EVENT : Beauty Palace Korea Blogger Party

Tuesday, August 9, 2016



Harini hari selasa kan?

Okay, hari Ahad lepas (2 days back *haha ni pun nak bagitahu) I sempat turut sama memeriahkan party blogger bersama Beauty Palace Korea. Event ni berlangsung di Kiaramas Residence, Sri Hartamas. 

Dalam tentatif katanya majlis mula pada 4.00 petang, so by 3 lebih macam tu I dah keluar rumah sebab takut jem. Bila sampai je, kitorang ada isu sikit dengan guard. More to miscommunication sebab tak faham apa dia cakap hahahaha . Dia cakap kitorang tak boleh masuk sebab khas untuk residence je. Bila call Lucy (person in charge) , dia pulak suruh naik je. Ahh sudah, acaner tu .




After a while, baru faham . Rupanya ada satu lagi entrance untuk visitors. Yang awal awal kitorang pergi tu, memang khusus untuk residence je. Hekeleh, cakaplah awal awal kan? Hahaha padahal kitorang yang takfaham dia cakap apa lol .

Kepoh kepoh depan guard house je dah 15 minit. Bila dah sampai dekat tempat event, rupanya ramai yang belum datang . Blablabla ambil gambar semua, last last event mula pukul 5 petang hahahaa . Ekceli macam nak marah pun ada. Kalau tahu start pukul 5, I dah singgah mana mana solat asar dulu. Takdelah kalut macam apa nak pergi event ni . Hish 

Ramai juga blogger yang datang haritu. Ada kot dalam 50 orang . Sampai kerusi pun tak cukup . Event ni sebenarnya diadakan bagi memperkenalkan Beauty Palace Korea ni pada orang ramai. Sebab tak ramai yang tahu. 



Beauty Palace Korea ialah satu online store yang menjual produk skincare dan makeup daripada Korea. Ada macam macam brand yang diorang jual termasuklah Skinfood, Laneige, dan Tosowong. Pendek kata, semua brand femes femes kat Korea tu diorang ada jual .


Masa event haritu, ada juga beberapa lagi wakil daripada syarikat lain yang datang. Ada ATOMY, RENE-CELL & THESSAK jugak. Nama nama ni kita semua kita tak berapa nak familiar sangat, tapi di Korea, ni semua feyymes tau .



ATOMY dan RENE-CELL produk untuk kulit wajah . THESSAK pula fokus hanya untuk penjagaan kaki . Rangkaian produk THESSAK semuanya unik unik.  Ada balm untuk kaki lah, ada cleanser, ada mask , scrub bagai khas untuk kaki je. Memang bagus ada produk macam ni sebab tak ramai daripada kita sedar betapa pentingnya kecantikan kaki . Takkan nak cantikkan muka je tapi kaki bercagu , euwww hahaha .

Haritu juga ada diadakan Lucky Draw, Alhamdulillah I dapat juga tapi hadiah kecik kecik je. Bermula dengan hadiah kecik, lepastu makin besar and makin besar. Hadiah yang utama , dapat skincare produk worth RM600 wohoo syoknya! 


I dapat this small trial kit , YUJA Water Whitening set daripada SkinFood. Anyhow, Thanks Beauty Palace Korea ;) Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk KakFaa hewhew .


Habis je event, bersakan semua selfie dekat luar sebab lighting dan landscape cantik sangat heee . Memang berkeping keping selfie I ambil masa ni , tapi I tempek sekeping dua je hahaha kang korang meluat pulak nak tengok .



That's all guys. Thanks for reading. bye! :)

beauty palace korea qoo10,beauty palace korea malaysia, beauty palace korea jual barang korea, beauty palace korea korean skincare, beauty palace korea cheap skincare, beauty palace korea murah, beauty palace korea kiaramas

7 comments

  1. best tak produk dia..maybe blh try hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk yang mana satu? ada banyakkkkkkk produk dia jual hehee

      Delete
  2. alhamdulillah. rezeki dpt lucky drw. tp ada yg dpt hadiah lag besar hehee

    ReplyDelete
  3. Boleh bagitau saya....area Selangor mana kedai ada menjual produk atomy skincare awak? Minta tolong ni😊

    ReplyDelete
  4. Area Selangor mana kedai ada menjual produk atomy skincare awak.... boleh bagitau saya tak location

    ReplyDelete

On My Instagram