Premier Clinic : Klinik Aestetik Pilihan Tepat untuk dapatkan rawatan laser wajah!

Tuesday, July 26, 2016
Yang kebiasannya menjadi major concern kepada para wanita ialah Penampilan . Penampilan pulak berkait rapat dengan cara berpakaian , bentuk badan dan rupa wajah .

Tapi selalunya 2 benda penting yang jadi isu sensitif bagi perempuan ofcoslah masalah kulit muka dan kegemukan . Kalau ada salah satu masalah ni , confirm alami kemurungan.

Sekarang ni, dua dua masalah tu datang secara pakej untuk aku hahah (oh kejamnya donia!) Makin hari rasa makin gemuk dan makin berisi . Makin ramai yang tegur. Nak tutup mulut orang mana boleh kan? Takkan dia baru nak tanya "weh farah, apasal ko makin gemmmm...." Pastu terus tekup mulut dia guna gulungan stokin? Kalau mampu buat camni, lama dah aku buat . Dia tak sedar masa dia tanya tu , aku dah jeling jeling spare tyre berlipat dekat perut dia hmmmmm!

Masalah tak berhenti dekat sini je. Bertambah murung bila tiba tiba je kulit muka buat hal . Tak pasal pasal muka mula naik jerawat , bertambah kusam & tona kulit makin tak sekata . Memandangkan masa tu hari raya pun dah makin dekat (aku buat treatment ni sebelum puasa) , aku tak nak ambil risiko beraya dengan kulit bermasalah. Fokuskan pada masalah kulit dulu. Bab double chin, dan lelemak berlebihan pada badan, kita setelkan kemudian ekekeke .


premier clinic ttdi
front desk Premier Clinic


Nak menyelamatkan keadaan daripada jadi makin teruk , I decide untuk ke Premier Clinic dan berjumpa dengan Dr. Kee Yong Seng untuk futher consultation . Orang kata, elok serahkan pada yang pakar gittew . Di Premier Clinic ni terdiri daripada 5 orang doktor pakar dalam bidang aestetik dan dermatologi ni termasuklah Dr. Kee Yong Seng sendiri dan beberapa lagi rakan doktor yang lain iaitu Dr. Aarthi Maria Francis, Dr. Elaine Chong, Dr. Michelle Lai dan Dr. Chen Tai Ho. 




Barisan doktor di Premier Clinic

Skin Toning Laser & Skin Peel Treatment

Sebelum memulakan rawatan, mestilah kena consult dengan doktor dulu tentang masalah yang dialami . Kalau tak consult, macam mana doctor nak tahu kan? Kemudian, doktor akan berikan saranan rawatan apa yang bersesuaian dengan masalah kita tu .

wajah tension dengan masalah kulit hehew
tekun je doctor dengar aku bebel
Macam latihan vocal la pulak ekekeke

Sesi consultation biasanya tak lama pun. Dalam 15 minit macam tu je. Setelah mengadu itu ini pada doktor pasal my major skin concern, Dr. suggest untuk aku buat rawatan Skin Toning Laser Treatment . Aku masa dengar doctor cakap suruh buat laser, rasa macam takut campur excited . Macam macam yang main dalam kepala ni, risau je kalau ada rasa sakit masa treatment tu tapi akhirnya aku decide untuk proceed . Lagipun selalu dengar kulit artis artis cantik sebab buat rawatan laser. Terus berangan nak dapatkan kulit gebu gebas dan mulus ibarat Uqasha Senrose kehkeh .

Sebelum masuk bilik treatment, ambik gambar dulu
Ruang menunggu dalam klinik

Awal awal sebelum laser treatment bermula , beautician akan remove kan dulu makeup , dan cuci muka buat ala ala facial . Nak bagi kulit bebas makeup dan bersih sebagai preparation untuk laser kemudian. Aih kemahin sedap dia urut , memang nak tertidur dah haha . Lepas dah siap cuci muka , beautician mula sapukan numb cream . Numb cream ni bertujuan untuk minima kan rasa ngilu masa buat laser tu . Memang betul kebas muka aku jadinya . Rasa berat je muka , bibir pulak rasa macam bengkak dan besar haha . Nak gelak pun muka jadi kejung je . Dekat 2 jam jugak lah nak bagi kesan numb cream tu betul betul hilang . Sambil drive balik sambil rasa muka keras hehehe .

Hai cik Siti Hawa! :D
Sesi facial sekejap dan remove makeup
wuuu bare face gittew
Apply numb cream. Masa sapu takde rasa apa. lepas few minutes terus kebas muka


Ingatkan treatment ni makan masa berjam jam, rupanya tak sampai 10 minit pun haha. Sekejap je lepastu dah siap. Few minutes lepas sapu numb cream, doctor terus masuk dan on machine untuk laser. Zeett zetttt zettt (bunyi laser) sekejap, lepastu dah habis. Masa treatment tu memang ada bau hangit hangit sikit haha rasa macam bau rambut terbakar pun ada. Tapi jangan risau, nothing serious pun.


Doctor Kee start buat laser treatment
Kesimpulan yang boleh dibuat, rawatan laser ni langsung tak menyakitkan. Rasa ngilu ngilu sikit tu ada lah. Sikittt jee ...So kalau berhasrat nak buat rawatan laser , takyah takut takut lah . Serius tak sakit pun . Rilek makan durian crepe je sambil buat laser tu ahaha . Lagi satu treatment yang Dr,Kee buat ialan Skin Peel atau ada yang panggil Chemical Peeling. Aku buat chemical peel yang mild je.


Apply product untuk chemical peeling pulak. Masa sapu ni rasa pedih sikit

Chemical peel ni fungsi nya untuk merawat masalah kulit kusam sekaligus mencerahkan kulit. Chemical peel yang aku buat ni kira level bawah bawah je, yang mild punya . Jadi after effect dia tak teruk sangat. Ada kawan yang buat chemical peeling yang advanced sikit, memang seminggu kulit dia macam menggelupas dan merah merah . Langsung takboleh pakai makeup . Tapi lepas seminggu tu, terus kulit dia flawless cantik gilee . Ok takpe, next time nak cuba buat chemical peeling yang macam ni pulak .


Siappp . Masa ni belum nampak lagi merah merah and bumps


Dr.Kee haritu siap baik hati bagi bonus tolong buangkan facial hair sekali . Erti kata lain -- tolong buangkan misai aku hahaha thankyou Doctor! Waktu balik, Wani muka muncung merajuk je sebab tak puas hati tengok doctor tu buangkan misai aku hahaha. Wani punya kulit memang jenis cerah jadi bila ada facial hair dekat atas bibir tu nampak ketara sangat walaupun tak banyak. Memang dia stress sangat dengan misai dia tu. Bila selfie je paling dia tak suka kalau misai dia nampak dalam gambar. Alololo nanti kita gi buat treatment hair removal sesama pulak k?

Result selepas treatment


Rawatan laser ni kesannya tak nampak serta merta . Masa lepas habis rawatan tu kulit muka jadi merah merah dan nampak macam ada banyak bumps yang timbul . Aku dah takut masa tu haha tapi ku cuba sabarkan diri dan tunggu untuk tengok kesan nya . Doctor cakap dalam masa 2 minggu boleh nampak results . Tapi aku ambil masa 3-4 minggu untuk berpuas hati dengan kulit muka sendiri haha .


Gambar selepas takde yang HD , tapi gambar selfie ni tak de pakai apps beautify ke apa k . Kesan ketara boleh nampak pada kesekataan warna kulit dan pengurangan bintik hitam . Maksudnya kesan pigmentasi macam jeragat aku pun mula pudar . Wohooo terujanyaa!

Selesai je laser treatment ni, doctor sarankan untuk lebihkan pemakaian sunblock dan elakkan pakai produk yang beracid. Maksudnya macam produk produk yang ada vitamin c, elakkan daripada pakai untuk tempoh seminggu dua. Untuk prevent daripada skin irritation. 

Masa buat treatment ni hari Jumaat, esoknya hari Sabtu tu aku ada photoshoot raya dengan KBBA pulak. Memang makeup tebal sangat. Aku pun dah risau takut kulit tiba tiba irritate ke apa kan, tapi Alhamdulillah tak ada apa apa . Sebab sebelum makeup tu pun aku dah sapu banyak banyak Honey Bee Venom Cream untuk soothes kan kulit dan elakkan daripada sebarang radang. Lepas shoot pulak, terus cepat cepat aku remove makeup. Tak berani nak ambil risiko biarkan makeup tu lama lama. 

Seeloknya kalau dah buat laser treatment ni, elakkan daripada pakai makeup atau put on too much product on your face. Cukup lah dengan few basic skincare routine macam moisturizer dan toner. Lepastu jangan lupa gunakan sunblock juga. Kalau nak makeup pun, seeloknya pakai BB Cream atau tinted moisturizer je. Jangan ikut macam aku pulak, pergi bantai pakai foundation 9 inci hahahaha .

Sebenarnya ada macam macam lagi service dan treatment dekat Premier Clinic ni . Tapi terhad pada treatment menggunakan mesin jelah . Yang surgery takde dekat sini . Jangan kau datang tetiba cakap nak amik lemak perut letak dekat tuuuutt pulak . Kat sini takde buat ye hehee .


Antara rawatan yang disediakan di Premier Clinic ni termasuklah :


Fat/Weight Loss - rawatan pelansingan badan
Active/Acne Scars - rawatan untuk kulit bermasalah jerawat dan parut jerawat
Pigmentation/Age spot - rawatan anti penuaan dan pigmentasi
Pores and Texture - rawatan tekstur kulit dan liang pori
Wrinkles and fine line - rawatan masalah kedutan wajah
Facial Sculpting/Contouring - rawatan pembentukan wajah
Birthmark - rawatan membuang tanda lahir
Permanent hair removal - rawatan pembuangan bulu pada badan dan wajah


Untuk full list service yang ditawarkan oleh Premier Clinic , tengok dekat sini ya : http://premier-clinic.com/our-services/

Nak putihkan kulit, nak buang tanda lahir, buang tatoo, hilangkan selulit dan macam macam lagi lah. Pendek kata, apa saja masalah korang berkaitan dengan kulit wajah ataupun badan insyaAllah boleh dapatkan rawatan di Premier Clinic ni.

Cawangan Premier Clinic ni ada dua . Yang aku pergi ni dekat TTDI . Lagi satu cawangan pula di Bangsar. 

Premier Clinic (TTDI)
31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.
Phone :+60-12-662 5552
Fax :+603-7732 8201

Premier Clinic (Bangsar)
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur.
Phone :+60-12-662 5552
Fax :+603-2282 1120



kalau rasa rasa macam nak dapatkan kulit cantik bebas masalah , boleh cepat cepat call Premier Clinic dan buat appoinment untuk dapatkan rawatan . Untuk kos rawatan pulak bergantung pada jenis rawatan yang korang nak . Iols pun tak gheti nak letak harga dekat sini sebab takut salah . So seeloknya korang call dan minta quotation okay? Boleh terus ke mana mana cawangan klinik ni untuk dapatkan sesi consultation secara percuma*

*tertakluk kepada terma dan syarat


Thank you Premier Clinic & Dr. Kee!


premier clinic ttdi, premier clinic bangsar, premier clinic aesthetic, laser treatment premier clinic, premier clinic laser, harga rawatan laser, harga rawatan laser premier clinic, laser treatment premier clinic, skin peel premier clinic, chemical peel premier clinic buang keloid, keloid removal, buang tatu, remove tattoo, aesthetic clinic kl, aesthetic clinic selangor, skin whitening, skin injection, beauty injection, skin treatment, weight loss treatment, fat treatment, liposuction, botox treatment, clinic botox, klinik buat botox, premier clinic ttdi address, premier clinic dr kee, premier clinic phone , premier clinic price, premier clinic price range, premier clinic price rate, premier clinic consultation, premier clinic klinik, klinik buat rawatan laser, eyebag treatment, premier clinic staff, premier clinic location, premier clinic for facial treatment, dermatologist kl, premier clinic buang double chin, premier clinic buang tahi lalat, premier clinic buang tanda lahir,premier clinic buang selulit, premier clinic buang stretch mark, premier clinic eye bag treatment, premier clinic hair removal,premier clinic wrinkles, premier clinic fine lines

7 comments

  1. I would be appreciating all of your articles and blogs because they are fitting up mark.Laser Hair Removal Devices Review

    ReplyDelete
  2. *Boleh terus ke mana mana cawangan klinik ni untuk dapatkan sesi consultation secara percuma* serius ke consultant free?sbb ingat nk try tye dulu kt klinik tu kos rawatan utk sy

    ReplyDelete
  3. ts a great pleasure reading your post.Its full of information I am looking for and I love to post a comment that "The content of your post is awesome" Great work. Click here

    ReplyDelete
  4. There is a great demand from both men and women for a hair removal method that is convenient, economical, as painless as possible, and kind to the skin. 除毛

    ReplyDelete

On My Instagram