Lesson Learned | Wanita Perlu Lebih Tahu Pasal Kereta


(Nota :  Entry kejadian semalam)

Hi .

Harini aku berpuasa sunat . Well, ekceli puasa ganti lah . Biasalah gegadis saat penghujung ramadhan ni memang giat buat amalan berpuasa kihkih .

Aku taknak cerita pun sangat pasal aku berpuasa , sebab siapa siapa puasa pun benda common lah - rasa letih , rasa tak bermaya dan lapar .

Cerita aku harini lebih dramatik . Disebabkan Allah sayangkan aku , dia bagi ujian extra sikit . Saat aku berpuasa dan dahaga campur pula aku tengah batuk teruk dan amat amat perlukan air , memang cenderung untuk rasa cranky & nak ngamuk je  ... Ha Allah tambah lagi bagi aku ujian .. Ujian apa?


.

.

.

.








Tadaaaaa ... Ujian kereta tak boleh start hahaha . Aku punya sawan pelupa tu datang malam tadi and aku lupa nak tutup lampu dalam kereta . Makanya bila nak start tadi memang tak dapat lah kan , dah bateri kong . Yang jadi harunya aku dah lambat nak pergi event Magic Water Blogger Party di Puchong (yang ni kita cite kendian)

Nak minta tolong sape pun taktahu sebab kalau AyahSu ada , dia boleh tolong jump start kan (aku stay rumah MakSu minggu ni) . Call AyahSu , dia cakap dalam Hilux ada cable jumper . Well okay . Masalahnya Hilux tu dekat luar pagar dan kereta aku dalam pagar . Maksudnya aku kena bawa masuk Hilux tu dulu lah baru boleh . Hm mencabar ni .

So berbekalkan keazaman serta semangat yakin boleh , aku rasa "okay lah nak cuba bawa masuk Hilux dalam pagar"

The moment aku bukak je pintu driver , I was like 


 "Ohhhh myyy" KERETA MANUALLLLLL!!!



Hahahahahaaha matilah nak . Mana aku ghetiii . Viva boleh la weh bawak manual . Ni Hilux kot . Satu punya besar dah macam bawa lori ceritanya . Dah la nak masuk parking dalam pagar tu macam berbukit sikit . Silap silap langgar tembok je . 


Wuwuwu . Masa ni aku mulai kesali akan kekurangan upaya aku nak bawa kereta manual . Rasa hina sehina hinanya . Sobs .


Alhamdulillah Abang Yo (sepupu) kebetulan ada berdekatan , dan kebetulan dia tengah lunch break . So sempat lah dia datang sekejap dan tolong jump start kan . Itu pun mencabar juga nak masukkan Hilux tu dalam rumah . Sebab memang sempit sangat ruang yang ada . Kalau aku yang bawa agaknya langgar kereta sendiri kot kehkeh .

Dah lepas jump start tu terus aku ke bengkel . Taknak lah ambik risiko takut kereta mampus tengah jalan . Walaupun abang Yo suggest bawa sekali cable jumper tu tapi takpela tukar jela bateri baru . 

So , selamat tinggal duit job yang baru je lalu masuk dalam akaun semalam hahaha . Mungkin ada lah tu kurang kat mana mana . Allah saja nak tarik sikit . Mungkin aku kurang sedekah ke kan . InsyaAllah ada lagi rezeki akan datang .

Pengajaran dan pelajaran yang diperoleh ialah :


  • Pastikan lampu semuanya ditutup saat meninggalkan kereta
  • Belajar cara untuk jump start kan kereta
  • Keluar rumah 2 jam awal kalau ada event (if ada emergency takdelah kalut sangat)
  • Kenalpasti kat mana nak kena tekan / tarik untuk buka hood depan kereta
  • Jangan tahu bawak kete je woi belajar lah sikit nak buat apa kalau jadi cmni!
  • BELAJAR BAWAK KETE MANUAL!


K sekian laporan harini ini . Babai



6 comments

  1. Siqah failed kalau bab kereta. Kereta tak boleh start pernah 2 kali hadapi di tempat kerja. Terus call ayah lah nampaknya. Hii. Berhenti tengah jalan pun pernah. Haih, macam2 lah. Hii.

    Selamat habis ganti puasa awak! Selamat berpuasa juga, lagi 2 hari :)

    ReplyDelete
  2. hehe..alahai kesiannya farah..tapi kn klu kite pun tak tau pape gak pasal kete..memang lost terus..hahaha

    ReplyDelete
  3. Baca tajuk pun mummy dah agree.. wanita patut lebih tahu pasal kete.. takdelahh berkulat-kulat bila kete buat hal., kannnn

    ReplyDelete
  4. Mehh sini belajaq manual pakai kete mummy.. asal jgn langgaq tiang letrik sudah., kikiki :p

    ReplyDelete
  5. yes, orang perempuan memang kena tahu bab kereta ni even benda tu basic je

    ReplyDelete
  6. TAKPE ADE REZEKI LAIN YANG MENANTI..ASLKAN KERETA DAN OWNER OK JE..PERGI EVENT DENGAN SENNAG HATI

    ReplyDelete

FOLLOWERS