Sunday, August 7, 2016

KATE Powdery Mousse BB Review : Foundation ringan dalam bentuk mousse hasilkan solekan flawless!




Hey guys! So I'm back with another beauty product review this time. Cewahh speaking english persis Youtuber feyymes gitu ekekee. Ekceli,I ada jugak berangan berangan nak jadi youtuber. Buat video dan share pasal beauty products, makeup tutorial , membebel bebel dan macam macam lagi lah. Macam fun kan? Tapi setiap kali buat video , lagi lagi ada my face in it, lagi lagi muka tengah bercakap, terus I delete video tu hahahahahaha why? Sebab gigi I jarang bahagian bawah, so bila bercakap terutama dalam video, nampak obvious gila gigi tu tak allign dan bersepah . Wuuuu malunyaaa . Tunggulah kalau ada rezeki I dapat pakai braces, baru I buat video ekekeke.




Okay, tak nak cerita pasal gigi pun haha but instead, nak cerita tentang new Powdery Mousse BB daripada KATE. Kalau korang rajin masuk SASA, korang akan perasan yang KATE ni diorang punya inhouse brand, sama macam Wet n Wild and some other brands lagi . Disebabkan haritu , foundation yang I selalu pakai, Loreal Truematch ; dah nak habis, so I'm looking for something new to try. Mula mula nak beli Revlon, tapi promoter tu suggest KATE Powdery Mousse BB ni pulak . I mana boleh orang promote promote barang ni, cepat sangat terpengaruh hahahaa . Lagipun, apa salahnya cuba kan? 


Texture mousse ni memang lembut, bila dah bersentuhan dengan kulit akan berubah jadi texture seakan akan powdery. Yang bestnya mousse ni sangat light, dan mudah blend dengan kulit. Jadi takdelah rasa maca bercapuk atau melekit bila apply mousse pada muka. Dan yang bestnya bila dah pakai mousse ni, tak perlu dah nak apply powder, sebab finishing bila dah apply mousse ni dah pun powdery.


KATE Powdery Mousse BB ni didatangkan dalam 2 shades/color je. 

01 Bright Color
02 Natural Color

Promoter tu suggest I guna code 01 sebab dia cakap I putih hewhew terus tengok cermin "putih ke aku?" hahaha . Masa mula mula application, nampak macam "hoi putih gila weh" , agak cerah sikit daripada warna kulit. Tapi after 30 minutes macam tu , dah lama lama akan blend well dengan kulit memberikan hasil kulit kelihatan flawless. fewittt!


Untuk yang kulit agak gelap, tak sesuai dengan 2 code ni. Tapi dengar kata, akan datang KATE akan tambah lagi beberapa shades/color , sesuai untuk semua warna kulit. Wohoooo . Jadi, bersabar lah saiyangg ya .

Okay ini overview review keseluruhan untuk KATE Powder BB Mousse ni . Mudah korang baca bila dalam point macam ni kan?


  • Packaging : Didatangkan dalam bekas kaca. Nak kata berat gila tu, taklah. Cuma kalau nak travel, atau nak bawa dalam beg, mungkin rasa berat & tak convenient sikit . 



  • Coverage : Medium to Full Coverage .


  • Staying power : Most review cakap +- 8 jam. Tapi I selalunya tak percaya tu semua hahaha sebab dusta :p unless korang prep kan kulit elok elok dan pakai primer power gila sebelum makeup, mungkin sampai 12 jam pun elok lagi. But for me, I still perlu bawa compact powder untuk touch up. And lagi satu, bila gosok hidung ke pegang pipi sikit, dia macam mudah tercalit . Tak berapa melekat pada kulit .


  • Texture : Mousse texture yang mudah di blend dan sangattt lembut . Air-like gittew.


  • Scents : Fragrance free. Takda bau wangi wangi


  • Overview : I rasa not bad lah KATE Powdery BB Mousse ni, nak apply pun senang. Boleh guna jari atau sponge. Kalau guna brush macam kurang sesuai sikit . Lagipun , nak apply untuk satu muka tak perlu guna banyak. Cuma calit dan dot dot sikit je. Agak jimat dan boleh pakai lama. Cumanya bila packaging macam ni, rasanya kurang hygienic sikit. Sebab dok calit calit je direct dengan mousse tu. Siapa yang ada hygiene concern, mungkin tak suka packaging produk yang macam ni . Selain daripada tu, tkde masalah kot. I puas hati je dengan BB Mousse ni wwalaupun kadang kadang sakit hati sebab bila terusik pipi sikit, nampak tercalit .


  • Price : Tak ingat tapi kalau tak silap haritu beli below RM40.


  • Rating : 4/5


  • Repurchase : Tak sebab I suka cuba cuba produk lain. Walaupun yang ni best, tapi I tak rasa macam ni dalam kategori my 'holy grail' product lagi .


Okay itu sajaaa :) Thanks for reading guys! Bye :*

KATE powdery mousse BB review,KATE powdery mousse BB malaysia, KATE powdery mousse BB harga. harga KATE powdery mousse BB, best ke KATE powdery mousse BB, testimoni KATE powdery mousse BB, KATE powdery mousse BB coverage, KATE powdery mousse BB SASA, KATE powdery mousse BB texture, KATE powdery mousse BB product review, KATE powdery mousse BB drugstore makeup, KATE powdery mousse BB makeup, KATE powdery mousse BB foundation, drugstore foundation malaysia, foundation best malaysia, foundation murah, KATE powdery mousse BB murah, KATE powdery mousse BB tahan lama, size KATE powdery mousse BB, isipadu KATE powdery mousse BB

5 comments:

  1. Replies
    1. haha kalau rajin nak mekap, paka jelaa

      Delete
  2. pendapat jujur gini i paling suka.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, review mesti jujur kan kak. bru dpt bantu org lain

      Delete
  3. thanks. i mmg teringin nk beli sbb tertgk dkt watson haritu. tp blk rumah dlu cri review org.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...