Wajah Baru Instagram : Aku sorang je ke yang benci?

Monday, May 23, 2016
Hi.

Diwaktu terbalut dengan keserabutan kepala, paling paling kena jaga mata. Mata kena lah tengok benda benda yang menenangkan. Tengok benda benda hijau, tengok benda benda bermanfaat dan apa sahaja yang membuatkan mata gembira. Sebagai contoh, sajikan mata dengan menonton drama korea dan igau igaukan Oppa, juga termasuklah tengok instagram dan scroll account ig yang penuh dengan gambar makanan, mahupun gambar gambar decoration rumah cantik cantik takpun, tengok gambar gegadis amerika workout untuk bagi semangat kurus tu datang balik.

Tapi seperti mana sering diperkatakan, dari mata tu turun ke hati. Boleh jadi akan jatuh hati, atau in some cases, jadi sakit hati .

Sakit hati muncul saat scroll instagram ialah bila tiba tiba ternampak seorang gadis makan dengan banyaknya tapi tak gemuk, mahupun seorang gadisberusia 14 tahun dah pandai pakai makeup jenama Bobbi Brown (helo, kakak pakai silkygilr je!) . Persayiton kan ini semua, nampak sangat sendiri punya penyakit hati tak dapat rawat kah kah .

Tapi tak ada yang setanding sakit hati bila tiap kali buka instagram sekarang, keluar theme baru yang huduh gilaaaaa! Weh benci kot, meskipun aku berjiwa monochrome - hitam putih kelabu tahi kera, tapi ini sangat tak boleh di hadam. Bahagian dalam kelabu, putih je. Logo pulak, mak aih amenda rupa macam ni . I kenot brain this!


Benda ni sedikit sebanyak menyumbang kepada keserabutan kepala aku . Baca semula : dari mata turun ke hati, naik ke kepala . Bila sakit hati , pakej dengan sakit kepala .





Soalan : Aku sorang je ke rasa tergangu dengan benda ni?


16 comments

  1. Emmmmm.. Tapi Ain suka. hitam putih suci je nmpk. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tpi bg faa, kurengg. but skrg dah mulai redho dah haha

      Delete
  2. tak sukaaaaa jugakkk faaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mar xpe. gmbr cntik jee semua. faa punya ig gmbr bersepah, so bila theme cntik dia jd x lawa

      Delete
  3. kita pun tak berapa nak suka dengan update yang baru ni..
    i miss the old instagram :(

    ReplyDelete
  4. alamak! kita berlainan pulak. saya suka dengan design baru ni. lagi simple dan tak serabut kepala nak tengok gambar dan video orang. hii

    salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi lain org lain taste kot. faa bru nak blend in dgn theme baru ni. lama2 bole terima kot

      Delete
  5. entah..tak tahu nak feeling ngn ig baru ni..cuma yg menyampah nye captio igshop kite jd terabur..edit kemain lg cantik..grrrr

    ReplyDelete
  6. biar layout buruk,
    jgn gambar kita buruk.
    boleh x :)

    ReplyDelete
  7. aaaa tak lawooo.. sob sob sob.. Sebagai pengguna bertabah je la..

    ReplyDelete

On My Instagram