Macam korang semua tahu (ofkos kena tahu, tengah trending sekarang ni ha!) , Pokemon Go dah boleh di install dah dalam phone masing masing. Lamaaaa dah sis dok tunggu pokemon go ni masuk Malaysia. Finally , dah boleh download dekat Android & IOS.
First time guna rasa macam aih bosannya. Mana Pokemon nya takde pun. Jalan keliling rumah, dapat lah jumpa sekor . Pokemon first yang aku dapat tangkap , Bulbasaur . Ada duduk comel comel je hujung katil hehehe . Bila dah dapat sekor, rasa macam tak sabar nak tangkap lagi banyak . Nak tak nak, kena lah keluar rumah. Explore , cari Pokestop berdekatan dan tangkap mana mana Pokemon yang tiba tiba muncul.
Haritu kitorang sempat pergi jalan dekat uptown Shah Alam. Sepanjang dekat situ je, berketul ketul spesis Pokemon kitorang tangkap. Even sepanjang jalan dekat Shah Alam tu pun bersepah jugak . Pokestop pun banyak. Depan pintu Uptown ada, dekat signboard Seksyen 8 pun ada. Syok lah orang Shah Alam hahaha . Katanya dekat Laman Seni pun berlambak jugak . Tengok lah esok esok pergi sana pulak kot .
Agak seronok juga main benda alah ni. Cuma kena sentiasa alert lah , lagi lagi kalau main masa dekat luar . Time dekat Uptown tu, aku dok perhati je , ramai jugak yang main Pokemon Go ni, sampai jalan pun langgar langgar orang hahaha teruk betul . Nak main tu tak salah, tapi main lah dengan berhemah ya. Dengarlah pesanan sisturrr ni hewhew .
Sekarang aku baru je Level 4. Nanti bila dah upgrade Level 5 baru boleh pergi Poke Gym . Wohooo tazzabar nyaa . Berkobau kobau nak jadi Pokemon trainer yang power hahahaha . Thankyou Pokemon kerana menceriakan hari hari saya, LOL :P
4 comments
suami ekin suka game ini.. dalam hp dia xleh support ram... dia guna hp ekin
ReplyDeletehahaha yeke? xpela bagi la can dia release tension sikit :p
Deletewahhh... bestnya dapat main pokemon go.. hihi.. saja blogwalking sambik klik iklan kat sini.:)
ReplyDeletemain sikit sikit jee. bila freetime. hehe kedekut data internet haha
Delete