BEAUTY : Ido's Clinic Magic Water Review

Friday, July 1, 2016

Hi.

Eh macam tak percaya kan lagi beberapa hari je lagi dah nak raya . Persiapan raya banyak tak settle lagi . Baju raya pun tak sempat nak pergi cari lagi . Ate busy bebenor gayanya Farah ye? kikiki .

Nak keluar pergi shopping pun fikir banyak kali sebab kebiasanya kalau nak cari baju baju raya ni seronok pergi dekat bazaar bazaar , pilihan pun banyak . Lagipun boleh lah main tawar tawar harga . Well, iols kan cheapskate. Seboleh boleh nak yang murah jee ekekeke . Kalau beli dekat mall tu hmmph mampuih takde nya dia nak kasi kurang . Tapi masalahnya bila nak ke bazar bazar camtu , tak tertahannya nak meredah panas sebab kebanyakkannya dibuat outdoor . Dah la cuaca sekarang pun panas lain macam kan? 

Kalau nak keluar rumah sekarang ni memang kena pastikan perlindungan untuk kulit dititik beratkan. Why? Sebab diluar, kulit kita terdedah dengan pelbagai ancaman punca kerosakan kulit . Macam sinaran UV , debu , kotoran dan asap daripada kenderaan . Sebabkan benda benda ni lah buatkan kulit kita kusam dan berminyak . Bila dah berminyak tu mula la jemput masalah jerawat pulak , sekali pakej dengan pigmentasi sekali . Aih complicated nya nak dapatkan kulit mulus dan jelita! 

So sekarang ni , bila setiap kali keluar rumah iols akan pastikan dua benda ni wajib dipakai dan diusung bersama :





Magic Water & Sunblock by IDO's Clinic!


Paling paling penting korang kena setting dalam kepala ialah , setiap kali nak keluar rumah - WAJIB pakai sunblock . Korang serius taknak ambil risiko untuk biarkan kulit korang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari . Please please dengar cakap ahkak , memang dari mata kasar tak nampak yang kulit korang tu rosak . Tapi kalau check guna alat untuk analyse kulit tu, boleh fengsan tengok betapa punah ranahnya skin korang yang dah dimamah cahaya mentari tu . Sebabkan rosak dek UV ni lah kulit mula timbul jeragat dan bintik hitam . Uuuu ...... nightmare nya! kesan daripada terdedah berlebihan pada sinaran UV ni juga boleh menyebabkan kanser kulit . Uuuuu ..... scary nya! So untuk mencegah, seeloknya mulakan penggunaan sunblock dari sekarang!

Ada banyak sebab untuk mencintai SunBlock daripada Ido's clinic ni , antaranya ialah ia didatangkan dalam bentuk spray . Jadi tak ada lah risiko terpicit sunblock tanpa sengaja dan habis tumpah dalam beg. Lagipun dalam bentuk aerosol spray macam ni lagi praktikal bila nak appy. Cuma spray dan ratakan je. Senangnya! Lengkap dengan SPF30 , dah cukup untuk bagi perlindungan selama 300 minit/5 jam untuk setiap application. Lepas 5 jam, boleh reapply semula . Texture sunblock ni pulak tak melekit dan mudah sangat resap ke kulit . Wow! I bagi 5 bintang!



Keduanya, memang dah terbiasa dan suka suka suka usung Magic Water ni kemana mana . Sampai penuh dan sendat bag . Hilmi pun dah bising menengokkan betapa gigihnya aku bawa Magic Water ni kemana mana. Hm sibuk je!

Magic water ni sejenis face mist yang mempunyai banyak fungsi. Bukan nya setakat air paip diisi dalam botol ya, hewhew . 

  • Magic water is free from Paraben, SLS, artificial coloring and fragrances. Magic water is safe to consume inside our body.
  • Magic water is natural botanical enzymes and nano-peptides. The water molecular of nano size that freely penetrates through cell membrane. 
  • Stimulate the opening or cell channels, thus, increase the absorption of nutrients.


Ianya selamat dan bebas daripada bahan kimia merbahaya yang digeruni semua orang. Tak ada Paraben, tak ada SLS dan tak ada pewarna tiruan . Jadi boleh spray spray ke wajah dengan yakin dan gembiranya tanpa adududu sakit kepala memikirkan risiko terkandung kimia berbahaya . 

Blogger Party di Ido's Clinic, Setia Walk

Disebabkan partikal Magic Water ni bersaiz nano, ia mampu menembus kedalam lapisan kulit kita dan bantu memudahkan pembukaan sel bagi meningkatkan kadar serapan nutrient untuk kulit . Wah saintifiknya penerangan aku kali ni. *betul betulkan spek*

Long story short , magic water ni bukan nya setakat sembur sembur untuk basahkan muka je , tapi bantu bekalkan kelembapan dan nutrient yang kulit kita perlukan

Kesan penggunaan Magic Water


Ekceli, tak ada restriction pun bila boleh korang gunakan Magic Water ni. Rasa nak sembur, sembur je. Aku suka spray sebelum dan selepas makeup. Tujuan spray sebelum makeup untuk bekalkan kelembapan kulit, dan spray lepas makeup pula ala ala untuk set kan makeup tu supaya tahan lebih lama .


Walaupun Magic Water ni takdelah mampu nak hold makeup korang tu lama lama, tapi tetap bantu buatkan makeup tu tahan lebih lama kalau nak dibandingkan tak spray langsung . Kalau nak betul betul hold makeup untuk tempoh lama, ofcos lah kena apply primer , dan better pilih fixing spray yang mahai mahai sikit. Overall , Magic Water ni pun dah boleh dikategorikan power untuk kebolehan nya yang pelbagai . *tepuk tangan*

Ada yang claim Magic Water ni berupaya untuk kecilkan pori juga tapi aku tak nampak lagi kesan tu. Mungkin sebab pori aku tu besau benau, kena spray 15 botol baru mampu untuk mengecil kot hihi . Tapi cukuplah dengan fungsi untuk bagi skin rasa fresh dan moisture , bantuan kawalan minyak pada bahagian T-zone dan bantu buatkan makeup tahan lebih lama -- buatkan iols jatuh cinta dengan Magic Water ni ;)

Untuk mendapatkan Magic Water ni , korang boleh lah isi form ni https://plus.google.com/u/0/+BettyLiewsiawfan/posts/e1mk8zZ8x7A  ataupun beli secara online di http://onlineskincare.apex.sg/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=507  . Harga sebotol Magic Water (210ml) ialah RM89.90 buat masa terhad ni, tengah ada promosi ni awak. Harga asal ialah RM128. Hui betapa banyaknya penjimatan disituuuu . Dapat pula sebotol lagi Magic Water bersaiz 60ml secara PERCUMA!


Untuk maklumat lanjut , boleh ke facebook page Ido's Clinic https://www.facebook.com/mywecomed/ . Kalau ada soalan , boleh lah terus tanya dekat sana je. Jangan komen PM PM pulak eh, ketuk kang! 



 ido's clinic, ido's clinic setiawalk, ido's clinic magic water, wecomed magic water review, wecomed magic water price, harga magic water wecomed, harga magic water, magic water wecomed harga, magic water wecomed review








1 comment

  1. wahh..kite pun dah try guna magic water ni..best..sejuk je lepas guna ni..

    ReplyDelete

On My Instagram