'Dekat sini ada jual kopi susu unta tak?'

Hi.

Okay setelah beberapa hari pulang ke Melaka dengan hati geram (sebab sepatutnya balik Johor dan stay lama lagi, tapi Wani ada hal pula) , baru lah sempat nak tulis entry baru hari ni . Dalam erti kata lain, penyakit malas dah mula bagi kerjasama untuk blah dan rasa rajin dah manja manja datang semula. Hello 'cik rajin' , where have you been?

Sejak sejak Ayah jadi 'pesara awal' (diberhentkan . Oh kejamnya dunia!) ni, dia banyak betul masa nak buat macam macam dekat rumah. Setiap kali balik, ada je perubahan . Sebelum ni balik tengok tengok dapur dah totally lain, ni balik tengok ruang tamu pulak dah lain. Barang barang aku & Wani pun dah banyak terkorban . Dikorek korek dalam stor dan punggah habis bilik kitorang & buang benda benda tak guna . Tak pasal pasal kantoi jumpa surat cinta & gambar dengan pakwe lama kahkah . Nasib baik Ayah cool je. Gamaknya kalau dia kemas bilik 4 tahun lepas, lepastu jumpa pulak gambar pakwe ,  mampuih time time tu juga dia call dan bebel bebel . 

Bawah bawah katil pun clear habis. Baju baju aku yang lama , pun dah ghaib. Well takpela, aku redha je pun sebab kalau simpan pun aku tak leh pakai. Sebab tu semua baju saat pinggang bersaiz 25, nak banding dengan sekarang yang saiz tut tut tuttttt , kirim salam jelah nak pakai baju tu . 'Simpan dulu lah, nanti pakai bila dah kurus' memang dah takboleh diguna pakai. Template tu dah ulang ulang sejak 3 tahun lepas huhuhu .


Selain daripada perubahan pada susunan perabot lah apa bagai dekat rumah tu, Ayah punya diet pun berubah juga. Mama sekarang dah power juga air fryer & periuk noxxa. Pantas dan efficient gitu. Masak masak bergoreng semua pakai air fryer je, layankan Ayah yang nak berdiet - makanan tanpa minyak katanya.

Ayah punya perut memang manja sikit. Makan tu takleh, makan ni takleh. Dia punya manja tu bukan cerry berry ke apa, tapi lebih kepada mudah masuk angin atau kembung. Pendek cerita, spesis gastrik lah . Memang kena pilih betul betul, kalau tak - memang kesian tengok dia masuk angin dan selalunya akan naik sampai ke kepala. Mula lah sakit kepala pulak.

Ayah suka minum air panas, maksudnya disini macam air teh, kopi camtu. Untuk teh dengan kopi pun kena memilih juga. Teh yang dia boleh minum spesis mahal mahal je hahaha kemahhin . Yang cap Twillings tu , takpun teh cina yang jenis macam serbuk selalu kita jumpa dekat kedai teh . Kalau bab bab minum teh ni, Wani memang team dengan Ayah. Dia suka. Apa ayah minum semua dia suka. Ngada, anak Ayah lah konon (mata keatas, tangan ke bahu)

Kalau kopi pulak Ayah serasi dengan kopi Radix. Kopi lain memang tak ngam. Nescafe lagi lah, dosa besar kalau minum hahahaha . Tapi baru baru ni Ayah dah jumpa kopi baru yang serasi dengan perut, tekak , deria rasa dan kemanjaan usus dia . Cuba korang tengok ni




Ha ingat lagi tak? Kopi susu unta dari Camelus. Boleh baca entry ni (KLIK) . Haritu aku kebetulan ikut Ayah dan Mama ke KL sebab ada event , aku bagi lah dia cuba 3 sachet dulu. Masa bagi tu, dia eksyen. Buat boooo layan je dekat kopi tu. Semangat kot aku promote, dia tak kisah pun. Sobs. Tapi masa balik JB haritu dan kitorang keluar gi jalan jalan, tiba tiba Ayah suruh singgah satu kedai ni. Kedai jual barangan runcit muslim. Macam ada ubat ubat berasaskan habbatussauda, ada susu kambing, ada kurma dan macam macam lagi. Senang cakap, kedai yang jual barangan sunnah lah. Aku ingatkan dia nak beli apa, rupanya ....




"Dekat sini ada jual kopi susu unta tak?"





Eh?. Aku dah pelik. Takkan ada dah kot keluaran lain kopi susu unta. Setahu aku, Camelus je yang keluarkan. Bila ditanya tanya, rupanya dia dah rasa dah 3 sachet kopi yang aku bagi tu, yang dia eksyen taknak minum tu, yang dia buat taklayan je masa aku letak tepi dia tu. Heh

Aku pun terangkan lah dekat dia, kopi tu baru je nak launching. Tak ada lagi di pasaran. Dia buat muka sedih pulak dah hahaha. Ingat comel lah tu? kahkahkah .Ha takpela, nah Along bagi satu kotak besar untuk Ayah. Esok Ayah datang Melaka kan? Nanti Along bagi k. Minum puas puas





Love you Ayah, Happy Father's Day (awalnya hahaha)





susu unta camelus,camelus susu unta,susu unta sedap,rasa susu unta,susu unta malaysia,zukie dan jamal,kopi susu unta,camelus,palmabrand,susu unta murah,khasiat susu unta,susu unta tepung, pelancaran camelus,camelus malaysia, kopi susu unta sedap,susu unta tak hamis,susu unta murah,kopi susu unta malaysia,kopi susu unta terbaru, kopi susu unta apa rasa, apa rasa susu unta

5 comments

  1. Mak ayah kita ni biasanya memang macam tu..bila mula-mula agak susah nak terima apa yang anak-anak sarankan tapi bila dah cuba..serasi..tu dia..hehehehe..jatuh hati..mencari-cari... :) ..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Hamboii keleksi baju lama dah hilang ye.. ciannyer dia..

    ReplyDelete
  3. Sedap sgt ker? Nak try jugaklahh nanti..

    ReplyDelete
  4. macam sedap je kopi susu unta ni..teringin jugak nk try..

    ReplyDelete
  5. 1st time dgr kopi susu unta.hahaha

    ReplyDelete

FOLLOWERS