Syabas MBO Melaka Mall | Isu tandas, resolved!

Friday, May 20, 2016
Hi,

Setiap kali aku rasa macam nak tengok wayang, aku suka pilih untuk ke MBO yang terletak di Melaka Mall. Bukan nya taknak pergi GSC ke apa, tapi sebab MBO lebih dekat dengan rumah. So kalau nak tengok wayang tu, sempatlah solat and makan makan dulu dekat rumah. Takdelah terkejar kejar kan masa tayangan. Kebiasaannya aku suka tengok wayang waktu malam. Lepas lepas solat isya' macam tu. Masuk je Isya, aku akan terus solat. Dalam pukul 8.50 malam dah boleh ke Melaka Mall. Jarak mall tu dengan rumah aku tak sampai 10 minit pun. Memang dekat gila ceritanya . So bila dah letih letih otak lepas tengok cerita yang complicated , balik boleh terus tidur sebab dah solat siap siap. Kan syok solat awal waktu!


Memang tak dinafikan MBO ni banyak kurangnya. Terletak pula dekat Melaka Mall yang dah oldschool habis. Lift dia menakutkan, basement dia lagi scary. Pernah aku pergi tengok wayang lepastu masa nak balik tertekan 'B' instead of 'G'. Hoi seram weh sampai sampai basement takde lampu pula tu. Amende ni? Nasib lah takde orang ke bukan orang ke yang tiba tiba muncul depan lift tu. Kalau tak, time tu juga aku bukak youtube pasang Yasin (macam lah sempat haha)

Oklah tak kisahlah kalau mall tu macam nak roboh pun, yang penting aku suka ke MBO ni sebab

  • 1. Dekat dengan rumah
  • 2. Urusan nak beli tiket mudah (melalui online) dan nak collect ticket pun mudah (Sebab tak ramai beratur LOL)
  • 3. Tiket murah gilee. Kalau hari rabu tu baru RM7. Biasanya aku qada kan cerita cerita yang aku nak tengok , dah release khamis minggu lepas dan tengok pada rabu minggu berikutnya


Despite kerusi dia punya elevation macam tak uniform je for certain hall (kerusi dia macam tak cukup tinggi atau dia punya ketinggian antara satu level kerusi dengan level lain tak cukup tinggi, so kalau ada orang tinggi sikit depan kita memang mengganggu dan for certain hall duduk macam terperosok dan kena mendongak sikit walaupun ambil seat row atas) , aku tetap kesini juga berpandukan 3 sebab di atas. 


Tapi out of everything yang aku boleh sabarkan, ada satu isu yang setiap kali datang setiap kali tu buatkan aku membebel.




TANDAS!





Tandas dia menakutkan , dan kotor. Tapi normal la toilet kotor biasanya memang menakutkan kan? Lagi benci bila jalan menghala ke toilet di tampalnya poster cerita seram, what the? Toilet pulak terpencil sikit. Aku dah la penakot woi.



Dengan tak boleh flush
lampu cuma ada 2 yang hidup, 1 tu berkelip kelip
Ceiling pulak lompong boleh nampak atas




Oh my oh my, horror gila ok?





Memang setiap kali datang MBO, setiap kali tu nak terkencing, setiap kali tu pergi toilet, setiap kali tu aku merengus . Eh penat lah ulang ulang hahaha . asal MBO je nak terkencing, asal nak terkencing je masa dekat MBO. Demmit!

Tetapi, kunjungan aku hari rabu lepas buatkan aku TERUJAA!


Ku dapati tandas di MBO Melaka Mall dah pun di naik taraf . Yeay tepuk tangan!


Lampu dah dibaiki, memang terang benderang toilet nya. Mangkuk jamban pun nampak bersih, taktahu lah dicuci atau di tukar baru. Ceiling pun dah bertutup, dan paling aku bersykur, jamban  dah boleh FLUSH!! Alhamdulillah thankyou MBO sebab being considerate after all this while. Finally , rasa tenang sikit pergi toilet.

Kalau tak, aku masuk toilet tu mengucap mengucap je. Kalau keluar dari toilet, aku basuh tangan tak pandang cermin tau. Tak berani nak pandang. Fuhh! kang kalau pandang kanggggggg ..... Dahlah ada beberapa pintu toilet bertutup dan gelap, you know - orang imaginative macam aku ni memang fikir macam macam lah. Hello, kalau bertutup je takpe, apasal ada air keluar keluar dari toilet tu? Ada orang ke tak? Kemon lah, buat aku tension berfikir camni hahaha.

Sekarang tidak lagi. Yehuuuu ! Toilet semua dah elok, dah bersih dan dah dibaiki. Cuma bau busuk tu tak hilang lagi, maybe ventilation system dia masih belum okay kot. Boleh diperbaiki lagi tu.

Alhamdulillah dah boleh tengok wayang, dan membuang dengan happynya di MBO Melaka Mall. kekhek . Sekian laporan TANDAS BERKUALITI, HIDUP BERKUALITI dari saya .




mbo melaka, mbo melaka mall, melaka mall restoran, restoran melaka mall, marrybrown melaka mall, majlis perbandaran melaka mall, tiket mbo murah rabu, rabu mbo tiket, tiket murah rabu mbo, mbo tiket rm7

11 comments

  1. scary kalau tandak kt hujung2 terpencil lagi scarry kalau lampu alap and kelip kelip pulak..mcm nk shoot horror movie je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kan! mmg scary. faa g toilet mmg berlari haha

      Delete
  2. ni nak tgk wayang ke nak membuang kat MBO sebenarnya? hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. membuang tu bonus haha. ngada sgt. masa kt mbo gak nak membuang, tmpt lain xnk

      Delete
  3. kadang kadang masalah vandalisme still lagi ada.. klu semua bekerjasama menjaga rasanya xde byk kes cmni

    ReplyDelete
  4. hahaha.. nak g tengok wayang, tapi dah ada horror movie kt toilet dah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal. pastu lif masa naik nk ke wayang tu pon spooky tau. ada skali tu, mbo g letak poster cite antu depan pntu lif. siot betol!

      Delete
  5. aaa kak Jue pi aritu dah ok sikit.. cuma still bad smell la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaaaahh kak! bau hancing kan? ventilation dia problem laa

      Delete
  6. Tapi best kan pi MBO.. tiket murah , seat best! Ada member card free lagi u...

    ReplyDelete

On My Instagram