Monday, May 9, 2016

Hi-Tea with Celebrity | Sambutan Hari Ibu bersama Chef Wan di Ramada Plaza

"Ibu .. ibu .. engkaulah ratu hatiku "

Sambil nyanyi lagu ni boleh buat aku terbayangkan dua benda

1. Wajah ibu
2. Iklan Fernleaf hahaha

Hari Ibu atau bahasa englishnya , Mother's Day jatuh pada 8 Mei setiap tahun. Ceritanya, semalam lah kan? hehee . Aku perasan juga dekat wall wall facebook dan instagram ramai kawan kawan share gambar dan quotes bersempena Mother's Day. Ada yang bawa mak pi makan, ada bawak mak pi melancong. Wow wow wow syoknya!



Atas sebab sebab aku agak busy dan tak sempat nak balik Johor, makanya sambutan hari Ibu tahun ni di postpone lewat sikit. Tapi dah call mama dah pagi pagi semalam ucapkan 'Happy Mother's Day'. Sorry eh ma ... Meskipun hadiah tiada , tapi rasa kasih dan sayang anakmu pada mu tidak sesaat pun pernah hilang. Cia cia cia (#pickuplineuntukmama) 

Tanpanya Mama disisi (ekceli aku yang tak ada disisi Mama) , maka aku pergi mendapatkan teduhan kasih ibu ibu lain sebagai ganti . Kahkah ayat novel sangat ni. So, semalam aku ada dua ibu pinjaman untuk sambutan Mother's Day . Siapakah ibuk ibuk itu?



.
.
.
.
.
.


Tadaaaa!



Kak Z dan Kak Jue hahaha!
Kedua duanya pun Ibu. Tumpang kasih sayang sikit eh huhu


Hi-Tea di Ramada Plaza Melaka bersempena Hari Ibu


Jadi, semalam kitorang bertiga turut serta dalam sambutan Hari Ibu di Ramada Plaza Melaka. Tak sangka pula sambutan semalam memang meriah! dimeriahkan lagi dengan adanya Chef Wan buat demo memasak secara live. Memang happening.



Event Hi-Tea ni bermula pada pukul 12.30 tengahari dan berakhir kira kira dalam pukul 5 petang macam tu. Semalam memang kitorang dijamu dengan bermacam makanan yang dihidangkan secara buffet. Dan yang bestnya, semua makanan SEDAP!! Aku rasa ada kot berat tambah 3 kg semalam sebab overload sangat makan haha .




Kue teow, nasi goreng, daging kambing, ayam , sotong semua ada!




ABC station. dua tiga kali ulang alik buat ABC, suka bebenor

Hidangan bufet di Ramada Plaza Melaka




Nasi goreng sedap, kuey teow sedap, lauk pauk sedap, pizza pun sedap , ada sushi ... sushi pun sedap! Apa yang tak sedapnya ni? haha. Ekceli memang patut pun kalau sedap sebab Ramada Plaza ni hotel bertaraf 5 bintang. Memang berbaloi lah semua tetamu yang datang semalam sebab dihidangkan dengan makanan yang sedap dan siap dapat bunga dan cookies lagi tuu . Haa memang puasss hati . 


Ni station pasta - ada spagheti, fusili etc


Flow majlis pun lancar je, diselitkan dengan session zumba dan penerangan tentang kesihatan oleh wakil daripada Hospital Putra. Tapi agak kejam masa aku tengah sedap sedap melahap tak pandang kira kanan, dia pergi cerita pasal obesiti. Huh! Tapi aku tak peduli, makan tetap makan hahaha

Lagi satu aku puji pasal hotel ni ialah surau yang disediakan untuk tetamu amat bersih dan selesa. Cuma telekung je limited. Maybe jadi limited sebab semalam ramai yang solat sekaligus. Kalau  hari biasa rasanya takde masalah kot. Lagipun, salah sendiri lah siapa suruh tak bawa telekung ... kan?

Bila majlis dah berakhir, memang panjang Q nak bergambar dengan Chef Wan. Mereput juga aku dengan Kak Z dan Kak Jue menunggu giliran. Agaknya kalau perut aku boleh sumbat dengan makanan lagi, aku dah jilat jilat tray buffet tu sambil tunggu turn aku sampai. (menggambarkan makanan kat situ semua sedap)


Orang kuat dibalik tabir menjayakan evening hi-tea ni





Finally dapat pun bergambar dengan Chef Wan. Hi chef, mereput I tunggu nak bergambar dengan you tau!

Mesti ibu ibu yang datang semalam pun semuanya seronok dan  'enjoying themselves' masa sepanjang hi-tea ni berlangsung. Siap ada lucky draw menang voucher penginapan dekat Singapore lagi tau. Terus terkenangkan Mama, hm alaa maaa sorry! Sedang pada aku syiok jilat tray buffet, mungkin Mama tengah makan ikan patin masak tempoyak. Huh, tu lagi sedap!!

Bersama Head of Director Ramada Melaka,  Puan Nora Director of Sales and Marketing dan Mrs Carol 

Biar I selfie sorang sorang kat sini

Tahun depan memang nekad lah nak bawa mama datang sini untuk sambut hari ibu. Korang pun cuba sekali sekala bawa ibu datang dinner atau hi-tea special di hotel hotel. Makeupkan diorang cantik cantik, pilihkan baju lawa lawa .. nak lagi best, belikan satu baju yang glemer glemer untuk diorang . Lepastu, surprise! bawa pi dating makan makan dekat hotel. Best kan?

Nanti bila tarikh 8 Mei tahun depan dah makin dekat, korang cepat cepat lah survey di Ramada Plaza ni. Booking siap siap table untuk hi-tea atau dinner dekat sini. Nak lagi syok, bawa satu family. Confirm meriah!

I love my mom! Ofkos lahhh .  Love you Mama!!


Oklah, sampai sini je entry kita. Thanks for reading gais! dan Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu ibu! Ketahuilah bahawasanya anda semuaaaaaaaaa hebat!


ramada plaza melaka, hotel ramada melaka, hotel melaka, hotel 5 bintang melaka, hotel best melaka, hotel murah melaka, makan best hotel, hotel makanan best, ramada plaza melaka, ramada hotel melaka, melaka hotel ramada, melaka ramada plaza,hotel di melaka, senarai hotel melaka, hotel bandar melaka, bufet ramadan melaka, buffet ramadan melaka, hotel buffet ramadhan, hotel melaka buffet ramadhan, hotel ramadhan bufet, bufet hari ibu, sambutan hari ibu, promosi hari ibu 2015, promosi hari ibu 2016, promosi hari ibu 2017




10 comments:

  1. Nampak meriah!! lawa la shawl farah. Beli dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah! hehe.
      shawl ni dari Jubayyinah
      tapi corak ni dah hbs dah :(

      Delete
  2. comel je dik farah kita sorg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ni puji ke bodek? konpius hahaa

      Delete
  3. Alolooo... So sweet. Belated pun ok! Yg penting sentiasa mendoakan utk mama Farah ;)
    Kirim salam kat Kak Z & Kak Jue

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah hehe . betul2 tu, pastikan sentiasa dlm doa.
      kak nina mai la jln melaka :D

      Delete
  4. amboi best nya korg...Kalau gi Melaka boleh singgh makan sni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah , nnt dtg melaka boleh la dok hotel ramanda ni :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...