Wednesday, August 10, 2016

REVIEW : Baby Powder Cologne x DEMETER FRAGRANCE LIBRARY NY


Cuba bagitahu, siapa tak suka bau wangi? Tapi kadang tu bila wangi sangat pun boleh jadi sakit hati hahaha. Paling stress bila terpaksa bau pewangi yang terlampau kuat sampaikan sakit kepala jadinya. Bab bab nak pilih minyak wangi pun boleh jadi sesuatu yang susah. Kalau boleh, dalam pemilihan minyak wangi, I pastikan ianya tak berbau terlalu kuat , tak terlalu menggoda, tak terlalu sweet. Nak bau yang fresh, yang menenangkan, macam bau baby!

And now, I've found one!



Ini serious bau wangiiiii lembut sedappp macam bau bayi. Macam bayi bayi comel lepas mandi, dah dipakaikan bedak dah wangi wangi. Macam tulah bau nya, sebijik!



Yang ni dalam pati cologne. So takdelah bau nya melekat kuat &lama macam EDP but still, dapat buatkan kita berbau segar dan wangi . This cologne reminds me of Johnson & Johnson punya baby powder. Tengok tulisan dia tu pun dah macam tulisan dekat bedak J&J kan?


I dapat ni dalam party bag masa blogger party Beauty Palace Korea haritu ( Click to read more about the event) . Tak sure pula harga berapa, sebab bila tengok dekat dalam their online store, takde pulak . Nanti I cuba recheck balik with them, kalau dah tahu ,  I update dekat sini okay :)


  • Packaging : Dalam bekas kaca, kecik je. Tak besar, so sangat sesuai untuk dibawa travel. I simpan ni dalam handbag . Isipadu 15ml. Taktahu la pulak kalau kalau ada dalam size yang lagi besar.


  • Staying power : Tak tahan lama. Tak macam edp, sekali lalu bau semerbak. Yang ni kalau genyeh hidung dekat baju/ kulit after 3 hours, ada bau lagi . Tapi orang keliling dah tak bau dah. Kalau suka, kena reapply/sembur banyak kali every hours.


  • Fragrance : Bau sebijik macam bedak baby. Sangat menenangkan


  • Overview review : I suka sangat cologne ni. And I rasa, sesuai sangat for those yang ada allergic dengan bau minyak wangi melampau.


  • Repurchase : Yes! tapi tengok harga juga. sebab I taktahu harga. Kalau sesuai dan berbaloi, i'll definitely buy more .



Okay awakk, thats all. Thanks for reading :)


Baby Powder Cologne  DEMETER FRAGRANCE LIBRARY NY , baby powder cologne, demeter fragrance, minyak wangi baby powder, baby powder perfume, demeter korea, demeter perfume korea, demeter perfume NY, demeter fragrance , demeter cologne

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...