polih tesco 13, tapi drop off kat sek. 14. Tq

      Delete
    6. Salam Farah. Nak tanya. Akak nak pakai easy parcel. Akak nak pilih drop off parcel kat pos laju. Pos laju akak nak pilih pos besar shah alam sek.14. Tapi masalahnya lokasi tu tak de dalam senarai. Tapi kat sek.14 ada easy parcel drop off akak dah survey. Boleh ke akak polih tesco 13, tapi drop off kat sek. 14. Tq

      Delete
    7. waalaikumsalam.

      bab pilih2 drop off ni tak pasti. sebab farah dah lama x guna easy parcel jd x pasti features dalam website tu mcm mana. Tapi biasanya utk drop off xkisah kat mana mana asalkan memang pusat poslaju. bukan yg macam dalam mall atau yang kecik kecik 3rd party punya poslaju

      Delete
  2. Kan kiya beli plastik bungkus sendiri. Untuk details customer tu kena tulis kat bungkusan tu ke macam mana ?

    Dan macam mana nak tahu dia datang pick up area rumah kita ke tak ?

    Sorry. Baru nak cuba juga😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Izzati!

      macam dekat atas tu kan, ada part kita kena isi details customer? haa nanti details tu system akaun automatik generate kan satu consignment note. consignment note ni kira macam borang poslaju tu. so awak tinggal print je. xyah tulis tangan dah. pastu bila dah print, akan ada 4 borang dalam 2 keping kertas. awak potong jadikan 4 keping. satu keping (salinan pengirim) *boleh tengok ada tulis kat tepi kertas , awak simpan. lagi 3 tu awk kepilkan bersama parcel.

      untuk kawasan tu mybe awak boleh call sendiri poslaju/skynet etc. kalau dorang ada cover area awak, dorang akan boleh buat pickup juga.

      harap membantu :)

      Delete
    2. Sorry nak tanya sikit... So kalau rumah tak ade printer susah lah nak buat nie kan sebab Kena print selepas isi detail customer.. Kalau print dlu kertas tu bile ade nak pos baru isi boleg ke?
      Baru nak berjinak dalam easy parcel.. Tq

      Delete
    3. Yup susah sikit sebab kena print.
      Xleh print dulu. Hanya bila dah isi detail customer baru form tu akan dibuat dan boleh di print. One order at a time. Dia xde print borang kosong

      Delete
  3. jika guna flyer poslaju dan kertas poslaju utk tulis detail customer tkpe ke? And macam mana easy parcel nak bg flyer jika kita topup rm500?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi umi :)
      tak boleh. kena print dri website easyparcel tu. sebab setiap tracking yang di generate tu khas untuk easy parcel sahaja.

      kalau topup tu nnt easy parcel bg flyer by pos

      Delete
    2. Farah, nak tanye la. Kalau kita guna plastik Pos Laju yang kita beli 50 keping size S tu RM3 ++ tu boleh tak eh. Tapi kita hantar gune easy parcel. Tak guna timbang dekat kaunter dah.

      Delete
    3. Boleh je. utk guna easy parcel ni xkisah nk bungkus cmner2 pon. pakai plastik sampah pon boleh haha (fara pnah buat) . lepastu, request pickup dekat website easy parcel mcm yg fara jelaskan kat atas :)

      Delete
  4. Assalamualaikum,kak farah. :)
    maksudnya service easyparcel ni xde kena bayar deposit mcm kontrak poslaju

    1-LOG IN - Daftar kat website easyparcel, lepas dh daftar baru dpt VIP Rate? [Harga]
    2-PREPAID - Topup online memang kena guna kad kredit je ke.? banking online boleh x.?
    3-TEMPOH - Topup tamat tempoh, baki duit akan hangus atau tetap ada selepas topup baru.
    4-CONSIGNMENT NOTE - print kat kertas A4 @ ada kertas khas nya.?

    Maaf kak farah sbb byk sgt yg saya xthu...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam hi :)

      yup xde deposit mcm poslaju. cuma perlu topup kredit dlm akaun sahaja
      topup online ada online banking, xsemestinya card credit shj :)

      credit validity tu tak pasti. tapi rasanya tak hangus. cuma ada tempoh kalau xguna kredit tu, xleh pakai. awk kne topup baru, baru boleh guna semula.

      consignment note HANYA boleh guna yang diorang dah generate online.setiap kali nk pos barang, kena key in detail cstomer pastu print. xleh guna kertas sendiri

      Delete
  5. On demand Pickup kena charge x...kalau pos laju RM5.00...atau harga rm6.00 tu termasuk charge on demand pickup..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ON DEMAND PICKUP kena charge RM5.00 (dulu, sekarang xpasti sebab dah lama). Tu caj utk pickup sahaja. x termasuk harga kos postage

      kalau guna easy parcel, free pickup

      Delete
  6. Kalau kita ambik yg package rm100 tu memang tak dapat flyers eh? kalau tkda macam mana nk dapatkan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat. kena beli sendiri. samada dekat poslaju ataupun seller2 yg ada jual secara online

      Delete
  7. utk package rm500 tu dpt flyers kan? flyers nya dlm ada bubble wrap tak? atau kosong je xde bubble wrap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde bubble. bubble tu poslaju punye prabayr je cmtu.

      Delete
  8. Kalau gne easyparcel without pickup method just hantar to poslaju manually, bleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes boleh. nnt mnx kertas pink dekat pihak poslaju utk serahkan bersama masa drop parcel. form PL9

      Delete
  9. Kalau saya hantar sendiri parcel kat pos laju, saya kena bayar lagi ke kat pos laju? Sebab time kita nk print consignment note tu easy parcel dah tolak kredit kita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takk perlu. just hantar sahaja. credit dah tolak dah

      Delete
  10. salam..lama tak penghantaran dia?bpe lama boleh sampai kat customer eh?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.
    Nak tanya , klau x guna flyer or plastik poslaju boleh ke ?

    Bungkus dengan plastik kita sendiri , pstu yg kita kena print out tu kena salotape di bungkusan kita or kita bgi kat org poslaju yg ambk brg kita ?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum , detail yg prlu d print tu , nanti kepilkn brsama parcel mcm mna ye ? Msukkan dlm parcel skli n salotape ke mcm mna ? Sorry bru nk try , uhu

    ReplyDelete
  13. Assalam,kk macam mana ye kalau kita dh pack barang,dh bayar semua .tp nak cancel pickup sbb ad urgent,xada org kt umah ..kita boleh pos trus ke pos laju x esoknya?/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam puteri, awak boleh anta sendiri ke pejabat pos. bawak semua salinan 4 keping borang dia tu and serahkan kt poslaju. xperlu byr dah sbb dh tolak kredit

      Delete
  14. Salam awak, kita macam lost pulak bab yg nak tulis details kita and customer tu. kita akan bungkus dari rumahkan, then yg kertas untuk isi form tu macam mana ye?

    Then nak tanya, untuk diorang pick up barang kita tuuu, ada minima berapa parcel ke? mcm kalau kita nak post 1 or 2 parcel sahaja boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi baithi

      yes, bungkus dri rumah. ikut arahan dekat atas, masukkan detail customer etc lepastu akan keluar PDF FILE, awk kena print file tu. itu borang poslaju yg dah siap tulis alamat customer. tinggal print dan gunting dan letak je dekat parcel.

      xde minimum. pos 1 pon boleh

      Delete
  15. Replies
    1. Thank you juga sudi ambil masa untuk comment dan baca :)

      Delete
  16. Kak fara klu nk pos ke sabah serawak pun blh ke.ke smnanjung je? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik! Yas boleh juga. Semenanjung dan sabah sarawak. tapi kos pos berbeza ya. boleh tengok web easy parcel untuk senarai caj pos

      Delete
  17. As salam..saya nak tanya..kalau sy nk pos 1 atau 2 barang je dan minta pihak easy parcel ambil barang saya di rumah, saya kena bayar kos utk pos saja atau kos pick up pon kena bayar? Berapa ye kalau kos pick up?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Jasmira
      kalau easy parcel dia akan pickup free. maksudnya nnti akan tolak dari kredit je
      dia dtg cuma collect parcel shj

      Delete
    2. Maksudnya, ada kos pickup jugak ke?

      Delete
  18. Salam. Nak tanya, kertas consignment note dia nak print pakai kertas apa? A4 biasa ke?

    ReplyDelete
  19. Brape rate tuk setiap gram... Ada detail x... Maximum brape kg?

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kak...akk sangat2 membantu org mcm sy...☺☺☺☺

    ReplyDelete
  21. Hi farah. Nak tanya, kalau kita hantar sendiri kat pejabat pos, nnti kita letak mcm kita hantar pos prabayar je ke? Atau kene cakap pape dekat org pejabat pos? Ada salinan untuk pejabat pos sekali x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nufa!

      Awak akan kena isi satu borang ni, warna pink. x ingt plak nama dia apa. nnt kepilkan borang tu bersama dengan salinan yang ketiga (warna biru) . salinan last sekali (warna oren) awak simpan sbgai rujukan.

      Delete
  22. Salam, kak..biase kite post gune poslaju kan dia masuk consignee note tu dlm satu plastics. then kalo gune easypacel kite mcamane? perlu beli plastic tu utk msk consignee note? atau tampal jer kat parcel kite guna glue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      kalau awak guna easy parcel, plastik apa smua awk kena beli sendiri. ramai seller ada jual juga plastik poslaju ni. tapi utk setengah cawangan poslaju, awk boleh dapatkan plastik poket tu secara free. tgok budi bicara dorng jugak lah mcm mana.

      sbb tu sy prefer buka akaun kontrak sbb semua aksesori termasuk borang, plastik, stiker fragile semuanya dibekalkan

      Delete
  23. sis, nak tanya kalau hantar guna skynet, maksudnya kalau drop pun skynet jugak la kan, adakah process dia sama macam pos laju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis azida :)
      untuk easy parcel proses nya semua sama,
      cumanya kalau request skynet, nnt org skynet yang pickup

      tapi, saya sendiri kurang pasti sbb xpnah request skynet

      Delete
  24. Assalamualaikum..kita xnmpk la perkataan print. Kt mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam azzah,
      xsilap mmg xde perkataan print.
      dia akan keluarkan satu file dlm bentuk pdf , nnt sis kena print pdf tu

      Delete
  25. salam sis,,saya nak tanya..ada beberapa soalan yang berlegar2 di pikiran

    1- kalau contohnya sehari kita nk hantar 5 parcel(alamat lain2)..anggaran kg tu kita kena letak untuk 1 parcel ke terus letak untuk 5 parcel?

    2- kalau abg pos nak datang pickup parcel dia akan call kita dulu tak?

    3- kalau ada hari2 yang kita nak hantar sendiri parcel ke pejabat pos macam mana kita nak bagitahu posman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam hi ez :)

      1- kalau contohnya sehari kita nk hantar 5 parcel(alamat lain2)..anggaran kg tu kita kena letak untuk 1 parcel ke terus letak untuk 5 parcel?

      -perlu letak anggaran kg utk setiap barangan

      2- kalau abg pos nak datang pickup parcel dia akan call kita dulu tak?

      - xde call. dorang dtg je dlm range pukul 12 sampai 6 ptg

      3- kalau ada hari2 yang kita nak hantar sendiri parcel ke pejabat pos macam mana kita nak bagitahu posman?

      - kalau nk anta sendiri, bila dh anta tu akan terus msuk sistem. sy sendiri xpasti cr cmne nk inform posmen. sbb biasanya sy g pos terus je

      Delete
  26. kak, bukan ke easy parcel kena print out consignment note sendiri? Dan boleh kita choose size of flyers kalau prepaid rm500?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. easy parcel mmg kne print sendiri.
      flyers dia bg standrd size shj

      Delete
  27. kak bukankah easy parcel kena print out consignment note sendiri?susahlah klau takde printer...

    ReplyDelete
  28. Salam sis farah...sye nk tnye mse first daftar kte akn dpt free credit rm25 kn tp nape sye daftar bln lepas dye tarik dr acc sye ek rm25 smpy skrg sye xgna lg...tgk bln 4 nie dye tarik plk rm25 cmne nk wat spaya dye xjd auto debit ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      oh maaf sy xpasti knpe mcm tu. dah try contct customer servce x?
      sy pon dah lama x gunekan servs ni jd x pasti skrg cmner ia berfgssi

      Delete
  29. salam sis..
    tq for info. sgt berguna pd saya yang noob ni.

    klu kita pilih skynet, cmne wrapping nya?
    brapa cas utk skynet dtg pick up kat rumah?

    mohon pencerahan sbb sy noob sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, alhamdullillah ianya bermanfaat :)

      skynet juga sama,
      kalau guna servs easy parcel, awk kne siap2 pack sendiri brgnye. lepastu submit dlm web easy parcel-- kemudian print consignment note dan tgu posmen pickup

      Delete
  30. Salam, tq tulis review tntg easyparcel. Banyak sangat membantu sis.

    Sis nk tanya, easyparcel kan tk provide flyers, means kita sendiri kena beli kan? Contoh tdi sy baca kat komen2 atas ada yg kata easyparcel ada jual flyers 100 keping rm49+. Then, yg kredit untk easyparcel pun kena topup kan? Contoh keluarkan rm100 untk kredit permulaan. Kalau kira2, seller kene keluarkan rm2+ untk sekeping flyers + kredit topup rm6 (for 16 or lebih customer). Kalau total up kan semua mcm sama je duit keluar untk postage which is rm8 untk sorg customer. Sama mcm beli flyers poslaju yg prepaid kan. Ke sy salah? hehee.. Ni dalam bab harga.. klau service penghantaran maybe easyparcel more terbaik laa sbb buat free pick up kan.


    Lagi satu nak tanya, klau pos ke sabah sarawak pula mcm mna ya? Dpt tak harga rm6 tu? ke ada additional charge? Tq.. harap sis sudi respon 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam
      alhamdulillah :) sama sama

      ya kena beli sendiri.
      agak mahal sbnrnye kalau beli flyers dia. better awk bel dgn seller luar kot, murah sikit.

      utk sbh srwk x dpt hrge tu. caj berbeza mengikut berat.
      dan rasanya easy parcel pon dah x rm6 kot. smua dah mahal :(

      nak alternatf mudah, awk beli je prepaid. lepastu call poslaju on demand pickup.
      caj rm5 utk skali dia dtg collect di rumah

      nk lg mudah, buka contrct poslaju :) tp deposit rm1000 diperlukan

      Delete
    2. Patutnya 1 flyer RM0.49 je la. Bukan RM2.00+ haha
      By right, easy parcel lebih murah sebab flyer RM0.49 + kos pos RM6 = total RM6.49

      Delete
  31. Kak nak tnya klu bkk akaun kontrak poslaju ade dpt flyers free ke skrg tq sgt membantu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi intan,
      yup poslaju kontrak mmg dibekalkan dgn flyers

      Delete
  32. Salam farah ��

    Nak tanya, kalau contoh berat dy dlm 30kg or plus2, adekah nnti dy smpi dy nk ukur bagai, atau dy mmg sama je amount harga dy kt website.. sbap kdg2 kau brg besa, tkot dy ukur, harga jd lain pula ��

    ReplyDelete
  33. Sis lau utk kontrak pos laju plak mcm mn pngiraan dia..sme mcm prepaid jgk ke

    ReplyDelete
  34. jadi nak guna parcel yang mana kalau kita tak topup yang rm500 tu ya? parcel apa nak guna?

    ReplyDelete
  35. Salam....nk tnya...saya baru je buat akaun...dan baru skali nk buat poslaju tu..tp dh 3 hari tunggu poslaju x datang pn pick up....boleh detailkan tak macam mana cara nk buat? Ke saya ada salah isi n x smpai booking ke pos laju? Saya dh buat siap tolak kredit dh yg rm6 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kalau dia x dtg pickup boleh buat complaint pada pihak easy parcel. sebab kredit dah kena tolak

      Delete
    2. Salam... saya nak tnya...saya mahu daftar akaun dengan easy parcel, bahagai mana saya mahu daftar akaun dengan easy parcel..boleh cara online ke?

      Delete
  36. Salam. sy nak tanya. Sy dah lama buat akaun easy parcel, tp masih sangkut kat verification code. Tulis ctu dye akan sms kte, tp sy tunggu2 takde pon sms yg sampai. da klik resend kod pon masih sama. Nak buat macamane tu ye. Ade idea tak. Thanks yunk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      boleh cuba hubungi bhgian customer servce easy parcel utk bantuan :)

      Delete
  37. salam .. nak tanya .. klau rm6 tu for same delivery or next delivery ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslam. Maaf sy x pasti rate terkini berapa. Kne check dgn pihak easy parcel

      Delete
  38. Terima kasih. Saya pun dah start guna easyparcel, so far so good. Murah pulak tu

    ReplyDelete
  39. Assalam kak,
    klu sy guna easy parcel utk pos laju, kena ada ke borang pos laju & lekatkan di parcel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslam.

      Macam dinyatakan diatas, awak kena print sendiri.

      Delete
  40. Asslm kak.. nk tnya, pickup easyparcel 100%free ke atau kena byar upah ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslam.

      Setahu saya pickup free shj. Dh termasuk dalam kos

      Delete
  41. terima kasih u .sgt2 membantu .cik abg kita dah bebel asyik suruh dia poskan brg .kena beli printer lah jawabnya kalau nak guna easyparcel .hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hehe aah cuma dptkn printer shj. Mudahh :)

      Delete
  42. Alhamdulillah..banyak membantu peniaga online kecillll macam saya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Easy parcel mmg mudah, xpayah susah2 g pejabat pos dh

      Delete
  43. Salam Just nak bagi tahu, Review Cik banyak membantu saya dalam pengenalan untuk menggunakan perkhidmatan easy parcel ini. sangat menjimatkan masa saya sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslam. Alhamdulillah yeke? Seronoknyee post sy ni bermanfaat utk awk :) semoga bsnes makin maju ya

      Delete
  44. Salam. Nak tanya, kalau kita guna easyparcel tapi hantar sendiri ke poslaju, cik cakap kena isi borang PL9 di poslaju tu kan, adakah kita kena ada akaun dengan poslaju dulu untuk isi borang tu? apa maklumat yang perlu masa isi borang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslam. Tak perlu. Borang tu boleh mnx je dkt staff poslaju. Ckp nk guna utk easy parcel

      Dkt borang perlu isi no akaun easy parcel, jumlah parcel, alamat awak , tandatangan dan tarikh pos dibuat

      Delete
    2. slm sis, macamana nak tahu no akaun easy parcel tu ye ?

      Delete
    3. slm sis, macamana nak tahu no account easy parcel tu ye?

      Delete
  45. hye. thank you sebab sudi share ilmu. srs sgt membantu and penerangan pun jelas.
    saya ada soalan, tentang komen komen yg saya baca kat bawah. pos prepaid tu apa ye? sorry noob. baru sgt sgt berjinak dgn online business ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fathin!

      Pos prepaid ni sampul prabayar yg dijual di kaunter poslaju. Kne beli dulu dkt kaunter. Bila nk pos brg, cuma tgal masukkan je brg dan isi borang. Tak perlu timbang2 dh. Cuma drop sahaja di kaunter. Tp tu ada limit berat. Kalau melebihi limit kne caj.

      Sampul prepaid ada 2 size yg biasanya available kalau x silap. Size s dan L. Dan sampul utk semenanjung tak sama dgn utk pos ke Sabah Sarawak. Range harga dari rm7-rm13

      Delete
  46. selamat petang sis, nak tanya. sebenarnya parcel itu kne hantar ke post office pada hari ini, tapi tiba je ada hal sikit ( jadi xsempat nk hantar ke poslaju office pada masa yg ditetapkan). jadi boleh sye tahu, yg consignment note tu boleh guna lagi ke ? utk sye hantar pada esok harinya.
    thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, ya masih boleh :)

      Lagipun prepaid/kredit awk dh ditolak dri sistem. Jd boleh guna

      Delete
  47. Salam kak.. Sya nk tnya sbb sya msih confuse.. Kan guna easy parcel..klau sya pos guna skynet tapi guna plastik pos laju boleh ke mcmtu? Maaf ye bertanya..entry akk nie sgt2 membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslam nieysaa

      Boleh2 xde mslh. Yg penting borang awk print tu ada & lengkap

      Delete
  48. Salam..cik puan..nak tanya , kalau guna easy parcel,blh ke ubah2 tempat utk diorg pick up barang yg nak di pos?
    cth kadang di rah sendiri Bangi, kadang di Ampang..mohon pencerahan..tkasih..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslam.

      Kalau x silap sy boleh :) tp kne pastikan tmpt pickup tu mmg poslaju boleh dtg. Sbb ada stgh tmpt poslaju x dtg collect/pickup

      Delete
  49. Salam. ad x no careline easyparcel..sy cari x jmpa. Ssh la nk adukan segala kemusykilan klau xad contact..

    ReplyDelete
  50. Hai sis farah.nk tanya..
    1.knp bila nk masukkn gmbr item tu..asek xdpt ye?die asek tulis..low memory

    2.kene buh invois eh?sy bisnes kecil2an je..mana ada invoice..

    Mohon bantuan..tksh 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :)

      Maaf sy kurang jelas soalan awak ni.
      Saya dah lama x guna easy parcel jadi tak pasti kalau ada update terbaru untuk cara guna dia. Sebaiknya awak contact customer service diorng :)

      Delete
  51. hi farah, nak tanya.. as easy parcel ada free pickup, kenapa ramai yang nak hantar sendiri ye? ke free pickup tu sebab dah tolak caj pickup dari akaun?

    so far, farah rasa ok lagi ke guna easyparcel ni, as farah sendiri pon dah lama x guna.

    nak buat kontrak poslaju macam lagi rumit, sebab ada borang tambahan pl9 tu berbanding easyparcel as stated above.

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dptkn borang pl9 x perlu bukan akaun kontrak. Boleh request je dri staff pos. Ckp nk guna utk easy parcel :)

      Delete
    2. Keseluruhan kos yg ditolak (contoh pos 1 parcel less than 1kg , rm7) dah termsuk caj free pickup. Xde caj tambahan lain dah. Cuma ada yg prefer g pos sendiri sebb kdng2 pickup lambat/ ada stgh tmpt poslaju x msuk kwsn dorng utk pickup. Sbb utk pemegang kontrak poslaju pon tgh tmpt gak sbb ada kwsn poslaju x msuk utk pickup

      Delete
  52. hi farah, tadi taip hilang pulak haha.. nak tanya

    1. why ramai yg suka hantar sendiri sedangkan pickup free? adakah free sebab dah dicaj dari akaun?

    2. so far farah dah lama x guna easy parcel, adakah xbest dah? ada cara lagi mudah ke dari easyparcel?

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :)

      Ramai hantar sendiri sbb easy parcel ada cut off time. Kne print sebelum pukul 11 pagi kalau xsilap dan dorng akan dtg collect dri pukul 12 smpai 6 ptg. Kdng tu org xde kt rumah jd prefer anta sendiri. Dn kalau dah print lepas kul 11 pagi, dorng akan collect the next day. Jadi ada yg nk pos hri yg sama so dorng decide gi drop sendiri di poslaju :)

      Saya x guna easy parcel dah sebab sy dh ada akaun kontrak dgn poslaju. Poslaju dh bekalkan sy flyers percuma (plastik poslaju) dan borang yg dh siap cetak nama sy. Sy cuma perlu tulis details customer dan call utk pickup/drop di kaunter. Cut off time utk kontrak poslaju pukul 3 ptg. Jd sempat lagi utk tmbh2 org customer yg bru bayar utk dpt join postage hr yg sama. Setiap 15hb,akan terima bil. Boleh byr secara online

      Delete
    2. Assalamualaikum sis farah...hye
      nak tanya lah....

      kan kita kena print out cosignmnet note tu kan.....perlu guna ink bewarna ke atau hitam putih pun boleh...tq farah kerana membantu

      Delete
    3. Waalaikumslam hi,
      Hitam putih pon boleh je. Xde mslh. Yg penting tulisan smua jelas :)

      Delete
  53. hye farah...nk tny la
    cosignment note tu kita perlu print kan...kena gun aprinter kaler ke itam putih pun ok

    ReplyDelete
  54. Rs2 klu salah masukn kg boleh edit x ,sbb dh printe td ,bila bc adik punya blog ni seram pulak takut salah kg nya ,tp mmg x sampai 1kg lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dh print xleh edit dh sbb sistem dh take note. As long x jauh beza sgt kg nye xde mslh.. jgn lebih 1kg dah la. If lebih nnt pihak pos call samada dia bebel ckp jgn buat cmni dh, xpon dia terus kire brpe kne caj

      Delete
  55. Nak tanya Easy Parcel ni boleh pickup barang produk sejuk beku ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak. utk sejuk beku sebaiknya dapatkan khidmat cold transportation macam teh citta tu. xpon by bus. kalau guna poslaju x sesuai sbb warehouse dorang panas

      Delete
  56. Nak tanya Easy Parcel ni boleh pickup barang produk sejuk beku ye?

    ReplyDelete
  57. farah, nak tanya..

    masa nk key in order, lps tu kita klik pada bahagian drop off, kita hantar mcm tu je ke or wajib juga isi borang pink ? sb saya dgr ada org ckp hantar mcm tu je spt prabayar tanpa perlu isi borang pink .. betul ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still kena borang pink. Borang pink tu utk keep track barang yang di pos under contract. Easy parcel ni ada contract besar dgn poslaju. Jadi bila nk pos tu wajib letak no akaun easy parcel pada borang pink tu

      kalau nak kepastian sebaiknya rujuk cawangan poslaju. sebab so far poslaju yg sy pergi kena guna borang pink

      Delete
  58. Akak nak tanya no airway bill tu yang mana satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lili,

      Airway bill ialah no tracking.

      Yang ada bawah barcode.

      Contoh start dengan EM
      8283628282MY

      Delete
  59. Sis.. easy parcel ada limit barang tak? Kalau sy nak suruh pos satu barang je boleh ke dia dtg pickup

    ReplyDelete
  60. Dik nak tanya, kalau brg kita besar camne ye? Maksud akk kotak besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau besar, biasanya diorang ukur ikot size. Kira volumetric weight.

      Delete
  61. Nak tanya.. Tracking no tu.. Mmg da skali dia bagi.. Tinggal nak print ke still kene beli conSignment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tracking number ialah nombor yg ada bawah barcode bila kite dh print tu. Xde kena beli lain dah :)

      Delete
  62. Salam kak .. mcm mane kalau x guna bungkusan pos laju tp guna kotak kecil biase ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Boleh. Tapi pastikan awak lekat elok2 borang yang dah print tu pada barang.

      Delete
  63. Salam, saya nak tnya...bagai mana saya mana mahu membukak akaun dengan easy parcel... syarikat kami mahu berdaftar akaun dengan easy parcel...boleh daftar secara online ke atau pon bagi mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Saya dah jelaskan details di post atas :)

      Delete
  64. hi sis, klo drop off, mmg letak mcm prepaid poslaju ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, drop off bergantung cawangan. Ada cawangan ada sediakan kaunter khas untuk drop . Cuma isi borang pink dan bagi parcel.

      Ada setengah cawangan awak kena ambil no giliran dan tunggu mcm guna service poslaju biasa

      Delete
  65. Salam.. Nak tanya pasal timbang parcel.. Parcel kene timbang setiap satu parcel or semua parcel timbang sekali ?

    ReplyDelete
  66. dekat mana nak tengok no akaun easy parcel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ada dekat bahagian atas kiri. Ada nombor yang panjang.

      Delete
  67. hai sis, tq for the info. sangat membantu. sy ada baca comments kata yang easy parcel dah jual flyers 100pcs rm49. which part dekat website dia untuk purchase parcel tu ya?

    ReplyDelete
  68. Hi Farah,

    Terima kasih atas pos kamu tentang EasyParcel dan support =).

    Skrg utk top up RM500 package ke atas, lagi ada percuma extra 10% credit!

    Saya CY dari Easyparcel. Kalau ada apa soalan boleh ws saya 012-5163286.

    ReplyDelete
  69. Salam Farah..
    wahh,hidup betul blog ni..
    setiap komen dibalas satu2..brief explaination..
    Sampai si CY ni pun boleh datang..mcm panel jemputan..
    Congrats and thanks a lot..Sangat2 Membantu.!

    ReplyDelete
  70. Salam kak. Ada tulis & jual ebook ke? Ada beli ebook dekat shopee. Ayat sebijik sebijik copy paste akak punya blog. 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Takde dik. yeke? ish ish apela buat ebook guna penulisan orang lain. x berkat la camtu :(

      Delete
  71. Dah buka web tp tak tahu mcm mana nak beli flyers tu. Blh ajar tak hehe

    ReplyDelete
  72. hi kak..dapat pos pergi luar negara ka?

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum.. selepas kita place order, berapa lama valid?contoh kita place ordet hari ni, dan kita x sempat nk drop off, ada limit masa x untuk kita drop off

    ReplyDelete
  74. salam farah..kalau saya tersalhbkey in dta cust 2 kali..mcm mane nak tolak balik erk..

    ReplyDelete
  75. Kalau kite pkai plsti keasy parcel tp kite drop off kt jnt bole ke?

    ReplyDelete
  76. salam farhan.. boleh guna parcel kosong yang kita beli dari shopee x utk easy parcel ni? ke kena guna parcel easy parcel jgk?

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum Farah.

    Consignment note boleh guna kertas A4 biasa?

    Nilai yang kita topup tu valid sampai bila?

    Liyana Rosli.

    ReplyDelete

On My Instagram