Sunday, May 8, 2016

Makan : Hadramawt Palace, Bukit Baru Melaka | Hidangan Nasi Arab yang sedap!





Hello gais! Fuh lama nya tak update blog. Well, sesiapa yang merindui ku (kalau ada lah kan) , fret not . Kak faa is back! kahkah

Letih betul seminggu dua ni menghadap thesis. Ehem takpe, bersusah susah dulu - berjimba jimba kemudian. Pejam celik dah nak habis belajar dah, Yas!! Tapi dalam ke-busy-an tu, sempat juga lah iols berjamu pesta lenggang perut di Hadramawt Bukit Baru , Melaka kehkehkeh .

Bagi mengelakkan otak terusan tepu dan perut pun dah mula tunjuk tanda tanda memberontak asyik makan megi je , jadi kali ni ubah selera makan masakan Arab pula. 
Nama Hadramawt ni macam familiar je kan, macam selalu dengar . Tapi mengikut chef dekat restoran ni, Hadramawt dekat KL tu bukan cawangan diorang punya. Nama je sama. Eh boleh ya macam tu? Tak kisahlah kan. Yang penting, sedap ke tak Hadramawt di Melaka ni??


Kalau dekat rumah , Mama memang cukup suka masak Nasi Mandy. Dia jadi eksaited terlebih sejak sejak ada periuk Noxxa ni. Setakat nak masak lembutkan ayam tu, sekejap je dah siap. Memang key point nak tentukan satu satu hidangan Nasi Mandy tu sedap ke tak , ha cuba rasa ayam dia. Kalau lembut, tender,juicy - even sampai ketulang dia punya lembut , memang confirm sedap!


Surprisingly (memang boleh agak dah) , nasi Mandy ayam di Hadramawt ni memang sedap! Lagi sedap dari mama buat (haha jangan marah Mama) . Ofkos la sedap, hidangan dekat Hadramawt ni semuanya disediakan oleh chef powerrr ok! Bukan calang calang chef. Iols sempat 'menjeling menjeling ku bertentang' tengok senarai sijil sijil pengiktirafan encik chef ni ada .


Baca : Chef Salah El Din'



Nota : Lighting dalam restoran ni memang biru biru, jadi gambar pun turut sama biru. Sobs! Excuse tona biru yang melampau untuk gambar gambar dalam entry ni 




Bukan Nasi Mandy je ada dekat sini, ada macam macam lagi menu menarik dan best. Masa aku datang haritu pun, memang 'fullhouse' . Menandakan makanan masakan arab dekat sini memang maveles. Selain daripada nasi Mandy ayam, ada juga nasi mandy kambing . Weh ni serius sedap tak tipu! Bagi penggemar kambing macam aku , memang wajib cuba. Eh meleleh pula air liur tiba tiba, slrrppp! (haha tak senonoh)





Memang banyak pilihan makanan dekat sini , tapi tak terlarat lah perut nak cuba semua. Yang berkesempatan rasa dan memang best seller dekat sini ialah :


  • Chicken Mandy
  • Lamb Mandy
  • Chicken Kebab
  • Fahsa
  • Falafel





ini pun tersenak senak perut nak habiskan. Portion untuk hidangan ni besar besar juga. Macam yang kitorang order haritu, portion untuk size M boleh makan untuk 3-4 orang. Setakat kalau datang berdua, ambil je yang saiz S. Memang dah cukup.


Moving on to the menu!



=========================
Fahsa // RM17
=========================

masakan ala ala rendang + kari kambing yang diracik halus . 
Sedikit berkuah , texture kuah macam masakan sardin



=========================
Chicken Kebab // RM15
=========================

Dihidangkan bersama chips dan roti arab (taktahu nama haha) 
dan sos putih ala ala mayonis



=========================
Chicken Mandy // Size M RM25
=========================

Rasa ayam yang sangat lembut, macam rasa ayam kukus campur ayam bakar .
 Nasi pula memang lembut tak berderai. Walau pun kering, tak delah rasa tercekik hehe.
 Ada dihidang bersama sos special


=========================
Lamb Mandy // Size M RM39
=========================

Daging kambing yang sangat empuk dan lembut, rasa manis daging kambing tu. 
Ahh takleh nak describe, sedap weh!


=========================
Falafel // RM8
=========================

Roti diperbuat daripada kacang kuda. yang ni aku tak makan,
tapi kata kak zura, sedap. Ha sedap lah kot .


Dari segi pilihan harga pula bagi aku affordable juga setanding dengan rasa, dan portion hidangan tu. Lagipun bila makan kambing ke ayam , memang rasa lah segar je dan isi sangat lembut dan juicy. Kambing tu takdelah isu liat ke apa, ayam pula memang sampai ke tulang rasa manisnya. Hah gitu sekali! haha .


Dessert buah buahan segar. Sedappp!


Sekali sekala ubah ubah la selera makan nasi putih, lauk telur dadar dan tomyam dekat restoran thailand depan rumah tu. Meh cuba masakan arab pula, kasi ubah selera sikit. Baru lah ceria harimu hihi







============================================

Hadramawt Palace Restaurant

============================================

No.15, Jalan PN BB2, 
Pusat Niaga Bukit Baru,
Mukim Bukit Baru , Seksyen IV
75150 Melaka

Waktu Operasi
11.00 pagi -11.00 malam
( Tutup : Hari Raya Puasa / Hari Raya Haji sahaja /
Hari pertama puasa )

Tel No
 06-2866662
011-40444144 ( Reserve Line)
016-642 6776 ( En Hisham-Manager)

Eh lagi satu nak kasi tau , buat sesiapa yang mencari cari venue untuk buat wedding ke, atau apa apa majlis sekali pun , boleh buat di Hadramawt ni juga. Tingkat atas restoran ni memang dah dijadikan satu hall luas dan besar yang selesa ,  sesuai untuk buat wedding juga. Parking pun banyak, belakang restoran ni pula ada masjid. Ha memang elok sangat dah tu kan?


tadi gambar kaler biru, ni merah pulak. aduhai!


nak buat dinner pun elok juga kat sini. serba cukup kelengkapan yang ada 

Boleh lah hubungi En Hisham (nombor diatas) untuk tahu selanjutnya tentang pakej yang ditawarkan. Best kan, wedding dijamu nasi arab. Sedap ooo! Please jemput I kalau you kahwin dekat sini hehehe .



hadramawt melaka, restoran hadramawt, signature cafe melaka, hadramawt masakan arab, nasi arab melaka, nasi arab sedap, resepi nasi mandy, nasi arab sedap di melaka, nasi mandy melaka, restoran arab melaka, restoranan makanan arab, restoran nasi arab, hadramawt sedap, hadramat restoran, restoran melaka nasi arab






Sekian entry makan makan , wassalam <3 p="">

7 comments:

  1. Tergoda tengok lamb mandy tu... erkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamb mandy dia sedappp ... gila... hahaha . mmg sedap, serius!

      Delete
  2. Pernah makan hadramount ipoh siyess sedapp sekali mkan mst nk lagi..btw first time masuk sini #farahwahida #kbba9 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe skali skala tekak makan masakan arab syok kan? haii farahwahida, kita farahamalina hehehe

      Delete
  3. Ermmm sedap masakan arab nie...ya allah klu diizin lagi taon nie nk pergi umrah buat ke3 bulan 11 musim sejuk....makanan disane sedap2 murah giler 1 portion mcm 2 org punyer makan...rase lah nikmat ditanah suci sambil beribadah....sape dah pergi confirm nk g lagi

    ReplyDelete
  4. Ermmm sedap masakan arab nie...ya allah klu diizin lagi taon nie nk pergi umrah buat ke3 bulan 11 musim sejuk....makanan disane sedap2 murah giler 1 portion mcm 2 org punyer makan...rase lah nikmat ditanah suci sambil beribadah....sape dah pergi confirm nk g lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kat sana mmg seronok. sy pernah pergi sekali umrah. insyaallah, moga ada rezeki utk awk dan saya untk kesana lg

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...