Maybelline Color Sensational Lip Color : 2 Warna Feveret terbaru!

Friday, July 29, 2016

Lately rasa macam boring tengok muka sendiri ahaha boleh pulak boring boring tengok muka sendiri kan? Pandang cermin cakap " Eii boring nya tengok kauu" boleh camtu? ahaks.

Rasa muka ni macam kusam kurang seri gitu . Walaupun dah letak blusher merah meriah , highlighter berkilat umpama kilauan permata -- tapi wajah tetap kelihatan kusam, gittew .

Setelah diamati, apa yang buatkan muka aku ni kelihatan kusam ialah disebabkan oleh bibir yang nampak pucat . Aku memang ada masalah bibir kering tahap kronik . Macam macam jenis lipbalm dah cuba tapi tak jumpa jugak yang boleh selesaikan masalah bibir kering aku ni . Kalau pakai lipstick sekejap je dah color dia hilang & nampak pucat muka . Lagipun balik balik kalau pakai lipstick mesti asyik warna merah , dengan orange je. Nak pakai warna pink rasa macam tak berani je .

Tapi kebetulan baru ni jalan jalan dekat guardian tengok ada promotion untuk lisetik maybelline -- terus rasa macam nak beli sebatang dua . Dok cuba cuba warna merah dengan peach peach lepastu marah diri sendiri "kau ni takde warna lain ke nak beli? Bosan gila woi asyik color ni je" .

Terus kumpulkan semangat (cewah) untuk nak cuba lipstick warna pink pulak . Nak pilih warna pun sampai lenguh lutut aku cangkung dekat depan rak tu . Promoter pun pandang panas je sampai ke siku aku calit lipstick tu. Pink punya code ada dekat 12 jenis pink . Complicated nya jadi seorang wanita ekekeke . 

Setelah penuh satu tangan aku calit lipstick untuk testing , aku decide untuk beli dua warna ni . Satu kaler pink mak aih , satu lagi pink ayu ayu raudhah .



Bila dah cuba pakai dekat rumah , aku dapati kalau aku pakai warna soft pink ni muka aku kelihatan pondan hahahaah jadi untuk tone down kan sikit kepondanan tu , aku gabungkan dengan color vivid pink . ce tengok gambar aku pakai ni , cantik tak?


Jeles lah tengok orang yang boleh pakai lipstick warna pink yang lembut gila tu & warna warna nude.Tone warna kulit aku tak sesuai pakai lipstick warna warna macam tu. Serious nampak macam pondan . Pondan pakai pun lagi lawa daripada aku hahaha hina nya .



so far aku rasa puas hati jugak dengan kualiti lipstick maybelline ni . Warna dia lawa elok . Walaupun bibir aku kering tapi still aku rasa lipstick ni takdelah mengeringkan sangat macam lipstick matte yang lain . Ada yang cakap cap Wet n Wild punya lipstick matte agak moisturizing jugak . Ha nanti nak cuba beli lah tengok macam mana . Semalam tengok dekat Sasa dalam RM23.90  macam tu . Daripada beli MAC sebatang, boleh dapat 3! Haha cheapskate sangat pemikiran aku ni kekeke .


Okay sekian entry aku bebel pasal lipstik . Nanti aku beli lipstik baru lagi, aku share dengan korang eh? Bye!

Maybelline Color Sensational Lip Color malaysia, Maybelline Color Sensational Lip Color harga, Maybelline Color Sensational Lip Color cantik, Maybelline Color Sensational Lip Color review, Maybelline Color Sensational Lip Color best, maybelline lipstick, maybelline lip color, maybelline pink lipstick, maybelline lip product, maybelline lip color lipstick

2 comments

On My Instagram