Tunggakan Bil Poslaju : Dapat surat mahkamah?




Nak dijadikan cerita, beberapa bulan campak kebelakang, aku kurang aktif sikit meniaga online. Kalau ada pun, aku banyak buat dropship je. Jadi urusan pos mengepos tu kurang lah kan. Jadi bila kurang, aku memang tak ambil peduli sangat pasal bil poslaju. Kalau sampai surat bil, aku tak bukak pun ekekeke sebab konfiden sangat kononnya bil tu sikit je

Dan ianya pun berlarutan. Poslaju punya bil biasanya datang 2 kali sebulan. Maksudnya bil tu bahagi dua lah , 1-15hb dengan 16-31hb tiap tiap bulan . Bila dah banyakk banyak sangat sampai , aku jadi makin semak. Bila makin semak, aku makin tak peduli hahaha weh teruk gila kan?


Setelah berbulan bulan ku tak peduli , masa bulan puasa haritu aku mula berniaga balik dan mula nak gunakan semula servis poslaju . Tapi bila aku call untuk request posmen pickup dekat rumah , diorang cakap aku punya akaun dah kena block sebab ada outstanding huhuhuhuhu . Malu pulak bila staff poslaju tu cakap aku ada outstanding , rasa hina sangat macam banyak bebenau hutang aku ni (padahal memang banyak pun) . Disebabkan aku rasa macam "hekeleh berapa sangat je bil tunggak tu sampai nak block akaun aku" , aku pun mula berpaling tadah dan mula guna servis Easy Parcel pulak . Bila dah selesa guna servis Easy Parcel (walaupun leceh) , aku jadi seakan akan lupa tentang bil poslaju yang outstanding tu. Jadinya memang aku buat tak peduli je lah haha kejinya perangai . Dah hutang taknak bayar pulak kekekke.

whatever, cinderella, and disney image

Aku baru plan nak buat buat lupa je, lepastu biar lah dia deduct je duit deposit masa buka akaun dulu tu untuk jelaskan tunggakan yang ada tapi tup tup , aku dapat lagi surat . Kali ni surat special sikit hahaha . Bukan surat hantar bil lagi dah , tapi dapat warning notice terus . Cuak pula bila dia tulis kalau tak jelaskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat tu dikeluarkan , aku akan dikenakan tindakan mahkamah . Bila baca je perkataan MAHKAMAH , aku terus allergik hahaha . cukup cukup lah sekali je aku naik mahkamah pasal kena saman dengan JPJ dulu tu . Tobat tak nak naik mahkamah dah . Dah sah sah nanti kena gi mahkamah yang sama macam haritu, silap silap jumpa hakim yang sama juga . Fuhhh mintak dijauhkan lah . Usah biarkan tragedi berulang kembali hahaha 

Lantas ku dengan terpaksa rela melangsaikan juga outstanding bill poslaju tu . At least, dah kurang satu bebanan hutang aku . Kalau korang nak tahu , jumlah outstanding bil poslaju aku tu RM1012.08 jeee . hahaha 'je' . Tapi tu pun aku macam musykil sebab rasa macam pos barang sikit sikit je . Tapi bila dah kumpul kumpul , tambah tolak tak bayar bil dah berbulan bulan , memang logik lah kan sampai beribu ikikiki . 

Bil poslaju ni jee aku liat bayar. hutang orang ke , sewa rumah ke, bayar kete ke, aku tak liat bayar tauu . Entah apasal nak bayar Poslaju je aku rasa seksa bebenor .

islam, quote, and alhamdulillah image

Moralnya ,  jangan jadi macam aku . Alhamdulillah tak kena naik court . Fuh!


bil poslaju, cara bayar poslaju online, bayar poslaju online, tunggakan bil poslaju, tak bayar bil poslaju kena saman, saman poslaju, saman bil poslaju, bil poslaju tertunggak

2 comments

  1. uiii..banyaknya tunggakan! hehe..selamat perasan dengan perkataan "mahkamah" tu kan? kalau tak perasan, mesti buat tak tahu juga..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete

FOLLOWERS