BIKA Milk Biscuit padat dengan vitamin dan mineral

Friday, July 15, 2016


Bila dah makin dewasa ni (baca : tua) , kadang kadang tiba tiba rasa macam 'eh eh rindu lah nak makan jajan masa kecik tu' 'eh eh rindulah nak main din dang' 'eh eh teringin nak makan keropok durian' .

Benda benda nostalgia zaman kekanak dulu dah susah nak jumpa. Kadang tu ternampak dekat kedai runcit kat kawasan kampung kampung aihh mengimbau kenangan saat masih terkencing dalam seluar ikikiki .


Mekasih BIKA bagi kita biskut berbondong bondong untuk dibawa pulang xD

Bila dapat tahu BIKA , jajan favourite dulu dah mula ada rangkaian produk biskut , rasa happy gila! Sebab aku lah antara kanak kanak yang terlampau setia dengan jajan dan keropok keluaran BIKA , lagi lagi yang keropok ayam tuu . BIKA, kite peminat awak tauu :P






BIKA Milk Biscuit


Biskut susu memang sedap dimakan sambil cicah dengan air teh . Rendam lama lama sampai hancur terapung lepastu minum teh bersama serdak biskut yang dah lemau hahaha . Itu dia cara nikmati biskut masa dolu dolu . Tapi sekarang kan era globalisasi hipster , kena lah ubah biskut susu celup ice cappuccino latte with caramel drizzle on top served with delicious chocolate hazelnut icecream -- begitu kaedahnye haha .




Lepasni bila rasa rushing nak kemana mana , dah takde alasan untuk terlupa makan . Sumbat je satu paket BIKA milk biscuit dalam bag dan boleh on the go je . Yang buatkan biskut ni lagi best -- biskut ni padat dengan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh kita untuk kekal cergas dan bertenaga termasuklah vitamin D3, E, B6 , Iron, Calcium, Zinc dan Niacin . Wohoo! Memang sesuai dinikmati seisi keluarga. Tapi ini bukanlah alasan untuk ko makan 15 paket satu hari . Nanti dapat penyakit lain pulak haha . Makan lah dengan berpada . Sepaket sehari pun dah okay . Jangan gelojoh sangat walaupun biskut ni memang diakui sedap yakmat!




Terima kasih BIKA sudi jemput iols bersama adik untuk majlis berbuka puasa . Kemain lagi kita ada ifthor party k -- venue pulak kemain best . Kalau korang ada di jb atau nak ke jb boleh singgah ke CHIC PAVO . Butik yang berkonsep siap ada cafe sekali . Butik dibahagian bawah, cafe pulak dekat tingkat atas. Decoration semuanya cantik dan cozy . Tapi haritu tak sempat nak telek telek apa yang ada jual dekat bawah . Tapi jeling daripada atas pun dah boleh agak semua barang barang best ada dekat situ .



Wani yang masa mula mula sombong sangat taknak ikut teman , balik tersengih sengih happy sebab dia menang cash lucky draw . Hah dapatlah RM50 , boleh tolong belanja kakak dia yang super cun ni :P

Overall , thankyou so much BIKA & Chic Pavo sudi jemput kami . InsyaAllah ada rezeki next time jemput lagi hewhew (sambil ngap sekeping lagi BIKA Milk Biscuit)

P/s : BIKA milk biscuit dah mula dilancarkan dan dah dipasarkan tauu . So dah boleh pergi usha kedai Pak Man depan rumah kot kot ada jual k?


bika milk biscuit, biskut susu bika, harga biskut susu bika, bika company, syarikat bika, kilang bika, bika food range, bika biskut, biskut bika, biskut bika sedap, bika milk biscuit, #BIKAMILKBISCUIT

1 comment

  1. Amazon Baby Store discount 50%
    https://www.amazon.com//ref=as_li_ss_tl?ie=UTF8&linkCode=ll2&tag=amstore06-20&linkId=6daa5f62dcb54fe1ed8dbefed3a61997

    ReplyDelete

On My Instagram